Payang Water Taxi

Pelayaran Menyusuri Sungai Terengganu

Terengganu, sebuah negeri yang kaya dengan budaya, warisan, dan pemandangan semula jadi, sentiasa menawarkan pengalaman pelancongan yang berbeza dari negeri-negeri lain di Malaysia. Salah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan ketika melawat Kuala Terengganu ialah menaiki Payang Water Taxi

Apa itu Payang Water Taxi ?

Payang Water Taxi (PWT)

adalah perkhidmatan pengangkutan air yang menghubungkan destinasi-destinasi menarik di sepanjang Sungai Terengganu, memudahkan pelancong dan penduduk tempatan untuk menjelajah bandar ini sambil menikmati pemandangan persisiran sungai yang memukau. Laluan ini bukan sahaja menawarkan pemandangan bandar dari sudut yang berbeza, malah memberikan akses mudah ke destinasi pelancongan utama.

 

Diperkenalkan pada Jun 2018 oleh Cas Ligas Sdn. Bhd., Payang Water Taxi kini menjadi salah satu tarikan utama di Terengganu, memberi peluang kepada pelancong untuk merasai keindahan Kuala Terengganu dengan cara yang unik melalui pelayaran di sepanjang sungai.

 

Dengan bot yang mampu memuatkan 40 penumpang, perkhidmatan ini dilengkapi dengan jaket keselamatan untuk dewasa dan kanak-kanak, memastikan keselamatan dan keselesaan sepanjang perjalanan.

Laluan & Destinasi Utama

Masjid Kristal

Masjid Kristal

Masjid moden yang terkenal dengan reka bentuk berasaskan kaca dan kristal yang indah.

Gambar Pertandingan Foto-Video Terengganu Iconic Drawbridge Jambatan Angkat

Drawbridge

Struktur ikonik di Kuala Terengganu yang merupakan salah satu jambatan angkat pertama di Malaysia.

Duyong Marina Resort

Duyong Marina

Kawasan penginapan mewah yang terkenal di kalangan pelancong.

Tempoh Perjalanan

Payang Water Taxi,

mengambil masa selama 45 minit untuk satu perjalanan, memberikan peluang kepada penumpang untuk menikmati pemandangan bandar Kuala Terengganu di sepanjang laluan sungai. Berikut adalah kadar tambang:

  • Dewasa: RM 20.00
  • Kanak-kanak, Warga Emas & OKU: RM 15.00

Harga yang berpatutan ini menjadikan teksi air ini menjadi pilihan terbaik bagi pelancong yang ingin menikmati pemandangan sambil bersantai di atas air.

Pengalaman Yang Ditawarkan

Selain daripada perjalanan biasa, bot teksi air ini juga menawarkan beberapa pakej dan perkhidmatan istimewa seperti:

  • Pakej Makan Kari Kepala Ikan – Pengalaman yang unik di mana penumpang boleh menikmati hidangan kari kepala ikan yang lazat sambil menyelusuri Sungai Terengganu. Ini adalah pengalaman gastronomi yang tidak dapat dilupakan, terutamanya bagi mereka yang ingin menikmati makanan tempatan dalam suasana yang santai.
  • Sewa Khas Bot Teksi Air – Perkhidmatan ini juga disediakan untuk jabatan kerajaan, syarikat swasta, dan para pelajar sekolah yang ingin mengadakan aktiviti khas di atas bot.
Dengan perkhidmatan ini, pengunjung dapat menikmati keindahan Bandaraya Warisan Persisiran Air Kuala Terengganu dari sudut pandangan yang unik sambil menghayati budaya dan sejarah setempat di sepanjang sungai

Kenapa Memilih Payang Water Taxi ?

Pakej Yang Unik

Sama ada anda ingin menikmati makan kari kepala ikan atau menyewa bot untuk acara khas, teksi air menyediakan pakej untuk memenuhi keperluan anda.

Mesra Semua Golongan

Dengan kadar khas untuk warga emas, kanak-kanak, dan OKU, teksi air memastikan semua orang dapat menikmati pengalaman pelancongan ini.

Harga Berpatutan

Dengan kadar tambang yang mampu milik, ia adalah pilihan yang bernilai untuk semua golongan.

Selesa & Selamat

Bot yang dilengkapi dengan kemudahan keselamatan memastikan penumpang berasa selesa sepanjang pelayaran.

Jom Naik Payang Water Taxi

Jika anda merancang lawatan ke Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman pelayaran dengan bot teksi air ini. Sama ada anda seorang pelancong atau penduduk tempatan yang ingin melihat bandar dari sudut pandang yang berbeza, ia memberikan aktiviti masa lapang yang sesuai untuk menerokai muara sungai di ibu negeri Terengganu. Tawaran teksi air ini pasti akan memberi anda satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama dengan keluarga dan kawan-kawan.