Anak Penyu di Pulau Redang
Pemandangan Sungai Bandar Kuala Terengganu
Bandar Kuala Terengganu
Mural Jambatan Sultan Mahmud
Wisma Darul Iman
Aktiviti Snorkeling
Ikan Badut Nemo
Pulau Redang Drone View
Itinerari 3 Hari 2 Malam

3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu untuk Keluarga

Pulau Redang dan Kuala Terengganu bukan sekadar pintu masuk ke pulau-pulau indah Pantai Timur. Di sini anda dapat lautan jernih, Taman Laut yang memukau, serta warisan budaya sekali harung. Walaupun masa keluarga anda terhad, percutian 3 hari 2 malam sebenarnya sudah memadai. Sebab dalam tempoh tu anda sempat snorkeling di Redang, santai di Long Beach, kemudian meneroka mercu tanda ikonik di Kuala Terengganu.

Pulau Redang, Terengganu

Rancang Itinerari Percutian Keluarga Anda

Dalam panduan ni kami susun jadual perjalanan 3 Hari 2 Malam yang padat tapi tetap teratur. Memang mesra kanak-kanak, jadi setiap detik jadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Rasai Sendiri Pesona Terengganu

Sebelum melangkah lebih jauh dalam itinerari, saksikan keindahan Pulau Redang dan bandar Kuala Terengganu menerusi lensa kami.

Video Discovery Terengganu

Apa Itinerari Percutian?

Maksud Itinerari Percutian

Itinerari percutian ialah satu rancangan perjalanan yang disusun mengikut urutan masa dan aktiviti semasa bercuti. Ia mengandungi maklumat terperinci seperti:

  • Tarikh & masa aktiviti
  • Lokasi yang akan dilawati
  • Cadangan tempat makan
  • Aktiviti yang boleh dilakukan
  • Masa rehat atau perjalanan antara lokasi

Tujuannya untuk membimbing pelancong supaya perjalanan lebih tersusun. Sebab bila jadual dah ada, masa tak terbuang dan semua tempat menarik sempat dilawati dalam tempoh yang ditetapkan.

Percutian 3H2M Di Pulau Redang dan Kuala Terengganu

Ramai tak tahu yang anda sebenarnya boleh ke Pulau Redang dengan menaiki bot di jeti Pulau Warisan dan jeti Taman Tamadun Islam (TTI). Kedua-dua jeti ni ada tempat letak kenderaan yang luas, lagipun kedudukannya dekat je dengan bandar Kuala Terengganu. Memang banyak tempat menarik di Redang dan Kuala Terengganu. Jadi di bawah ni kami senaraikan beberapa aktiviti yang anda boleh buat semasa berkunjung:

Snorkeling Pulau Redang
Kuala Nerus

Pulau Redang

Laut biru kristal dan pasir putih halus, dengan kawasan pantai yang landai. Taman Laut (Marine Park) di sini kaya hidupan, sebab tu ia terbaik untuk snorkeling dan skuba. Resort tepi pantai pula sediakan banyak pakej menarik, jadi senang anda nak rancang aktiviti. Suasananya tenang dan dekat dengan alam semula jadi, memang sesuai untuk percutian keluarga.

  • 🏄‍♀️ Aktiviti: Snorkeling, island hopping, kayak, jungle trekking, BBQ pantai, movie night (anjuran resort).
  • 🛥 Waktu Bot Operasi: Berlepas (8:00am, 9:30am, 10:30am, 1:00pm, 3:00pm), Pulang (9:00am, 11:00am, 2:00pm, 4:00pm). Jadual berubah mengikut musim/operator.
Ketahui Lebih Lanjut
Bandar Kuala Terengganu
Kuala Terengganu

Bandar Kuala Terengganu

Kuala Terengganu memikat dengan warisan dan gaya setempatnya. Jejaki Kampung Cina, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal, kemudian nikmati senja di Jambatan Angkat. Lepas tu jalan-jalan makan nasi dagang, keropok lekor, satar dan ICT sekitar Seberang Takir. Beli batik dan songket di Pasar Kedai Payang, sementara anak-anak boleh santai di Pantai Batu Burok.

  • 🛍 Aktiviti: Beli-belah, River Cruise, lawatan sambil belajar, pasar malam, berkelah dan riadah.
  • 📍 Lokasi: Taman Tamadun Islam, Mayang Mall, Shahbandar Waterfront, Payang Walk, Kampung Cina, Keropok Lekor Losong dan Pasar Malam Pulau Warisan.
Ketahui Lebih Lanjut

Cadangan 1 : Pantai dan Santai Percutian 3H2M

Cadangan pertama ni sesuai kalau keluarga anda memang nak fokus pada laut. Sebab anda bermalam dua malam di Redang, anak-anak sempat main air puas-puas tanpa kejar masa. Kemudian barulah singgah bandar Kuala Terengganu pada hari terakhir sebelum pulang.

Hari Pertama

Hari & MasaLokasi / Aktiviti
8:30 pagiJeti Shahbandar, Kuala Terengganu — Urus tiket feri & beg (persediaan berlepas).
9:00 pagiFeri ke Pulau Redang — Perjalanan 1-1.5 jam. Nikmati pemandangan Laut China Selatan sepanjang perjalanan.
10:30 pagiPulau Redang — Daftar masuk resort (atau tinggalkan bagasi) & sesi taklimat ringkas resort.
12:00 tengah hariMakan tengah hari di resort — Kemudian rehat sekejap sebelum aktiviti petang.
3:00 petangSnorkeling petang — Trip snorkel anjuran resort ke kawasan terumbu berdekatan (ikan tropika & coral). Alternatif: mandi laut atau berehat di pantai.
5:00 petangHi-tea di resort — Lepas tu aktiviti bebas: bola tampar pantai, berenang, bina istana pasir.
7:00 malamMakan malam — Buffet atau BBQ makanan laut segar di resort.
8:30 malamPantai Redang — Santai keluarga sambil stargazing dan dengar bunyi ombak. Kalau resort ada program malam, boleh join tayangan filem atau permainan keluarga.
10:30 malamRehat awal — Sebab aktiviti esok bermula awal pagi.

Hari Kedua

Hari & MasaLokasi / Aktiviti
7:00 pagiResort Pulau Redang — Sarapan pagi. Kemas barang & siap sedia daftar keluar selepas snorkeling. Simpan beg di lobi resort.
9:00 pagiTaman Laut Pulau Redang (Pulau Pinang Kecil) — Bertolak dengan bot untuk aktiviti snorkeling. Lokasi popular & mesra keluarga untuk sesi snorkel pertama kali.
12:00 tengah hariKembali ke resort — Mandi & tukar pakaian. Daftar keluar resort, kemudian makan tengah hari sebelum bertolak.
1:00 petangFeri ke Jeti Shahbandar — Naik feri pulang ke Kuala Terengganu. Nikmati pemandangan pulau kali terakhir.
3:00 petangKuala Terengganu — Tiba di Jeti Shahbandar. Daftar masuk hotel bandar & rehat ringkas.
5:30 petangPantai Batu Buruk — Santai petang; taman permainan, kuda pusingan, jagung bakar & keropok lekor.
8:00 malamBandar Kuala Terengganu — Makan malam: ikan bakar atau sotong celup tepung.
9:00 malamJambatan Angkat & sekitar — Aktiviti malam: bergambar di jambatan, menyusuri Pulau Warisan. Balik ke hotel & rehat.

Hari Ke 3

Hari & MasaLokasi / Aktiviti
8:00 pagiHotel Bandar KT — Sarapan & daftar keluar. Tinggalkan bagasi di kaunter untuk memudahkan pergerakan.
9:00 pagiMasjid Kristal & Taman Tamadun Islam — Lawatan & sesi bergambar seni bina kaca/keluli. (Jika sempat, singgah monumen dunia Islam bersebelahan.)
10:30 pagiMuzium Negeri Terengganu — Jelajah pameran sejarah maritim, artifak Islam & budaya tempatan.
12:30 tengah hariBandar Kuala Terengganu — Makan tengah hari: pilihan menu tempatan (Mee Champa/Laksa Terengganu, dsb.).
1:45 petangPasar Payang — Beli ole-ole terakhir: batik, songket, keropok & cenderamata.
2:45 petangKampung Cina (Chinatown) — Berjalan santai, lorong mural & rumah kedai warisan. OOTD: foto bertema mural & tanglung merah.
3:30 petangHotel → Pulang — Ambil bagasi & bergerak pulang. Tamat itinerari.

Cadangan 2 : Warisan dan Beli-Belah Percutian 3H2M

Kalau anda lebih minat budaya dan beli-belah, cadangan kedua ni lebih kena. Hari pertama habis di bandar sebab situ pusat warisan, muzium dan pasar. Lepas tu barulah bertolak ke Redang untuk dua hari berikutnya.

Hari Pertama

Hari & MasaLokasi / Aktiviti
8:30 pagiTiba di Kuala Terengganu — Sarapan tempatan (nasi dagang/roti canai). Daftar masuk awal atau simpan beg di hotel.
10:00 pagiPasar Payang — Beli batik, songket, keropok & cenderamata. Jalan kaki ke tebing sungai untuk foto.
12:30 tgh hariMakan tengah hari — Cuba lauk tradisional Terengganu (ikan bakar/mee kampung).
2:00 petangMuzium Negeri atau Masjid Kristal & TTI — Lawatan budaya/seni bina. Rehat di kafe berdekatan.
4:00 petangKampung Cina (Chinatown) — Heritage walk, lorong mural, kedai kopi lama. OOTD & street photography.
6:30 petangPulau Warisan — Santai senja; permainan anak, jagung bakar & keropok lekor.
8:00 malamMakan malam — Nikmati ikan bakar atau kafe tempatan yang menyediakan macam-macam juadah istimewa.
9:00 malamJambatan Angkat — Foto malam dengan lampu LED; lepak tepi sungai/gerai kuih. Balik hotel & rehat.

Hari Kedua

Hari & MasaLokasi / Aktiviti
7:30 pagiHotel KT — Sarapan & daftar keluar. Bergerak ke Jeti TTI (datang awal untuk tebus tiket & tagging beg).
9:00–9:30 pagi*Jeti TTI → Pulau Redang — Naik feri (±1.5–2 jam, bergantung cuaca). Nikmati pemandangan Laut China Selatan.
11:00–11:30 pagiTiba di Pulau Redang — Hantar beg/daftar masuk resort (jika bilik belum siap, simpankan beg). Taklimat keselamatan & aktiviti.
12:30 tgh hariMakan tengah hari di resort — Rehat seketika.
2:30–4:30 petangSnorkeling Pengenalan — House reef/spot berdekatan (ikan tropika, terumbu). Alternatif: kayak/SUP atau mandi pantai.
5:00 petangHi-tea & free & easy — Santai, bina istana pasir, bola tampar pantai, foto golden hour.
7:00 malamMakan malam resort — Buffet/BBQ makanan laut.
MalamAktiviti malam — Stargazing di pantai, jalan malam; jika resort sedia: live acoustic / movie night.

Hari Ke 3

Hari & MasaLokasi / Aktiviti
7:00 pagiResort Redang — Sarapan. Kemas & siap sedia daftar keluar selepas aktiviti pagi.
9:00–11:30 pagiTaman Laut Pulau Redang (Pulau Pinang Kecil) — Trip snorkeling ke Marine Park Centre (mesra keluarga, air tenang).
12:00 tgh hariKembali ke resort — Mandi, tukar pakaian & daftar keluar. Makan tengah hari ringkas atau bungkus.
12:30–1:00 tgh hari*Pulau Redang → Jeti TTI — Feri pulang (anggarkan ketibaan di TTI sekitar 2:00–2:30 petang bergantung jadual/laut).
2:30 petang (±)Tiba di TTI / Tamat — Ambil kenderaan & bergerak pulang. Jika ada masa, singgah beli kudapan/ole-ole terakhir di bandar.

* Waktu feri tertakluk kepada operator & musim. Sila semak jadual terkini semasa tempahan.

Galeri Pulau Redang & Kuala Terengganu

Tips Sebelum Bercuti 3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu

🗓️

1. Rancang Itinerari Awal

Susun jadual perjalanan dengan jelas sebelum bertolak. Sebab bila jadual kemas, masa tak terbuang dan anda sempat singgah lebih banyak destinasi.

🏨

2. Tempah Penginapan Awal

Tempah awal supaya anda dapat lokasi strategik dekat pusat bandar atau pantai. Lagipun harganya selalu lebih berpatutan kalau tempah lebih awal.

🌤️

3. Periksa Cuaca & Pakaian Sesuai

Cuaca di Terengganu boleh panas terik, tapi hujan pun boleh turun tiba-tiba. Jadi bawa pakaian yang sesuai, terutama kalau anda rancang aktiviti pantai atau lawatan luar.

🅿️

4. Kenal Lokasi Parkir & Jalan Alternatif

Kalau memandu, kenal dulu kawasan parkir berdekatan destinasi popular. Kemudian elakkan waktu puncak dan sediakan jalan alternatif.

Memori yang Panjang

Itinerari Percutian di Pulau Redang dan Kuala Terengganu

Walaupun 3 hari 2 malam tu singkat, ia tetap cukup untuk menikmati keindahan pantai, merasai juadah tempatan yang sedap, dan menjelajah warisan budaya negeri ni. Sebab itinerari dah terancang, anda boleh padatkan aktiviti menarik tanpa terburu-buru. Redang dan Kuala Terengganu memang sesuai untuk semua peringkat umur. Ringkasnya, walaupun sekejap, memori yang dibawa pulang pasti panjang.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke Tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

One thought on “3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu untuk Keluarga”

  1. […] Untuk idea aktiviti dan susunan hari di Redang, rujuk 5 tempat menarik di Pulau Redang. Kalau anda bercuti bersama keluarga dan mahu gabungkan pulau dengan bandar, lihat itinerari 3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu untuk keluarga. […]

    Add a Comment

    Your email address will not be published.


    Kongsikan Kepada Kenalan Anda