Loading Events

PETRONAS Cub Prix Pusingan 5 Di Terengganu

Aksi Perlumbaan, Hadiah & Aktiviti Keluarga!

Litar Permotoran Terengganu bakal beraksi garang sekali lagi! Saksikan kehangatan Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 yang bakal berlangsung pada:

  • 📍 Lokasi: Litar Permotoran Terengganu
  • 🗓️ Tarikh: 1 & 2 Ogos 2025 (Jumaat & Sabtu)
  • 🎟️ Kemasukan: PERCUMA!
  • 🎁 Cabutan Bertuah: 2 Ogos 2025 | 5:00 PM di podium utama

Bersedia Untuk Pusingan Ke-5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix!

Lokasi PETRONAS Cub Prix

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
August 1 - August 2

Apa yang menarik di Cub Prix Terengganu kali ini?

Beli & Menang
Beli & Menang

Cub Prix “Beli & Menang!” – Rebut Peluang Menang Honda RSX Winner!

🎉 Jangan lepaskan peluang emas anda di Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Pusingan Ke-5 Terengganu! Hanya dengan pembelian Happy Bag RM65 di tapak promosi, anda berpeluang membawa pulang sebuah motor Honda RSX WINNER serta pelbagai hadiah eksklusif menarik!

Apa yang anda akan dapat dengan Happy Bag RM65?

  • Baju-T Edisi Terhad R5 Terengganu
  • Minyak Pelincir PETRONAS Sprinta F300 15W-40
  • Baucar Diskaun RM80 – Monkeys Canopy Resort, Sg. Long
  • Minuman Bertenaga Ranger
  • Sticker Eksklusif Cub Prix & Koyoko
  • Kupon Cabutan Bertuah

Kenapa Anda Patut Sertai ?

Dengan Menghadiri PETRONAS Cub Prix Pusingan 5 Terengganu, anda akan dapat:

  • 🏁 Peluang menang motor Honda RSX Winner
  • 🎉 Hadiah-hadiah menarik dan eksklusif Cub Prix
  • 🛍️ Nilai hebat hanya RM65 untuk barangan premium
  • 📸 Aktiviti menarik & pengalaman permotoran bersama keluarga dan rakan-rakan

Pertandingan Mewarna PETRONAS Cub Prix 2025

Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mewarna

Aktiviti Seronok untuk Si Cilik!

🎨 Jom serlahkan kreativiti anak-anak anda di Pertandingan Mewarna CP Happy Bag sempena Pusingan 5 PETRONAS Cub Prix 2025 di Litar Permotoran Terengganu!

  • 📅 Tarikh: Jumaat, 1 Ogos 2025
  • 🕑 Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
  • 📍 Lokasi: Tapak Tunggangan Uji
  • 👧 Kategori:
    – Kanak-kanak (3–6 tahun)
    – Junior (7–12 tahun)

Hadiah Menarik untuk Dimenangi!

🏆

Tempat Pertama

RM150

+ Barangan Cub Prix

🥈

Tempat Kedua

RM100

+ Barangan Cub Prix

🥉

Tempat Ketiga

RM70

+ Barangan Cub Prix

🏅

Tempat 4 & 5

RM50

+ Barangan Cub Prix

Melakar Impian Bersama

🏁 Perlumbaan Motosikal Paling Sengit

Lima kelas pelumba profesional dari seluruh Malaysia bersaing di trek mencabar Terengganu. Aksi cornering tajam, pecutan deras dan kecekapan taktikal dijamin buat jantung anda berdebar!

Kenapa Anda WAJIB Hadir PETRONAS Cub Prix Pusingan 5 di Terengganu?

  • Akses Percuma untuk Semua
  • Sokong Pelumba Tempatan & Pasukan Kegemaran
  • Aktiviti Keluarga Sepanjang Hari
  • Peluang Menang Hadiah Menarik & Eksklusif
  • Menerokai tempat menarik di Terengganu seperti Pantai Teluk Ketapang, ikan celup tepung (ICT) dan sebagainya.

Video TikTok PETRONAS Cub Prix Di Terengganu

@msiancubprix Orang Ganu, guane ceritanyaaa? On dok on?! Minggu depan Cub Prix mariii doh!! Mari boh — tengok race sambil ngap keropok lekor cicoh sos! Jumpa sana boh 😃 #PETRONAScubprix #PETRONASmotorsports ♬ original sound - PETRONAS Malaysian Cub Prix

Jadual Perlumbaan Pusingan Ke-5

1 Ogos 2025 (Jumaat)
MasaAcara / KategoriSesi
09.00 – 10.25CP150, CP125 (A & B), Wira KBSFree Practice 1
10.35 – 11.45Sprinta Pro Am Cup (A & B), Yamaha 135LC, Honda RSXFree Practice
11.55 – 12.50Yamaha Petronas SS, CP150, Wira KBSFP & Qualifying 1
14.20 – 15.00CP125 (A & B)Free Practice 2
15.10 – 16.25Sprinta Pro Am Cup (A & B), CP150, Wira KBSQualifying
16.45 – 18.15CP125 (A & B), Yamaha 135LC, Honda RSX, Yamaha SSQualifying
2 Ogos 2025 (Sabtu)
MasaAcara / KategoriSesi
08.40 – 10.30CP125 (A & B), CP150, Yamaha SS, Honda RSX, Yamaha 135LCWarm Up
10.45 – 11.10Sprinta Pro Am Cup (A & B)Heat – 8 Laps
11.30 – 12.20Wira KBS, CP125Warm Up & Shoot Out
12.30 – 13.00CP150Super Pole
14.05 – 15.30Yamaha SS, Honda RSX, Wira KBSRace – 10–12 Laps
15.30 – 16.30CP125, CP150Race – 15–20 Laps
16.55 – 17.25Sprinta Pro Am Cup, Yamaha 135LCRace – 10 Laps

Pemacu Kegemilangan Permotoran Negara

PETRONAS Cub Prix Pusingan 5 di Litar Permotoran Terengganu

Jangan lepaskan peluang untuk bersama ribuan pengunjung meriahkan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Pusingan Ke-5 Terengganu Darul Iman pada 1 & 2 Ogos 2025! Perlumbaan penuh aksi serta aktiviti keluarga hingga peluang menang hadiah lumayan termasuk motor Honda RSX Winner. Semuanya tersedia untuk anda secara masuk percuma! Jom datang ramai-ramai, sokong pelumba tempatan dan cipta memori indah bersama keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu. Jumpa anda disana!

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini