Kedai-Kopi-Terbaik-di-Terengganu

31 Kedai Kopi Terbaik di Terengganu
- Santai & Instagrammable -

30 Kedai Kopi Terbaik di Terengganu -Santai & Instagrammable 15121304

Menikmati 31 Kedai Kopi Terbaik di Terengganu

Terengganu bukan sahaja terkenal dengan pantai yang memukau, tetapi juga semakin dikenali sebagai destinasi port lepak bagi pencinta kopi. Dari kafe moden berkonsep hipster hingga kedai kopi tepi pantai yang mendamaikan, negeri ini menawarkan pelbagai pilihan untuk anda menikmati secawan kopi terbaik sambil bersantai. Dalam senarai 31 kedai kopi terbaik di Terengganu ini, kami himpunkan 30 lokasi santai dan Instagrammable yang wajib anda kunjungi — sama ada untuk berbual bersama rakan, bekerja dengan suasana tenang, atau sekadar menikmati hidangan pencuci mulut yang lazat.

31 Kedai Kopi Terbaik di Terengganu

1. Jomo Eatery
Kuala Nerus

1. Jomo Eatery

Terkenal dengan suasana cozy minimalis dan menu kreatif yang menggabungkan cita rasa Barat dengan sentuhan tempatan. Kopi mereka memang padu, sementara pilihan makanan seperti Chicken Roulade, pasta, croissant cube dan aneka dessert menjadikannya tempat ideal untuk santai, melepak bersama kawan. Dengan ruang yang selesa dan dekorasi Instagrammable, JOMO Eatery sering disebut antara cafe terbaik di Kuala Terengganu

Alamat: Shoplot PT33845 Ground Floor, Taman Tembesu Perdana, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 017-228 5089
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 10.00am - 7.30pm, 8.00pm - 11.00pm ] - Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.6/5)

2. PastelMonoMY
Kuala Terengganu

2. PastelMonoMY

Bagi yang mencari suasana tenang dengan dekorasi pastel, PastelMonoMY ialah healing spot terbaik untuk berehat seketika daripada kesibukan harian. Kafe ini menampilkan ruang dalaman cerah, minimalis dan instagrammable, sesuai untuk bergambar cantik atau membaca buku. Menu kopi seperti cappuccino, latte dan flat white digabungkan dengan kek homemade enak. Tempat ideal untuk coffee date santai.

Alamat: LOT 2913, Jalan Cempaka 10, Kampung Tok Adis, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 011-1122 6153
Waktu Operasi: Khamis - Selasa [ 11.00am - 8.15pm ] - Jumaat [ 9.00am - 12.30pm, 3.00pm - 8.15pm ] - Rabu [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.7/5)

3. Feel’in Coffee Bar
Kuala Terengganu

3. Feel’in Coffee Bar

Kalau anda cari kafe di Kuala Terengganu, Feel’in Coffee Bar memang pilihan tepat. Suasana moden minimalis, kopi padu seperti latte dan cold brew, serta pencuci mulut sedap menjadikannya port lepak dan ambil gambar yang cantik. Sesuai untuk santai atau buat kerja. Menjadikan ia 30 Kedai Kopi Terbaik di Terengganu.

Alamat: 137c Tingkat Bawah, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 017-909 8812
Waktu Operasi: Selasa - Ahad [ 1.00pm - 11.00pm ]

- Isnin [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★★ (4.9/5)

4. Xofitiam
Kuala Terengganu

4. Xofitiam

Sebuah kafe bergaya moden dengan sentuhan santai yang menawarkan pelbagai pilihan kopi istimewa. Suasananya yang cozy dan dekorasi menarik menjadikan XOFITIAM port lepak ideal sama ada untuk bersantai bersama rakan atau menghabiskan masa bekerja sambil menikmati aroma kopi yang harum dan Pizza unik Sedap Dough.

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 011-1686 8837
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 9.00am - 7.30pm, 8.00pm - 10.30pm ] - Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

5. Nusuk Cafe
Kuala Nerus

5. Nusuk Cafe

Bawa European vibes dengan hiasan moden elegan dan menu kopi premium. Selain minuman, mereka juga terkenal dengan kek homemade yang cantik dan sedap. Port sesuai untuk coffee date atau buat konten media sosial.

Alamat: TCJ2 TAMAN CHONANG JAYA, Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 018-900 3117
Waktu Operasi: Khamis - Selasa [ 4.00pm - 11.00pm ]

- Rabu [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.7/5)

6. Fotokopi KT Coffee Specialty
Kuala Terengganu

6. Fotokopi KT Coffee Specialty

Specialty berkualiti tinggi yang dipanggang segar serta disediakan oleh barista berpengalaman. Suasana cozy dengan dekorasi bergaya industri menjadikannya tempat ideal untuk melepak santai, atau sekadar menikmati secawan cappuccino.

Alamat: 25, Jalan Pusara, TAMAN DATO WAN SALLEH, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 012-909 0166
Waktu Operasi: Ahad - Khamis [ 12.00pm - 12.00am ] - Jumaat [ 3.00pm - 12.00am ] - Sabtu [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★★ (5/5)

7. Jolly Good
Kuala Terengganu

7. Jolly Good

Kafe santai yang menawarkan pelbagai pilihan kopi, minuman segar, dan hidangan ringan yang menyelerakan. Dengan suasana moden dan dekorasi ceria, ia menjadi port lepak ideal untuk bersantai bersama rakan atau menikmati masa sendiri sambil menikmati hidangan yang penuh rasa.

Alamat: 814, Lorong Pandan, 20400 Kuala Terengganu,

Terengganu
No. Telefon: 012-709 9824
Waktu Operasi: Rabu - Sabtu [ 8.00am - 6.00pm ] - Ahad [ 8.00am - 4.00pm ] - Isnin - Selasa [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★ (4.3/5)

8. MultiRoti
Kuala Terengganu

8. MultiRoti

Menawarkan pelbagai pilihan roti segar, pastri berperisa unik dan minuman istimewa, kafe ini menjadi port santai yang selesa untuk melepak bersama rakan atau menikmati masa sendiri. Suasana moden dan mesra menjadikan MultiRoti tempat ideal untuk sarapan, minum petang atau sekadar menikmati aroma kopi yang harum.

Alamat: K7-01, Jalan Sultan Omar, Icon Residence, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 017-205 3318
Waktu Operasi: Sabtu - Rabu [ 7.30am - 7.00pm ] - Khamis [ 7.30am - 2.00am ] - Jumaat [ 3.30pm - 2.00am ]
Rating Google: ★★★★ (4.5/5)

9. Yan Beach Cafe
Kuala Terengganu

9. Yan Beach Cafe

Sebuah Best Cafe tepi pantai di Marang yang menawarkan pemandangan laut biru memukau, suasana santai, serta pilihan kopi, kek dan hidangan ringan yang sedap untuk dinikmati sambil menghirup angin laut.

Alamat: Lot291, Kampung Rhu Renggeh, 21080 Marang,

Terengganu
No. Telefon: 013-921 5424
Waktu Operasi: Selasa - Ahad [ 11.00am - 7.00pm ]

- Isnin [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

10. Kopi Payong - Bukit Payong
Kuala Terengganu

10. Kopi Payong - Bukit Payong

Menawarkan suasana santai ala kampung dengan pilihan kopi tempatan yang kaya aroma, menjadikannya port lepak ideal untuk menikmati minuman sambil berbual santai bersama rakan atau keluarga.

Alamat: Bukit payong, Kampung Wakaf Kedondong, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 019-923 9993
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 11.30am - 6.30pm, 8.00pm - 10.30pm ] - Jumaat [ 3.00pm - 6.30pm, 8.00pm - 10.30pm ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.3/5)

11. Kedai Kopi Buruk
Kuala Terengganu

11. Kedai Kopi Buruk

Menampilkan konsep kafe retro dengan sentuhan klasik, menawarkan aroma kopi segar yang memikat serta suasana santai yang membuatkan pengunjung terasa seperti pulang ke zaman dahulu.

Alamat: 523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: -
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 8.00am - 5.00pm ] - Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.2/5)

12. Coffee Garden
Kuala Nerus

12. Coffee Garden

Kafe santai yang terkenal dengan suasana moden dan selesa, sesuai untuk melepak bersama keluarga atau rakan. Menyajikan pelbagai pilihan kopi aromatik, minuman istimewa, dan hidangan pencuci mulut yang enak, ia menjadi port pilihan untuk berehat sambil menikmati masa berkualiti.

Alamat: Lot 22785, Depan Petronas, Gong Datok, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 017-982 8299
Waktu Operasi: Ahad - Sabtu [ 8.00am - 10.30pm ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.4/5)

13. CantikSekali Cafe
Kuala Terengganu

13. CantikSekali Cafe

Merupakan kafe yang memikat hati pencinta kek dan pastri dengan sajian manis yang cantik dan penuh rasa. Dekorasi moden yang Instagrammable dengan aroma segar kek baru dibakar, ia menjadi destinasi wajib untuk bersantai dalam suasana yang tenang.

Alamat: Jalan Dato' Isaacs, Kampung Dalam Bata, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 012-229 8919
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 10.00am - 7.00pm ] - Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.7/5)

14. Hidden cafe @ suite18hiddencafe
Kuala Terengganu

14. Hidden cafe @ suite18hiddencafe

Menawarkan pengalaman santai dengan suasana cozy dan moden yang sesuai untuk bersantai bersama rakan atau keluarga. Terkenal dengan pilihan kopi istimewa dan menu yang kreatif, kafe ini menjadi port rahsia yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan harian.

Alamat: 67, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 011-5860 0816
Waktu Operasi: Ahad - Sabtu [ 7.00am - 8.00pm ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.6/5)

Antara 31 Kedai Kopi Terbaik Di Terengganu

“Pendedahan ringkas mengenai 31 kedai kopi terbaik di Terengganu.”

[Video ini telah dirakam oleh JJCM MiMe, dan kami kongsikan di sini bagi memberi gambaran suasana 31 Kedai Kopi Terbaik di Terengganu]
Kredit video: JJCM MiMe
Sumber: Yotube (Mengopi di Pantaai Burok, Kuala Terengganu)
15. Chibana Cafe
Kuala Terengganu

15. Chibana Cafe

Memikat pengunjung dengan suasana santai berhampiran pantai dan hidangan fusion yang unik. Ia menjadi pilihan ideal untuk menikmati kopi berkualiti sambil bersantai dalam suasana moden yang Instagrammable.

Alamat: 821-A Lorong Pandan, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: 011-2612 6279
Waktu Operasi: Ahad - Rabu [ 12.00pm - 8.00pm ] - Khamis - Sabtu [ 3.00pm - 11.00pm ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.3/5)

16. Kedai Kopi Ngabang
Kuala Nerus

16. Kedai Kopi Ngabang

Terkenal dengan kopi aromatik dan suasana santai yang membawa vibe kampung moden. Dihiasi dekorasi ringkas tetapi nyaman, ia menjadi port lepak terbaik untuk bersarapan atau minum tengah hari sambil menikmati juadah tempatan yang autentik. Pastikan bangun awal pagi kerana kafe ini hanya buka pada waktu pagi.

Alamat: 7190B, Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: 012-509 7216
Waktu Operasi: Ahad - Sabtu [ 7.30pm - 1.00pm ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.4/5)

17. Nyiur Pantai Sauh
Kuala Nerus

17. Nyiur Pantai Sauh

Menawarkan pengalaman santai di tepi pantai dengan pemandangan laut yang mendamaikan. Suasana tropika bersama deretan pokok kelapa menjadikannya port lepak ideal untuk menikmati kopi, pencuci mulut, atau makanan ringan sambil menghirup angin laut yang segar

Alamat: PT 102870 Pantai Sauh, 21020, Terengganu

No. Telefon: 012-509 7216
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 11.00am - 7.00pm ]

- Jumaat [ 2.00pm - 7.00pm ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.3/5)

18. Lambour Cafe
Kuala Terengganu

18. Lambour Cafe

Destinasi santai untuk penggemar kopi dan hidangan Barat. Kafe ini menawarkan pilihan menu kopi premium, pasta, burger, serta aneka pencuci mulut yang memikat selera. Ia menjadi port lepak ideal untuk berkumpul bersama rakan atau keluarga sambil menikmati hidangan dalam suasana yang tenang dan mesra pelanggan.

Alamat: lot 11194p kg gong sekolah, 21030 Kuala Terengganu

No. Telefon: 010-805 0887
Waktu Operasi: Khamis - Selasa [ 11.00am - 11.00pm ]

- Rabu [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

19. Chocacake
Kuala Nerus

19. Chocacake

Syurga buat pencinta kek dan pencuci mulut berasaskan coklat. Kafe ini terkenal dengan kek buatan sendiri yang lembut, manis seimbang, serta minuman panas dan sejuk yang menyegarkan. Suasananya yang tenang dan dekorasi ringkas menjadikannya lokasi sesuai untuk bersantai sambil menikmati hidangan manis bersama keluarga atau rakan.

Alamat: Lot 31185 D, Jalan Pantai Tok Jembal, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: -
Waktu Operasi: Rabu - Isnin [ 10.30am - 7.30pm, 8.15pm - 11.30 ] - Jumaat [ 10.00am - 1.15pm, 2.15pm - 7.30pm, 8.15 - 11.30pm ]

- Selasa [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.4/5)

20. HOMS Bar & Cafe (House Of Moods)
Kuala Nerus

20. HOMS Bar & Cafe (House Of Moods)

Kafe moden dengan suasana santai yang dipenuhi dekorasi hijau dan pencahayaan hangat, sesuai untuk melepak bersama rakan atau menikmati masa tenang. Menyajikan pelbagai pilihan minuman istimewa, kopi premium, serta menu makanan yang memikat selera, HOMS menjadi pilihan tepat bagi pencinta kopi dan penggemar suasana kafe yang cosy di Terengganu.

Alamat: 9298, BATU 12 1/4, Kampung Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: -
Waktu Operasi: Rabu - Isnin [ 11.00am - 6.30pm, 8.00pm - 9.30pm ] - Jumaat [ 3.00m - 6.30pm, 8.00pm - 9.30pm ]

- Selasa [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.6/5)

21. Xofi (Gong Badak)
Kuala Nerus

21. Xofi (Gong Badak)

Menawarkan pelbagai pilihan kopi istimewa, minuman kreatif dan kudapan ringan, XOFI Trg menjadi destinasi kegemaran penggemar kafe untuk melepak bersama rakan, mengadakan perbincangan santai, atau sekadar menikmati masa peribadi ditemani aroma kopi yang memikat. Lokasinya yang strategik di kawasan Gong Badak memudahkan akses bagi penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar, menjadikannya salah satu spot kafe yang patut dicuba.

Alamat: 7825, Taman Baiduri, Kampung Padang Nenas, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: -
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 9.00am - 7.00pm, 8.00pm - 10.00pm] - Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.7/5)

22. Reason Coffee
Kuala Terengganu

22. Reason Coffee

Menawarkan suasana tenang dengan dekorasi ringkas berkonsepkan industri dan dinding bata merah yang ikonik. Di sini, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan kopi berkualiti yang dibru segar, bersama hidangan ringan yang melengkapkan pengalaman bersantai. Lokasinya yang strategik menjadikannya tempat sesuai untuk melepak bersama rakan atau bekerja sambil menikmati aroma kopi yang memikat.

Alamat: Lot 3216, Jln Kamaruddin, Kampung Mengadang Akar, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: 011-3974 5697
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 8.00am - 10.30pm ] - Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.7/5)

23. Knock Knock
Kuala Terengganu

23. Knock Knock

Hadir dengan konsep minimalis moden yang membuatkan suasananya tenang dan selesa. Selain kopi premium yang menjadi tarikan utama, kafe ini juga menawarkan pilihan menu ringan yang sesuai untuk santai mahupun bekerja. Lokasinya yang strategik di tengah bandar menjadikan Knock Knock antara cafe best Kuala Terengganu untuk dilawati.

Alamat: 50, JALAN BANDAR, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: -
Waktu Operasi: Rabu - Isnin [ 1.00pm - 11.00pm ] - Selasa [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★★ (4.8/5)

24. Octagon Cafe & Roastery
Kuala Terengganu

24. Octagon Cafe & Roastery

Terkenal dengan aroma kopi segar hasil sangai sendiri yang memikat deria setiap pengunjung. Suasana moden dan santai menjadikannya tempat ideal untuk melepak bersama rakan atau bekerja dengan tenang. Selain kopi istimewa, pelanggan juga boleh menikmati pilihan menu ringan yang melengkapkan pengalaman kafe ini. Kafe ini juga antara kafe yang best untuk dilawati.

Alamat: 136/7, Wisma Pantai, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: 012-964 6480
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu [ 4.00pm - 11.30pm ] - Ahad [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★★ (4.8/5)

25. Tumboh Coffee Bar
Kuala Terengganu

25. Tumboh Coffee Bar

Menampilkan konsep kafe santai dengan sentuhan rustic yang dekat dengan alam. Kopi di sini disediakan daripada biji segar terpilih, memberi rasa unik yang sukar dilupakan. Suasananya yang tenang menjadikannya pilihan ideal untuk melepak, bekerja, atau sekadar menikmati secawan kopi bersama rakan. Port lepak yang sempurna untuk suasana kampung yang damai.

Alamat: Homestay Inap Nekmi, Lot 488, Jalan Ibrahim, Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: 012-984 3228
Waktu Operasi: Selasa - Ahad [ 8.30am - 10.00pm ] - Isnin [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★★ (4.8/5)

26. Santai Treats
Setiu

26. Santai Treats

Port lepak tepi pantai yang sempurna untuk meluangkan masa sambil menikmati kopi sedap dan pemandangan laut yang menenangkan. Dengan suasana santai, angin sepoi-sepoi bahasa dan aroma kopi yang harum, ia sesuai untuk sesi minum petang, berborak bersama kawan atau sekadar ‘me-time’ menikmati keindahan pesisir pantai Terengganu.

Alamat: Lot 4071, Jln Penarik, Kampung Penarik, 22100 Permaisuri, Terengganu

No. Telefon: 017-875 0316
Waktu Operasi: Rabu - Isnin [ 3.00pm - 11.00pm ] - Selasa [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.6/5)

27. Izz's Garden Cafe
Besut

27. Izz's Garden Cafe

Menawarkan suasana santai ala taman dengan dekorasi hijau menyegarkan serta ruang yang luas dan selesa. Kafe ini terkenal dengan hidangan kopi premium dan dessert yang cantik serta instagrammable, menjadikannya pilihan tepat untuk mereka yang gemar bergambar dan berkongsi momen di media sosial. Dengan kombinasi rasa enak, suasana damai dan layanan mesra, ia sesuai dijadikan port lepak terbaik di kawasan ini sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau sekadar mencari ketenangan selepas seharian bekerja.

Alamat: 107, Kampung Jawek, 22000 Jerteh, Terengganu

No. Telefon: 011-3336 6915

Waktu Operasi: Selasa - Ahad [ 12.00pm - 11.00pm ] - Jumaat [ 3.00pm - 11.00pm ] Isnin [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

28. Aurora Coffee House
Dungun

28. Aurora Coffee House

Destinasi santai yang menawarkan gabungan suasana moden dan nyaman, sesuai untuk melepak bersama rakan atau keluarga. Menu di sini menampilkan pelbagai pilihan makanan Barat dan tempatan, termasuk ayam goreng rangup, pasta, burger, kek homemade serta kopi yang dibru segar. Kelebihan Aurora Coffee House terletak pada dekorasi yang Instagrammable, layanan mesra, dan lokasi strategik yang mudah diakses, menjadikannya pilihan tepat untuk bersantai sambil menikmati hidangan berkualiti.

Alamat: 53, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Jeti, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

No. Telefon: 019-767 7682

Waktu Operasi: Khamis - Selasa [ 9.00am - 7.00pm ]

- Rabu [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

29. 10 Gram Kemaman
Kemaman

29. 10 Gram Kemaman

Kafe moden hipster ini sering disebut sebagai antara port terbaik di Kemaman — terkenal dengan suasana santai, kopi yang kreatif, dan menu menarik seperti pizza serta kopi ‘fotogenik’. Konsep hipster moden, menu kekal segar (contoh: pizza & kopi), sesuai sebagai port santai atau tempat content sosial media

Alamat: G-59-GF, River Front Business Centre, Jalan Raja Udang 2, Kawasan Perindustrian Jakar Ii, 24000 Chukai, Terengganu

No. Telefon: 010-455 3984

Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 8.30am - 11.00pm ] - Jumaat [ 3.00pm - 11.00pm ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

30. Dinung Cafe
Hulu Terengganu

30. Dinung Cafe

Kafe estetik yang terletak berhampiran pejabat TNB Kuala Berang. Istimewa kerana menyajikan mee rebus Terengganu—kombinasi unik antara menu tempatan dengan suasana santai ala kafe. Ia merupakan tempat untuk seronok dan lepak sambil bungkus mood kampung urban.

Alamat: Tepi TNB, No 4, Jalan Taman Tiras, Kampung Bukit Tok Bat, 21700 Kuala Berang, Terengganu

No. Telefon: 014-753 8040

Waktu Operasi: Sabtu - Khamis [ 4.00pm - 11.00pm ]

- Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★★ (5/5)

31. Butterroo
Kuala Nerus

31. Butterroo

Butterroo ialah sebuah kafe estetik yang terletak berhampiran Pantai Miami, Kg. Telaga Daing, Kuala Nerus. Keistimewaan Butterroo terletak pada pelbagai pilihan biskut, deli sandwich dan pencuci mulut, yang disediakan segar terus dari dapur. Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri proses penyediaan hidangan melalui cermin kaca yang luas, menjadikan pengalaman di sini lebih menarik dan autentik. Butterroo juga menyediakan hidangan kopi dan minuman lain yang menarik. Dengan suasana santai ala kafe moden serta vibe yang tenang, Butterroo menjadi tempat ideal untuk lepak, bersembang dan menikmati hidangan yang fresh.

Alamat: Lot PT32037-1, Jalan Teluk Ketapang, Kampung Telaga Daing, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Telefon: 016-959 3549

Waktu Operasi: Rabu - Isnin [ 7am - 7.30pm ] - Selasa [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

Kesimpulan 31 Kedai Kopi Terbaik di Terengganu

Kedai-kedai kopi pilihan

ini bukan sahaja menyajikan menu yang sedap, unik dan pelbagai, tetapi juga menonjolkan suasana istimewa yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Setiap kafe mempunyai identiti tersendiri — ada yang berkonsepkan pemandangan laut, dekorasi moden minimalis, sentuhan rustik tradisional, mahupun tema kreatif yang mesra kamera. Sama ada anda mencari kedai kopi di tepi pantai, di tengah bandar, atau di kawasan kampung yang tenang, semua pilihan ini menjanjikan pengalaman lengkap: menikmati hidangan enak sambil merakam momen menarik untuk dikongsi di media sosial.

 

Jika anda seorang pencinta kopi, Terengganu sememangnya destinasi terbaik untuk diterokai kerana gabungan rasa, suasana dan gaya yang ditawarkan. Untuk senarai penuh cadangan dan info lanjut mengenai kafe-kafe menarik di negeri ini, anda boleh rujuk melalui laman utama kami di Discovery Terengganu.

Add a Comment

Your email address will not be published.