
25 – 27 April | 📍 Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu
Kopi Dan Saji 2025 @ KBT
كوڤي & ساجي
Sajian Tradisi. Budaya Asli. Suasana Kampung.
Jom pakat mari ke Kopi & Saji 2025 di Kampung Budaya Terengganu! Nikmati kopi kampung yang wangi, Laksa Terengganu yang padu, dan pelbagai makanan tradisional yang pasti buat anda terkenang zaman dulu-dulu. Acara Kopi dan Saji merupakan acara yang pasti menarik perhatian penggemar kopi di Terengganu. Diadakan pada 25 hingga 27 April (Jumaat-Ahad) di Kampung Budaya Terengganu. Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman unik ini bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan berlansung dalam masa :
Aktiviti Menarik Sepanjang 3 Hari
Acara ini bukan sekadar menikmati makanan—ia adalah pengalaman penuh budaya! Antara aktiviti menarik yang menanti anda bermula 9 pagi hingga 6 petang.
1. Demonstrasi Batik Terap & Batik Lukis
2. Pembuatan Wau & Replika Bot Tradisional
3. Busking Tradisional & Persembahan Gamelan
4. Ukiran Tembaga, Pakaian Tradisional & Memanah
5. Sajian Opok-opok, Tumbuk Emping, Karangan Tanjak & banyak lagi!
Jadual Kopi Dan Saji 2025
25 April 2025 (Jumaat)
🕙 10.00 pagi – Walkabout Kopi & Saji
🕒 3.00 petang – Persembahan Dikir Barat: Cerita Kopi & Saji
🕟 4.30 petang – Pertandingan Permainan Tradisional
26 April 2025 (Sabtu)
🕙 10.00 pagi – Karangan Tanjak Terengganu
🕚 11.00 pagi – Persembahan Silat Kura-Kura
🕒 3.00 petang – Persembahan Silat Kura-Kura
27 April 2025 (Ahad)
🕚 11.00 pagi – Persembahan Tumbuk Emping
🕒 3.00 petang – Persembahan Tumbuk Emping
🕟 4.30 petang – Walkabout Kopi & Saji
OOTD Rumah Tradisi — “Insta-worthy”!
Jangan lepaskan peluang bergambar di rumah tradisional Terengganu sambil menjamu selera. Abadikan momen bersama latar suasana kampung, busana warisan, dan sajian tradisi. Ia juga sempurna untuk album kenangan atau content media sosial anda!
Masuk Percuma – Terbuka untuk Semua!
Bawa keluarga dan rakan-rakan — rasai pengalaman budaya, warisan dan sajian asli Terengganu dalam satu acara yang penuh warna-warni dan kenangan.
Kopi & Saji 2025 – Tempat Rasa, Tempat Cinta Warisan
📢 Jangan lepaskan peluang ini untuk mendalami budaya negeri kite!
Gunakan tanda pagar rasmi:
#KopiSaji2025 #BudayaTerengganu #WarisanKita #KampungBudaya