Sumber YouTube: MR YOE CHANNEL

Kampung Cina

Pengenalan Kampung Cina

Chinatown Kuala Terengganu

Kampung Cina Kuala Terengganu dikenali sebagai Chinatown atau Tn̂g-lâng-pho (唐人坡) merupakan antara destinasi warisan paling ikonik dan wajib dikunjungi di bandar ini. Terletak di pesisir Sungai Terengganu dan berhampiran Pasar Kedai Payang,  Kini, Chinatown Kuala Terengganu terus berkembang sebagai lokasi pelancongan budaya, seni, dan sejarah yang menarik perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa.

Sejarah Ringkas Kampung Cina

Kawasan kampung ini telah wujud sejak abad ke-17 sebagai pusat perdagangan pedagang dari Selatan China. Kampung ini adalah salah satu penempatan awal Cina di Asia Tenggara. Penempatan ini mula dibuka oleh pedagang Cina yang berdagang menggunakan laluan laut. Mereka memilih Kuala Terengganu sebagai lokasi strategik kerana kedudukannya di muara sungai. Bangunan kedai kayu dan batu dua tingkat yang masih kukuh hingga hari ini menggambarkan gaya seni bina Straits Chinese dan kolonial.

Pengiktirafan Kampung Cina Terengganu

Kampung ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Kebangsaan dan menjadi bukti hubungan harmoni antara komuniti Cina dan Melayu sejak ratusan tahun dahulu. Anda akan menemui kedai-kedai lama yang telah diubah suai menjadi restoran, kafe, dan rumah tumpangan yang menawarkan pengalaman moden dengan sentuhan tradisional.

Keunikan & Tarikan Utama di Kampung Cina

Pemandangan dari atas Kampung Cina Kuala Terengganu

1. Seni bina Warisan Berusia Ratusan Tahun

Deretan shophouses lama masih terpelihara dengan pintu kayu berat, tingkap tinggi dan balkon klasik. Setiap bangunan mempunyai sejarah dan cerita tersendiri, menjadikannya lokasi fotografi yang sangat popular.

Tokong Ho Ann Kiong di Kampung Cina (Chinatown) di Kuala Terengganu (2)

2. Tokong Tian Hou Gong & Ho Ann Kiong

Dua kuil tertua di Terengganu, dibina sekitar tahun 1801 dan 1896. Ia masih aktif digunakan dan menjadi tarikan kepada pelancong yang minat budaya dan seni bina tradisional masyarakat Cina.

Street Wall Art Kampung Cina

3. Lorong Seni Mural

Lorong seperti Lorong Kenangan Payang dan Lorong Penyu kini dihiasi seni jalanan berwarna-warni. Lokasi ini menjadi spot untuk tarikan fotografi bagi para pelancong.

Beca di Kampung Cina (Chinatown) di Kuala Terengganu

4. Kedai Kopi Tradisional

Pelancong boleh menikmati sarapan kopi ’O’ dan roti paung di kedai kopi lama atau mencuba hidangan moden di kafe kreatif yang mengekalkan elemen tradisional.

Seni Bina dan Gaya Reka Bentuk

Seni bina Kampung Cina

menampilkan gabungan gaya tradisional Cina Selatan, neoklasik dan Art Deco. Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya di tebing Sungai Terengganu, sesuai untuk kapal berlabuh dan perdagangan. Bangunan neoklasik biasanya sarat dengan hiasan, manakala rumah kedai mempunyai rekaan ringkas yang mencerminkan fungsi utiliti pada zaman tersebut.

Struktur Rumah Kedai & Fungsi

Setiap rumah kedai disusun dalam deretan yang saling bersambung, dipisahkan oleh lorong-lorong kecil. Kebanyakannya adalah bangunan dua tingkat yang berfungsi sebagai premis perniagaan di aras bawah dan kediaman di tingkat atas. Dua buah rumah lama di Kampung Cina turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan oleh World Monuments Fund yang berpusat di New York, Amerika Syarikat.

Keunikan Masakan Peranakan

Pengaruh Masakan Peranakan Terengganu

Masakan Cina Peranakan di sini dipengaruhi budaya Pantai Timur, terutamanya penggunaan budu sebagai bahan utama. Hidangan seperti ayam pachok, ceranang, jeruk betik, dan keropok lekor kukus menjadikan kulinari Chinatown Terengganu berbeza daripada komuniti Peranakan lain. Restoran, kopitiam dan kafe moden turut menawarkan sajian Melayu, Cina dan India.

Dialek Terengganu dalam Komuniti Cina

Komuniti Cina di Kampung Cina

terkenal dengan keunikan penggunaan loghat Terengganu dalam kehidupan seharian mereka. Keakraban budaya antara masyarakat Cina dan Melayu sejak ratusan tahun telah melahirkan satu bentuk komunikasi yang unik, di mana penduduk Cina tempatan bertutur dengan fasih menggunakan dialek Terengganu. Keistimewaan ini bukan sahaja mencerminkan hubungan harmoni antara kaum, tetapi turut menjadikan komuniti cina di kawasan kampung ini sebagai destinasi budaya yang berbeza daripada Chinatown di negeri lain.

Mengapa Kampung Cina Wajib Dikunjungi?

Kampung Cina (Chinatown)

bukan sekadar kawasan perniagaan lama, tetapi simbol perpaduan, warisan dan kelangsungan budaya di Kuala Terengganu. Setiap lorong, dinding mural, pintu kayu dan kedai kopi membawa kisah sejarah yang masih hidup bersama masyarakat hari ini. Kampung ini merupakan lokasi yang terbaik untuk fotografi, mengenali budaya peranakan tempatan dan menawarkan pengalaman autentik Terengganu. Kampung Cina wajib disenaraikan sebagai destinasi yang wajib dalam senarai lawatan anda ke Terengganu.

Penginapan Berdekatan dengan Kampung Cina

Anda boleh memilih penginapan berdekatan seperti The Payang Hotel, sebuah hotel sederhana yang terletak pada lokasi strategik dan mudah diakses sama ada dengan berjalan kaki atau pemanduan singkat. Ia merupakan pilihan praktikal bagi mereka yang inginkan penginapan selesa dan dekat dengan pusat bandar.