Suasana tempat makan seafood dan ikan bakar di Kuala TerengganuIkan bakar Terengganu dibakar atas bara arangWarung ikan bakar tepi sungai di Kuala TerengganuSeafood segar Terengganu sedia untuk dibakar
Discovery TerengganuPanduan Seafood & Ikan Bakar

Ikan segar dari laut biru, dibakar enak diatas bara.

01 / 04
01 / Pengenalan

Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Paling Popular di Terengganu

Terengganu: Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar

Terengganu terkenal dengan ikan bakar segar. Dari Kuala Terengganu, Seberang Takir dan Kuala Nerus hingga Marang, Dungun, Besut dan Kemaman, deretan gerai tepi pantai menawarkan โ€œseafood Terengganuโ€ yang padu.

Panduan ini menghimpunkan port popular, waktu operasi, anggaran harga dan tip pilih ikan segar untuk memudahkan anda merancang makan malam โ€œikan bakar Terengganuโ€ yang berbaloi dan mengenyangkan.

02 / Keistimewaan

Apa Istimewa Ikan Bakar Di Terengganu?

Keistimewaan Seafood & Ikan Bakar Terengganu

Ikan bakar Terengganu terkenal dengan rasa berempah yang kaya dan berasap. Ramuan rempahnya biasanya menggabungkan cili boh, belacan, serai, bunga kantan, daun kesum dan gula melaka.

Makan pada waktu senja dengan hembusan angin laut memang menggiurkan tambah nasi panas, ulam dan perahan limau kasturi, lengkap sudah. Panduan ini menghimpunkan port popular, waktu operasi, anggaran harga dan tip pilih ikan segar untuk memudahkan anda merancang makan malam โ€œikan bakar Terengganuโ€ yang berbaloi dan mengenyangkan.

03 / Senarai Port

7 Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Paling Sedap Di Terengganu

Terengganu kaya dengan kedai ikan bakar kerana lokasinya di pesisir Laut China Selatan yang membekalkan tangkapan segar setiap hari. Nikmati pari bakar sambal, cencaru sumbat, sotong bakar serta ketam nipah di port pilihan. Di sini kami senaraikan 7 kedai ikan bakar paling sedap dan popular di negeri Terengganu. Senarai ini berdasarkan ulasan pelanggan, konsistensi rasa, kesegaran hasil laut, harga berpatutan dan suasana makan yang selesa.

Restoran Ikan Bakar D'Sangkar Ayoh Pa, tempat makan seafood & ikan bakar di Terengganu

1. Restoran Ikan Bakar D'Sangkar Ayoh Pa

Sungai Pengkalan Penambang, Terengganu

Warung terapung ini menawarkan pengalaman unik menikmati hidangan laut segar di atas sungai. Dengan suasana tenang dan pemandangan sungai yang menenangkan, restoran ini menjadi destinasi pilihan bagi pencinta makanan laut dan mereka yang mencari pengalaman makan yang berbeza.

  • Menu Popularikan bakar yang segar, termasuk ikan talapia, keli, patin, dan baung. Turut menyediakan hidangan lain seperti masakan Thai.
  • Waktu Operasi5 petang hingga 12 tengah malam.

Ikan Bakar Talapia sangat segar dan sedap. Suasana menarik tepi sungai dan terapung

Klik Disini Untuk Maklumat Lanjut
Zul Ikan Bakar, tempat makan seafood & ikan bakar di Terengganu

2. Zul Ikan Bakar

Kampung Raja, Terengganu

Konsep pilih ikan segar, bakar atas arang, sambal pedas yang wangi. Dikenali kerana ruang makan luas, bersih dan servis mesra, dengan harga yang dianggap berpatutan oleh pengunjung turut menyediakan pelbagai pilihan lauk dari ikan kerapu hinggalah ikan pari. Kedai ini juga menyediakan masakan celup tepung di mana pelanggan boleh memilih lauk sendiri.

  • Menu Popularikan bakar, dan celup tepung.
  • Waktu Operasi6 petang hingga 12 tengah malam.

Harga Rm15 sepinggan tapi kalau makan 2 orang jenuh nak habiskan

Klik Disini Untuk Lokasi
Medan Ikan Bakar Kuala Ibai, tempat makan seafood & ikan bakar di Terengganu

3. Medan Ikan Bakar Kuala Ibai

Bawah Jambatan Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Tempat ikan bakar gaya lama di tepi muara, di bawah Jambatan Kuala Ibai. Berkonsepkan pilih ikan dari atas ais, ditimbang, kemudian dilumur sambal pekat dan dibakar di atas arang berlapik daun pisang. Bau asapnya wangi, suasana terbuka, sesuai untuk makan bersama keluarga. Dengan deretan kedai yang lain memudahkan pelanggan membandingkan harga.

  • Menu Popularikan bakar, dan pelbagai gerai makanan lain
  • Waktu Operasi5:30 petang hingga 12 tengah malam.

Menawarkan suasana dengan pemandangan tepi sungai yang memukau

Klik Disini Untuk Lokasi
Medan Selera D'Muara Utara, tempat makan seafood & ikan bakar di Terengganu

4. Medan Selera D'Muara Utara

Berdekatan Jambatan Angkat, Seberang Takir, Kuala Terengganu

Dibina untuk memindahkan peniaga Medan Selera Tanjung dan dirasmikan 13 Feb 2025. Mempunyai pelbagai gerai jualan yang memfokuskan ikan bakar dan makan tengahari. Antara kedai ikan bakar di Medan tersebut ialah Kedai Ikan Bakar Mek Ta dan Kedai Ikan Bakar Nurfa.

  • Menu Popularikan bakar, masakan panas, sup dan tomyam
  • Waktu Operasi5 petang hingga 12 tengah malam.

Mohon cuba ikan bakar di sini; rempahnya amat lazat

Klik Disini Untuk Lokasi
KST Ikan Bakar Kuala Ibai, tempat makan seafood & ikan bakar di Terengganu

5. KST Ikan Bakar Kuala Ibai

Lot 1228, Jalan Sekolah Pusat, Kuala Terengganu

Port ikan bakar tepi muara bawah Jambatan Chendering. Pilih ikan segar, sambal belacan padu, bakar arang beraroma, dengan view sungai yang memukau. Sesuai untuk makan malam keluarga di Kuala Terengganu.

  • Menu Popularikan bakar, masakan panas, 3 rasa, masam manis dan tomyam dengan berfokuskan tangkapan laut.
  • Waktu Operasi3:45 petang hingga 12 tengah malam.

Dah 3 kali pergi sini. Tomyam sedap and pekat, daging msk merah pun sedap.

Klik Disini Untuk Lokasi
Nohana Ikan Bakar Kerteh, tempat makan seafood & ikan bakar di Terengganu

6. Nohana Ikan Bakar Kerteh

Jalan Medan Ikan Bakar, Pantai Kerteh, Kerteh.

Nohana Ikan Bakar Kerteh istimewa kerana lokasinya betul betul di tepi Pantai Kuala Kerteh, dengan angin laut dan pemandangan senja yang menambah selera. Konsepnya mudah: pilih ikan atau seafood segar di atas ais, timbang ikut bajet, dilumur pes sambal gaya Terengganu, kemudian dibakar atas arang berlapik daun pisang.

  • Menu PopularIkan bakar dapur arang, lauk kampung seperti telor singgang, paru berlada, masakan panas & set nasi.
  • Waktu Operasi10 pagi hingga 11 malam

Salted egg yolk sotong, 5/5 boleh tahan sedap

Klik Disini Untuk Lokasi
Medan Ikan Bakar i-Brang, tempat makan seafood & ikan bakar di Terengganu

7. Medan Ikan Bakar i-Brang

Tepi Sungai Berang, bawah Jambatan Kampung Buluh, Kuala Berang

Medan makan tepi Sungai Berang dengan konsep ikan/seafood segar, sambal dilumur dan dibakar atas arang. Di lokasi sama turut ada Chalet i-Brang; menu meliputi ikan bakar, masakan panas dan shellout. Sesuai untuk keluarga kerana ruang lapang dan suasana kampung di tepi sungai.

  • Menu PopularIkan bakar, shellout, masakan tengahari dan masakan makan malam.
  • Waktu Operasi12:30 tengahari hingga 10 malam

Tempat nyaman, suasana tepi sungai, bersih ada menyediakan chalet untuk bermalam.

Klik Disini Untuk Lokasi
04 / Perbandingan

Perbezaan Ikan Bakar Terengganu

Ramai yang keliru tentang perbezaan ikan bakar Terengganu dengan negeri lain. Perbezaan ketara adalah:

Perbezaan ikan bakar Terengganu dengan negeri lain
Negeri/ZonRasa asasSambal/kuahRempah/pesTeknik bakar
Terengganu
Sorotan
Berempah pedas manis, berasap; belacan & kunyit menonjol.Sambal pekat dilumur terus atas ikan; air asam sebagai pelengkap.Cili boh, belacan, kunyit, bawang, serai; opsyen bunga kantan/daun limau.Atas arang, berlapik daun pisang untuk simpan jus & aroma.
JohorPedas berempah, pengaruh sambal kicap/asam.Sambal kicap; variansi asam pedas sebagai cicah.Rempah lebih โ€œboldโ€; marinat ringkas.Atas bara; marinat โ†’ bakar โ†’ cicah.
KelantanRingkas garam + kunyit; tekankan rasa ikan segar.Air asam Jawa sebagai cicah utama.Garam, kunyit; kadang serbuk lada.Bakar terus atas jaring di atas bara.
Melaka / Negeri SembilanBeraroma dengan sentuhan manis (pengaruh kicap/cencalok).Kuah/sambal manis pedas; kicap/cencalok sebagai pelengkap.Sambal berempah ditambah elemen manis.Atas bara; ada yang sapu kuah semasa bakar.
Utara (Pulau Pinang / Kedah / Perlis)Minimalis, โ€œfresh forwardโ€; masin masam seimbang.Air asam atau kicap limau sebagai cicah.Garam & kunyit nipis; perisa minimum.Bakar cepat atas bara untuk kekalkan jus.
05 / Video TikTok

Video Tiktok Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Popular di Terengganu

@amazingterengganu Musim hujan. Menu paling sedak makang tengahari mestilah ikan bakor. Meh sini @NOHANA IKAN BAKAR ade bakor mcm mcm ikang laut dan ikang darat. ๐Ÿซฐ๐Ÿป๐Ÿซฐ๐Ÿป๐Ÿ˜ฑ #amazingterengganu #terengganu #tourismterengganu #nohanaikanbakar #terengganufood #kerteh #kemaman โ™ฌ Senandung Hidup Berbudi ยท Ramli Sarip & Jay Jay
@tranungpost Port ikan bakar di Kuala Terengganu . Boleh singgah di medan ikan bakar bawah jambatan kuala ibai. Min suka sungguh ikan masak stim & sotong celup tepung sini ๐Ÿ˜‹๐Ÿ”ฅ #makang2tranung #makanlokal #foryoumalaysia #makanditranung #trulyasia #beautifulterengganu #beautifulterengganumalaysia #terengganudaruliman #fyp #foryou โ™ฌ Bismillah ยท Verse ยท Masmona
06 / Galeri
Seafood dan ikan bakar Terengganu
Ikan Bakar Dapur Arang
Ikan bakar Terengganu atas daun pisang
07 / Penutup

Lengkapkan Lawatan ke Terengganu dengan Seafood & Ikan Bakar

Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Terengganu

Ikan Bakar Terengganu bukan sekadar makanan, tetapi warisan budaya yang membawa identiti negeri. Setiap hidangan membawa rasa autentik yang menggamit memori. Dari aroma segar hasil laut yang dibakar sempurna, sehinggalah ke sambal pencicah tradisional yang membangkitkan selera.

Seafood dan ikan bakar
  • Hakim
  • 9:41 pm
  • No Comments

Ikan segar dari laut biru,

Dibakar enak diatas bara,

Singgah makan janganlah ragu,

Ikan bakar Terengganu pasti juara.

08 / Artikel Lain

Baca Lagi Di Discovery Terengganu

Nak Tengok Penyu Bertelur? Ini Spot Terbaik di TerengganuDiscovery TerengganuNak Tengok Penyu Bertelur? Ini Spot Terbaik di TerengganuPakej Iftar Berbuka Puasa Ramadan 2026 Hotel Permai: Harga Buffet, Menu Lengkap & LokasiDiscovery TerengganuPakej Iftar Berbuka Puasa Ramadan 2026 Hotel Permai: Harga Buffet, Menu Lengkap & Lokasi7 Port Healing Terbaik di Terengganu untuk Tenangkan JiwaDiscovery Terengganu7 Port Healing Terbaik di Terengganu untuk Tenangkan JiwaNasi Kuning Ayam KurmaDiscovery TerengganuNasi Kuning Ayam KurmaTakwim Ramadan 2026: Waktu Berbuka dan Imsak di TerengganuDiscovery TerengganuTakwim Ramadan 2026: Waktu Berbuka dan Imsak di TerengganuGaris Panduan Penggunaan Logo Visit Truly Terengganu 2027Discovery TerengganuGaris Panduan Penggunaan Logo Visit Truly Terengganu 2027Jalan-Jalan Cari Nasi Ayam TerengganuDiscovery TerengganuJalan-Jalan Cari Nasi Ayam TerengganuEdu-Tourism di Terengganu: UMT Memacu Pelancongan Pendidikan di Pantai TimurDiscovery TerengganuEdu-Tourism di Terengganu: UMT Memacu Pelancongan Pendidikan di Pantai TimurPercutian Bajet Terengganu: RM100 Sehari Dah Cukup!Discovery TerengganuPercutian Bajet Terengganu: RM100 Sehari Dah Cukup!Pakej Iftar Berbuka Puasa Ramadan 2026 Hotel YT Midtown : Harga Buffet, Menu Lengkap & LokasiDiscovery TerengganuPakej Iftar Berbuka Puasa Ramadan 2026 Hotel YT Midtown : Harga Buffet, Menu Lengkap & LokasiHotel Bajet Kuala Terengganu: Panduan Pilih & Banding HargaDiscovery TerengganuHotel Bajet Kuala Terengganu: Panduan Pilih & Banding HargaHari Pelancongan Sedunia 2025: Terokai Pelancongan TerengganuDiscovery TerengganuHari Pelancongan Sedunia 2025: Terokai Pelancongan TerengganuIftar Ramadan 2026 Quinara Al Safir Resort: Harga, Menu & LokasiDiscovery TerengganuIftar Ramadan 2026 Quinara Al Safir Resort: Harga, Menu & Lokasi6 Tempat Makan Paling Cantik di TerengganuDiscovery Terengganu6 Tempat Makan Paling Cantik di Terengganu5 Trail Hiking Paling Mencabar di TerengganuDiscovery Terengganu5 Trail Hiking Paling Mencabar di Terengganu8 Masjid Ikonik Terengganu: Masjid Kristal, Terapung, Ulul AlbabDiscovery Terengganu8 Masjid Ikonik Terengganu: Masjid Kristal, Terapung, Ulul AlbabPanduan Lengkap Ramadan Terengganu 2026Discovery TerengganuPanduan Lengkap Ramadan Terengganu 2026Pakej Berbuka Puasa Ramadan 2026 di TerengganuDiscovery TerengganuPakej Berbuka Puasa Ramadan 2026 di TerengganuPakej Iftar Berbuka Puasa Ramadhan Rakyat 2026 Pingganยฒ x Kunyekยฒ : Harga, Menu & LokasiDiscovery TerengganuPakej Iftar Berbuka Puasa Ramadhan Rakyat 2026 Pingganยฒ x Kunyekยฒ : Harga, Menu & LokasiKari Ikan TenggiriDiscovery TerengganuKari Ikan TenggiriJeti Merang dan Jeti Marang: Panduan Pilih Jeti Pulau TerengganuDiscovery TerengganuJeti Merang dan Jeti Marang: Panduan Pilih Jeti Pulau TerengganuSenarai Lengkap Bazar Ramadan di Dungun 2026Discovery TerengganuSenarai Lengkap Bazar Ramadan di Dungun 2026Permai Hotel Kuala Terengganu: Penginapan Terbaik di Pesisir PantaiDiscovery TerengganuPermai Hotel Kuala Terengganu: Penginapan Terbaik di Pesisir Pantai10 Tempat Menarik Percutian 3H2M Di Kuala TerengganuDiscovery Terengganu10 Tempat Menarik Percutian 3H2M Di Kuala TerengganuPerarakan Bot Merdeka Terengganu 2025 Semarakkan Bulan Kebangsaan ke-68Discovery TerengganuPerarakan Bot Merdeka Terengganu 2025 Semarakkan Bulan Kebangsaan ke-6810 Klinik Veterinar & Klinik Haiwan Terbaik di TerengganuDiscovery Terengganu10 Klinik Veterinar & Klinik Haiwan Terbaik di Terengganu5 Tempat Glamping Menarik di Terengganu Yang Wajib Anda CubaDiscovery Terengganu5 Tempat Glamping Menarik di Terengganu Yang Wajib Anda Cuba10 Tarikan Menarik di Marang Terengganu Wajib SinggahDiscovery Terengganu10 Tarikan Menarik di Marang Terengganu Wajib SinggahNasi Telur TerengganuDiscovery TerengganuNasi Telur TerengganuJadual Pasang Surut Terengganu 2026/2027: Waktu Air Naik & SurutDiscovery TerengganuJadual Pasang Surut Terengganu 2026/2027: Waktu Air Naik & Surut
01 / 30

Kongsikan Kepada Kenalan Anda