YouTube: Abang Bongsu Drone Photography

Desa Ukiran Kayu

Pembuatan Bunga Kayu Terengganu

Pengenalan Lokasi Ukiran Kayu

Desa Ukiran Kayu (DUK)

merupakan pusat seni dan warisan yang memfokuskan kepada pemeliharaan serta pengembangan seni ukiran kayu tradisional Melayu. Ia dibina di kawasan bersejarah Istana Tengku Long, yang asalnya didirikan oleh Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam, Raja Besut ke-4 pada tahun 1875. Projek ini bermula pada awal tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada Jun 2007, sebelum dirasmikan pada 21 Februari 2008.

Cara Akses & Lokasi

Desa Ukiran Kayu (DUK)

terletak di kawasan yang penuh nilai sejarah iaitu dalam perkampungan Kampung Raja Lama, berdekatan dengan pekan utama Kampung Raja, Besut, Terengganu.

  • Alamat Lokasi: Kawasan Istana Tengku Long, Kampung Raja Lama, Besut, Terengganu

  • 📏 Keluasan tapak: 3,500 meter persegi

  • 📍 Jarak dari Bandar Kuala Terengganu: ±100 kilometer

Contoh Jenis Rumah Tradisional Yang Berada di DUK

Rumah Limas Belanda / Potong Belanda
Rumah Limas Belanda / Potong Belanda
Istana Tengku Long Kampung Budaya
Istana Tengku Long/Limas Bungkus
Rumah Bujang Berserambi Selasar Kampung Budaya Terengganu
Rumah Bujang Berserambi Selasar

"Besut Daerah Ukiran Kayu"

Warisan Diangkat, Legasi Dilestarikan

Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) merupakan simbol penting kepada pengisytiharan “Besut sebagai Daerah Ukiran Kayu” yang diumumkan secara rasmi pada 12 Ogos 1999. Pengisytiharan ini adalah satu pengiktirafan penuh penghargaan terhadap kepakaran dan jasa para pengukir kayu yang berasal dari daerah Besut, yang telah mengharumkan nama negeri dan negara dalam seni ukiran kayu tradisional Melayu.

Antara tokoh pengukir kayu tersohor yang diiktiraf:

  • Allahyarham Che Long bin Yusof

  • Allahyarham Y.M Tengku Ibrahin bin Tengku WookTokoh Kraf Negara 1999

  • Haji Wan Su Bin OthmanTokoh Seni Negara 1997

  • Allahyarham Abd. Rahman bin Long

  • Mohd Salizan bin Abd Rahman
  • Wan Mustaffa Wan SuTokoh Seni Negeri Terengganu 2003 & Adiguru Kraf 2007

  • Norhaiza Bin Nordin

Pengiktirafan ini sekaligus menjadi pemangkin kepada pembangunan Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, sebagai pusat dinamik untuk memelihara, melatih dan memartabatkan seni ukiran kayu Melayu bagi generasi kini dan akan datang.

Aktiviti Harian & Latihan Seni Ukiran

Desa Ukiran Kayu (DUK)

bukan sekadar muzium hidup, ia juga pusat latihan aktif di mana:

  • Seramai 20 pelatih lepasan SPM daripada anak watan Terengganu dipilih setiap tahun

  • Mereka menjalani latihan penuh selama 12 bulan dalam Kraf Warisan Seni Ukiran Melayu

  • Latihan dibiayai penuh oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan

Tenaga pengajar utama ialah En. Che Hami Hamzah, yang berpengalaman lebih 7 tahun dalam seni ukiran Melayu di Institut Kraf Negara (IKN). Program ini dipantau oleh Prof. Madya Sulaiman Abd. Ghani, CEO Terengganu International Design Excellence (TIDE).

Kenapa Desa Ukiran Kayu Destinasi Wajib Dikunjungi

Desa Ukiran Kayu (DUK)

adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang berminat dalam seni ukiran kayu. Pengunjung dapat mengalami keindahan dan kehalusan kerja tangan yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya Malaysia.