Jenis aktiviti dan perniagaan
- Terbuka kepada:-
- Khusus kepada Usahawan PKS yang Berprestasi Tinggi (Pasaran Luar Negera).
- Memperbaharui atau ke Arah Pensijilan Halal Malaysia.
- Usahawan bagi produk Kraf dan Warisan Negeri Terengganu.
Cara memohon
- Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
- Pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memproses dan menilai permohonan anda, termasuk lawatan ke premis perniagaan.
- Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20 % kepada pembekal.
Dokumen diperlukan
- Borang pemohonan yang lengkap diisi.
- Gambar berukuran passport
- Salinan Mykad pemohon.
- Salinan kad keahlian persatuan.
- Salinan keahlian SUT.
- Lesen perniagaan (SSM), gambar produk & premis perniagaan dan borang A & D (jika berkenaan).
- Senarai barangan / peralatan yang diperlukan. (1 pembekal sahaja)
- Lakaran pelan lokasi. (Google Maps tidak diterima)
Syarat permohonan
- Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
- Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
- Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
- Mempunyai tempat / ruang perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus. ( BUKAN premis perniagaan kekal).
- Memiliki lesen perniagaan SAH yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.
- Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Telah berdaftar dengan Persatuan Peniaga & Penjaja Kecil Melayu Malaysia (PPPKM) sekurang-kurangnya 6 bulan sebagai ahli
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
- Pemohon mestilah berdaftar sebagai Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
- Tambahan Syarat untuk Program Gerai Maju (PGM):-
- Bagi pemohon yang telah menjalankan perniagaan sahaja (ganti baru) dan mempunyai kelulusan PBT.
- Gerai / perniagaan baru dan lokasi baru tidak dibenarkan.
- Kelayakan satu (1) gerai satu sahaja.
- Gerai adalah mudah alih, bukan tapak kekal/binaan kekal.
YPU: skim lain
Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.