

45 kilometer dari pantai, satu pulau sunyi pernah jadi penempatan pelarian paling padat di dunia. Ini kisahnya.
Warisan & Sejarah
Pengenalan
Pada asalnya merupakan sebuah pulau yang sunyi dan tidak berpenghuni. Pulau ini terletak di pesisir Kuala Nerus, Terengganu, kira-kira 45 kilometer dari pantai Kuala Terengganu dan Merang. Ia mempunyai keluasan sekitar 203 hektar dan terpisah dari tanah besar oleh Laut China Selatan, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki bot.
Sebahagian besar kawasan pulau ini terdiri daripada tanah tinggi berbukit, manakala hanya sekitar 12 hektar sahaja merupakan tanah rata yang beralun. Keadaan muka bumi ini menjadikan Pulau Bidong sebagai lokasi pilihan para nelayan untuk berlindung daripada tiupan angin monsun.
Pulau ini tidak lagi berfungsi sebagai penempatan pelarian, sebaliknya telah diberi nafas baharu sebagai destinasi yang bernilai tinggi dari segi pelancongan, pendidikan dan warisan sejarah.
Kawasan pulau kini berada di bawah jagaan Lembaga Muzium Negeri Terengganu, yang berperanan memelihara serta memulihara tinggalan sejarah untuk tatapan generasi akan datang. Ia juga menjadi tapak penyelidikan dan kajian marin, khususnya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kini, ia menjadi tapak warisan sejarah dan destinasi pelancongan.
Lokasi
1975
Keharmonian pulau ini mula berubah selepas kejatuhan Kerajaan Demokratik Vietnam Selatan (KDVS) yang disokong Amerika kepada Kerajaan Komunis Vietnam Utara (KKVU) pada tahun 1975.
“Boat People” atau Orang Hanyut Vietnam (OHV)
Peristiwa ini mencetuskan gelombang pelarian yang tiba bertali arus di persisiran pantai Semenanjung Malaysia, khususnya di Negeri Terengganu. Mereka melarikan diri menggunakan bot kecil merentasi laut dalam keadaan berbahaya demi mencari perlindungan di negara lain.
Sejarah Pulau Bidong
Kem Pelarian Vietnam
Kehidupan di Pulau
Penempatan Pelarian
Kanak-kanak Pelarian
Welcome To Pulau Bidong
Sumber Gambar: Lembaga Muzium Negeri Terengganu
1 Ogos 1978
Pada 1 Ogos 1978, kerajaan Malaysia dengan kerjasama UNHCR telah mengisytiharkan pulau ini sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Pelarian pertama seramai 121 orang tiba pada 8 Ogos 1978.
Pulau ini berubah sepenuhnya daripada pulau sunyi kepada penempatan manusia yang padat. Sepanjang 16 tahun beroperasi, kawasan pulau ini menjadi tempat perlindungan kepada kira-kira 252,390 pelarian. Pulau ini mula dikenali di peringkat antarabangsa dan Malaysia menerima pujian atas layanan kemanusiaan yang diberikan. Disebabkan kepadatan penduduk dan pelbagai aktiviti yang berlaku, Pulau Bidong turut dikenali sebagai “Mini Saigon”.
Kedatangan pelarian ini turut mendapat perhatian dan sokongan negara luar, terutamanya Amerika Syarikat, yang menggesa Malaysia memberi layanan sewajarnya kepada OHV. Atas dasar kemanusiaan sejagat, kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif dengan menyediakan penempatan khas bagi memudahkan kawalan keselamatan serta penyaluran bantuan kepada pelarian.
1979
Sejak itu sehingga tahun 1991, kawasan pulau ini menjadi tempat perlindungan utama bagi pelarian yang melarikan diri daripada pemerintahan komunis di Vietnam. Salah satu peristiwa penting dalam sejarah ini ialah ketibaan kapal pelarian Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 yang membawa kira-kira 2,400 orang pelarian.
Keadaan ini menjadikan pulau ini sebagai antara penempatan pelarian paling padat di dunia ketika itu. Selain pelarian Vietnam, pulau ini juga menempatkan pelarian dari Kemboja pada penghujung tahun 1970-an yang melarikan diri daripada kekejaman rejim Khmer Rouge.
Realiti
Malaysia memainkan peranan penting atas dasar kemanusiaan dengan menyediakan perlindungan sementara kepada pelarian.
1991
Sepanjang tempoh operasinya, pulau ini berfungsi sebagai pusat transit sebelum pelarian dipindahkan ke negara ketiga. Dianggarkan kira-kira 250,000 pelarian pernah melalui kem ini, sebelum ditempatkan semula di negara seperti:
Kem pelarian ini akhirnya ditutup secara rasmi pada tahun 1991 dan diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada 30 November 1991. Selepas penutupan, sebahagian pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam, manakala yang lain berjaya membina kehidupan baharu di negara-negara penerima.
Sebagai kem pelarian, penutupan ini meninggalkan pelbagai kenangan dan nilai sejarah yang signifikan. Namun begitu, akibat kekurangan usaha pemeliharaan pada peringkat awal, sebahagian besar tinggalan sejarah di pulau ini telah mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Walaupun demikian, pulau ini masih menjadi destinasi ziarah bagi bekas pelarian dan waris mereka untuk menziarahi tanah perkuburan serta mengimbau kembali detik-detik kehidupan yang pernah dilalui di sini.
Masa Depan
Jeti Pulau Bidong
Matahari Terbenam
Welcome to Bidong
Kembara Marin
Tangki Air
Jeti Bidong
Pulau Bidong
Tinggalan Sejarah
Lawatan Discovery Terengganu ke Pulau Bidong
Seiring dengan nilai sejarah yang tinggi, pulau bersejarah ini wajar dibangunkan sebagai destinasi “Histo-Tourism”, iaitu pelancongan berasaskan sejarah. Gabungan tinggalan sejarah dan keindahan semula jadi menjadikan pulau ini berpotensi besar sebagai produk pelancongan unik di Terengganu. Hari ini, Pulau Bidong kekal sebagai warisan sejarah yang wajar dikenang dan dihargai oleh generasi akan datang.
Pulau Bersejarah Terengganu
Terumbu karang & ikan tropika.
Pantai, laut & hutan dari udara.
Aktiviti keluarga & reunion.
Jejak sejarah pelarian Vietnam.
Aktiviti santai di jeti.
Boat tour dari Jeti Merang.
Garis Masa
| Tarikh / Tahun | Peristiwa Penting |
|---|---|
| Sebelum 1975 | Pulau Bidong ialah pulau sunyi yang menjadi tempat nelayan berlindung daripada monsun. |
| 1975 | Kejatuhan Vietnam Selatan mencetuskan krisis pelarian “Boat People”. |
| 1 Ogos 1978 | Pulau Bidong diwartakan sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. |
| 8 Ogos 1978 | Kumpulan pertama seramai 121 pelarian tiba di Pulau Bidong. |
| Jun 1979 | Populasi meningkat hingga sekitar 40,000 orang dan menjadi antara kawasan paling padat di dunia. |
| 1978 – 1991 | Lebih 250,000 pelarian pernah ditempatkan di sini sebelum dipindahkan ke negara ketiga. |
| 30 Nov 1991 | Pulau Bidong ditutup secara rasmi sebagai kem pelarian. |
| Kini | Pulau Bidong menjadi lokasi kajian marin dan berpotensi sebagai destinasi pelancongan sejarah. |
Hari Ini
@ganuonthego Keindahan dasar laut dan daratan di Pulau Bidong ni memang menjadi tumpuan untuk para diver dan freediver. Pulau yang memiliki sejarah tersendiri. #fyp #cuticutimalaysia #terengganudaruliman ♬ suara asli - Love Music
Kredit: Amazing Terengganu & @ganuonthego

Pergi ke Merang menaiki perahu,
Air jernih tenang memikat hati,
Pulau Bidong menyimpan sejarah pilu,
Kini indah jadi memori abadi.