Nasi Mandy berempah, Kambing Golek berjus dan gulai kawah panas berasap. Semua di Jintan Coffee House, tepi Sungai Terengganu.
Semua yang anda perlu tahu sebelum tempah slot berbuka di Felda Residence Kuala Terengganu.
Hidangan bufet Iftar Ramadan Felda Residence Kuala Terengganu
Felda Residence Kuala Terengganu kembali dengan bufet Sinar Ramadan 2026 di Jintan Coffee House. Harga dewasa bermula RM67 nett. Lokasinya di Jalan Hiliran, betul betul di pusat bandar.
Menu utamanya Nasi Mandy D’Jintan dan Kambing Golek. Dua hidangan ini yang buat ramai orang datang balik tahun demi tahun. Selain itu ada Gulai Kawah Special FRKT, Seafood Kava dan Grill Action Corner yang masak depan mata anda.
Bufet ini berlangsung dari 20 Februari sehingga 19 Mac 2026. Menu bertukar setiap hari mengikut empat rotasi. Jadi kalau datang dua tiga kali, anda takkan makan benda yang sama.
Slot hujung minggu cepat habis. Tempah awal kalau nak pilih tarikh yang selesa untuk keluarga.
Harga nett. Tiada caj tersembunyi.
Empat set menu berputar sepanjang Ramadan. Klik poster untuk besarkan.
🔍 Klik poster untuk besarkan. Leret ke kiri pada telefon.
Pilih set menu untuk lihat senarai lauk penuh mengikut tarikh.
Tarikh hidangan Menu 1
Tarikh hidangan Menu 2
Tarikh hidangan Menu 3
Tarikh hidangan Menu 4
D’Muara Cafe buka sampai 1 pagi. Port moreh paling padu di Jalan Hiliran.
Lepas tarawih memang perut cari benda masam pedas. Menu colek dan rojak style Pantai Timur ni harga berbaloi, sesuai lepak ramai ramai sampai lewat malam.
Kerang segar dengan colek pedas manis yang kick.
Kuah colek pekat. Syok makan panas panas.
Rojak dan mee dengan ayam rangup, kuah signature.
Aneka buah segar dengan kuah rojak masam manis.
Ayam goreng potong kecil dengan sos colek padu.
Suasana santai untuk family dan geng. Pakat maghi.
Terletak di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu. Sepuluh minit dari Pasar Payang.
Felda Residence Kuala Terengganu, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu.
Ruang letak kereta luas. Sesuai untuk rombongan bas dan van.
Kemudahan surau tersedia untuk Maghrib, Isyak dan Terawih.
Lima sebab yang buat orang tempatan datang balik setiap tahun.
Early Bird bermula RM57 nett. Harga standard RM67 nett. Semua harga nett tanpa caj tambahan.
Nasi Mandy, Gulai Kawah Special FRKT dan hidangan signature Jintan Coffee House.
Whole Lamb, Whole Fish dan stesen sup panas berempah yang masak depan mata.
Kuih Melayu, ABC, cendol dan teh tarik. Semua tak henti henti top up.
Suasana restoran selesa. Sesuai untuk keluarga, rombongan dan tempahan korporat.
Empat perkara yang buat pengalaman berbuka anda lebih tenang.
Slot berbuka terhad dan cepat penuh, terutama hujung minggu. Tempahan awal bagi anda pilih tarikh terbaik tanpa tergesa gesa.
Sampai awal bagi anda pilih tempat duduk selesa, tinjau susunan menu dan elak kesesakan bila hampir waktu berbuka.
Menu ada macam macam pilihan. Kongsi hidangan dengan keluarga supaya dapat rasa lebih banyak masakan tanpa membazir.
Pakej ini lebih seronok bila dinikmati bersama. Datang berkumpulan buat pengalaman iftar jadi lebih bermakna.
Soalan yang paling kerap ditanya tentang Iftar Ramadan Felda Residence.
Ya. Kemudahan surau disediakan untuk tetamu tunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih dengan selesa selepas berbuka.
Ya. Felda Residence sediakan kawasan parkir luas dan mudah diakses untuk tetamu individu serta rombongan.
Tidak. Felda Residence terletak di kawasan strategik Jalan Hiliran dan mudah diakses dari pusat bandar Kuala Terengganu.
Bufet Sinar Ramadan 2026 berlangsung dari 20 Februari sehingga 19 Mac 2026. Ia merangkumi hampir keseluruhan bulan Ramadan.
Sangat sesuai. Ruang makan yang selesa serta pilihan menu yang banyak menjadikan ia pilihan ideal untuk keluarga, rombongan dan majlis korporat.
Ada. C’Colek Ngosek di D’Muara Cafe buka dari 9.30 malam sehingga 1.00 pagi. Harga bermula RM10 sahaja.
Tengok sendiri suasana bufet melalui video di bawah.
@discoveryterengganu Buffet Ramadan Felda Residence Kuala Terengganu. Menu kampung padu, lauk panas berasap, rasa memang puas hati. Datang lapar, balik kenyang. Tempah awal sebelum penuh. #iftar #feldaresidence #discoveryterengganu #ramadan2026 ♬ Ramadan Kareem
@puterisophia Bufet Sinar Ramadan 2026 di Jintan Coffee House Felda Residence Kuala Terengganu. Nasi Mandy berempah harum dengan Kambing Golek lembut berjus. #buffetramadankualaterengganu2026 ♬ original sound

Pergi ke bandar membeli kurma,
Singgah sebentar di tepi lautan,
Berbuka puasa di Felda Residence terasa istimewa,
Sinar Ramadan penuh kenangan. 🌙✨