
PETRONAS Cub Prix Pusingan 5 Di Terengganu
Aksi Perlumbaan, Hadiah & Aktiviti Keluarga!
Litar Permotoran Terengganu bakal beraksi garang sekali lagi! Saksikan kehangatan Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 yang bakal berlangsung pada:
- 📍 Lokasi: Litar Permotoran Terengganu
- 🗓️ Tarikh: 1 & 2 Ogos 2025 (Jumaat & Sabtu)
- 🎟️ Kemasukan: PERCUMA!
- 🎁 Cabutan Bertuah: 2 Ogos 2025 | 5:00 PM di podium utama
Bersedia Untuk Pusingan Ke-5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix!
Lokasi PETRONAS Cub Prix
Tarikh Acara
Acara akan berlangsung dalam masa :
Apa yang menarik di Cub Prix Terengganu kali ini?
Cub Prix “Beli & Menang!” – Rebut Peluang Menang Honda RSX Winner!
🎉 Jangan lepaskan peluang emas anda di Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Pusingan Ke-5 Terengganu! Hanya dengan pembelian Happy Bag RM65 di tapak promosi, anda berpeluang membawa pulang sebuah motor Honda RSX WINNER serta pelbagai hadiah eksklusif menarik!
Apa yang anda akan dapat dengan Happy Bag RM65?
- Baju-T Edisi Terhad R5 Terengganu
- Minyak Pelincir PETRONAS Sprinta F300 15W-40
- Baucar Diskaun RM80 – Monkeys Canopy Resort, Sg. Long
- Minuman Bertenaga Ranger
- Sticker Eksklusif Cub Prix & Koyoko
- Kupon Cabutan Bertuah
Kenapa Anda Patut Sertai ?
Dengan Menghadiri PETRONAS Cub Prix Pusingan 5 Terengganu, anda akan dapat:
- 🏁 Peluang menang motor Honda RSX Winner
- 🎉 Hadiah-hadiah menarik dan eksklusif Cub Prix
- 🛍️ Nilai hebat hanya RM65 untuk barangan premium
- 📸 Aktiviti menarik & pengalaman permotoran bersama keluarga dan rakan-rakan
Pertandingan Mewarna PETRONAS Cub Prix 2025
Aktiviti Seronok untuk Si Cilik!
🎨 Jom serlahkan kreativiti anak-anak anda di Pertandingan Mewarna CP Happy Bag sempena Pusingan 5 PETRONAS Cub Prix 2025 di Litar Permotoran Terengganu!
- 📅 Tarikh: Jumaat, 1 Ogos 2025
- 🕑 Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
- 📍 Lokasi: Tapak Tunggangan Uji
- 👧 Kategori:
– Kanak-kanak (3–6 tahun)
– Junior (7–12 tahun)
Hadiah Menarik untuk Dimenangi!
Tempat Pertama
RM150
+ Barangan Cub Prix
Tempat Kedua
RM100
+ Barangan Cub Prix
Tempat Ketiga
RM70
+ Barangan Cub Prix
Tempat 4 & 5
RM50
+ Barangan Cub Prix
Melakar Impian Bersama
Perlumbaan Motosikal Paling Sengit
Lima kelas pelumba profesional dari seluruh Malaysia bersaing di trek mencabar Terengganu. Aksi cornering tajam, pecutan deras dan kecekapan taktikal dijamin buat jantung anda berdebar!
Kenapa Anda WAJIB Hadir PETRONAS Cub Prix Pusingan 5 di Terengganu?
- Akses Percuma untuk Semua
- Sokong Pelumba Tempatan & Pasukan Kegemaran
- Aktiviti Keluarga Sepanjang Hari
- Peluang Menang Hadiah Menarik & Eksklusif
- Menerokai tempat menarik di Terengganu seperti Pantai Teluk Ketapang, ikan celup tepung (ICT) dan sebagainya.
Video TikTok PETRONAS Cub Prix Di Terengganu
@msiancubprix Orang Ganu, guane ceritanyaaa? On dok on?! Minggu depan Cub Prix mariii doh!! Mari boh — tengok race sambil ngap keropok lekor cicoh sos! Jumpa sana boh 😃 #PETRONAScubprix #PETRONASmotorsports ♬ original sound - PETRONAS Malaysian Cub Prix
@msiancubprix 1-2 Ogos ni mari meriah sama-sama! 😄 #PETRONAScubprix #PETRONASmotorsports ♬ MONTAGEM TOMADA (Slowed) - MXZI
| Masa | Acara / Kategori | Sesi |
|---|---|---|
| 09.00 – 10.25 | CP150, CP125 (A & B), Wira KBS | Free Practice 1 |
| 10.35 – 11.45 | Sprinta Pro Am Cup (A & B), Yamaha 135LC, Honda RSX | Free Practice |
| 11.55 – 12.50 | Yamaha Petronas SS, CP150, Wira KBS | FP & Qualifying 1 |
| 14.20 – 15.00 | CP125 (A & B) | Free Practice 2 |
| 15.10 – 16.25 | Sprinta Pro Am Cup (A & B), CP150, Wira KBS | Qualifying |
| 16.45 – 18.15 | CP125 (A & B), Yamaha 135LC, Honda RSX, Yamaha SS | Qualifying |
| Masa | Acara / Kategori | Sesi |
|---|---|---|
| 08.40 – 10.30 | CP125 (A & B), CP150, Yamaha SS, Honda RSX, Yamaha 135LC | Warm Up |
| 10.45 – 11.10 | Sprinta Pro Am Cup (A & B) | Heat – 8 Laps |
| 11.30 – 12.20 | Wira KBS, CP125 | Warm Up & Shoot Out |
| 12.30 – 13.00 | CP150 | Super Pole |
| 14.05 – 15.30 | Yamaha SS, Honda RSX, Wira KBS | Race – 10–12 Laps |
| 15.30 – 16.30 | CP125, CP150 | Race – 15–20 Laps |
| 16.55 – 17.25 | Sprinta Pro Am Cup, Yamaha 135LC | Race – 10 Laps |
Pemacu Kegemilangan Permotoran Negara
PETRONAS Cub Prix Pusingan 5 di Litar Permotoran Terengganu
Jangan lepaskan peluang untuk bersama ribuan pengunjung meriahkan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Pusingan Ke-5 Terengganu Darul Iman pada 1 & 2 Ogos 2025! Perlumbaan penuh aksi serta aktiviti keluarga hingga peluang menang hadiah lumayan termasuk motor Honda RSX Winner. Semuanya tersedia untuk anda secara masuk percuma! Jom datang ramai-ramai, sokong pelumba tempatan dan cipta memori indah bersama keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu. Jumpa anda disana!



