







Pulau Redang dan Kuala Terengganu bukan sekadar pintu masuk ke pulau-pulau indah Pantai Timur. Di sini anda dapat lautan jernih, Taman Laut yang memukau, serta warisan budaya sekali harung. Walaupun masa keluarga anda terhad, percutian 3 hari 2 malam sebenarnya sudah memadai. Sebab dalam tempoh tu anda sempat snorkeling di Redang, santai di Long Beach, kemudian meneroka mercu tanda ikonik di Kuala Terengganu.
Dalam panduan ni kami susun jadual perjalanan 3 Hari 2 Malam yang padat tapi tetap teratur. Memang mesra kanak-kanak, jadi setiap detik jadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Sebelum melangkah lebih jauh dalam itinerari, saksikan keindahan Pulau Redang dan bandar Kuala Terengganu menerusi lensa kami.
Itinerari percutian ialah satu rancangan perjalanan yang disusun mengikut urutan masa dan aktiviti semasa bercuti. Ia mengandungi maklumat terperinci seperti:
Tujuannya untuk membimbing pelancong supaya perjalanan lebih tersusun. Sebab bila jadual dah ada, masa tak terbuang dan semua tempat menarik sempat dilawati dalam tempoh yang ditetapkan.
Ramai tak tahu yang anda sebenarnya boleh ke Pulau Redang dengan menaiki bot di jeti Pulau Warisan dan jeti Taman Tamadun Islam (TTI). Kedua-dua jeti ni ada tempat letak kenderaan yang luas, lagipun kedudukannya dekat je dengan bandar Kuala Terengganu. Memang banyak tempat menarik di Redang dan Kuala Terengganu. Jadi di bawah ni kami senaraikan beberapa aktiviti yang anda boleh buat semasa berkunjung:

Laut biru kristal dan pasir putih halus, dengan kawasan pantai yang landai. Taman Laut (Marine Park) di sini kaya hidupan, sebab tu ia terbaik untuk snorkeling dan skuba. Resort tepi pantai pula sediakan banyak pakej menarik, jadi senang anda nak rancang aktiviti. Suasananya tenang dan dekat dengan alam semula jadi, memang sesuai untuk percutian keluarga.

Kuala Terengganu memikat dengan warisan dan gaya setempatnya. Jejaki Kampung Cina, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal, kemudian nikmati senja di Jambatan Angkat. Lepas tu jalan-jalan makan nasi dagang, keropok lekor, satar dan ICT sekitar Seberang Takir. Beli batik dan songket di Pasar Kedai Payang, sementara anak-anak boleh santai di Pantai Batu Burok.
Cadangan pertama ni sesuai kalau keluarga anda memang nak fokus pada laut. Sebab anda bermalam dua malam di Redang, anak-anak sempat main air puas-puas tanpa kejar masa. Kemudian barulah singgah bandar Kuala Terengganu pada hari terakhir sebelum pulang.
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 8:30 pagi | Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu — Urus tiket feri & beg (persediaan berlepas). |
| 9:00 pagi | Feri ke Pulau Redang — Perjalanan 1-1.5 jam. Nikmati pemandangan Laut China Selatan sepanjang perjalanan. |
| 10:30 pagi | Pulau Redang — Daftar masuk resort (atau tinggalkan bagasi) & sesi taklimat ringkas resort. |
| 12:00 tengah hari | Makan tengah hari di resort — Kemudian rehat sekejap sebelum aktiviti petang. |
| 3:00 petang | Snorkeling petang — Trip snorkel anjuran resort ke kawasan terumbu berdekatan (ikan tropika & coral). Alternatif: mandi laut atau berehat di pantai. |
| 5:00 petang | Hi-tea di resort — Lepas tu aktiviti bebas: bola tampar pantai, berenang, bina istana pasir. |
| 7:00 malam | Makan malam — Buffet atau BBQ makanan laut segar di resort. |
| 8:30 malam | Pantai Redang — Santai keluarga sambil stargazing dan dengar bunyi ombak. Kalau resort ada program malam, boleh join tayangan filem atau permainan keluarga. |
| 10:30 malam | Rehat awal — Sebab aktiviti esok bermula awal pagi. |
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 7:00 pagi | Resort Pulau Redang — Sarapan pagi. Kemas barang & siap sedia daftar keluar selepas snorkeling. Simpan beg di lobi resort. |
| 9:00 pagi | Taman Laut Pulau Redang (Pulau Pinang Kecil) — Bertolak dengan bot untuk aktiviti snorkeling. Lokasi popular & mesra keluarga untuk sesi snorkel pertama kali. |
| 12:00 tengah hari | Kembali ke resort — Mandi & tukar pakaian. Daftar keluar resort, kemudian makan tengah hari sebelum bertolak. |
| 1:00 petang | Feri ke Jeti Shahbandar — Naik feri pulang ke Kuala Terengganu. Nikmati pemandangan pulau kali terakhir. |
| 3:00 petang | Kuala Terengganu — Tiba di Jeti Shahbandar. Daftar masuk hotel bandar & rehat ringkas. |
| 5:30 petang | Pantai Batu Buruk — Santai petang; taman permainan, kuda pusingan, jagung bakar & keropok lekor. |
| 8:00 malam | Bandar Kuala Terengganu — Makan malam: ikan bakar atau sotong celup tepung. |
| 9:00 malam | Jambatan Angkat & sekitar — Aktiviti malam: bergambar di jambatan, menyusuri Pulau Warisan. Balik ke hotel & rehat. |
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 8:00 pagi | Hotel Bandar KT — Sarapan & daftar keluar. Tinggalkan bagasi di kaunter untuk memudahkan pergerakan. |
| 9:00 pagi | Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam — Lawatan & sesi bergambar seni bina kaca/keluli. (Jika sempat, singgah monumen dunia Islam bersebelahan.) |
| 10:30 pagi | Muzium Negeri Terengganu — Jelajah pameran sejarah maritim, artifak Islam & budaya tempatan. |
| 12:30 tengah hari | Bandar Kuala Terengganu — Makan tengah hari: pilihan menu tempatan (Mee Champa/Laksa Terengganu, dsb.). |
| 1:45 petang | Pasar Payang — Beli ole-ole terakhir: batik, songket, keropok & cenderamata. |
| 2:45 petang | Kampung Cina (Chinatown) — Berjalan santai, lorong mural & rumah kedai warisan. OOTD: foto bertema mural & tanglung merah. |
| 3:30 petang | Hotel → Pulang — Ambil bagasi & bergerak pulang. Tamat itinerari. |
Kalau anda lebih minat budaya dan beli-belah, cadangan kedua ni lebih kena. Hari pertama habis di bandar sebab situ pusat warisan, muzium dan pasar. Lepas tu barulah bertolak ke Redang untuk dua hari berikutnya.
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 8:30 pagi | Tiba di Kuala Terengganu — Sarapan tempatan (nasi dagang/roti canai). Daftar masuk awal atau simpan beg di hotel. |
| 10:00 pagi | Pasar Payang — Beli batik, songket, keropok & cenderamata. Jalan kaki ke tebing sungai untuk foto. |
| 12:30 tgh hari | Makan tengah hari — Cuba lauk tradisional Terengganu (ikan bakar/mee kampung). |
| 2:00 petang | Muzium Negeri atau Masjid Kristal & TTI — Lawatan budaya/seni bina. Rehat di kafe berdekatan. |
| 4:00 petang | Kampung Cina (Chinatown) — Heritage walk, lorong mural, kedai kopi lama. OOTD & street photography. |
| 6:30 petang | Pulau Warisan — Santai senja; permainan anak, jagung bakar & keropok lekor. |
| 8:00 malam | Makan malam — Nikmati ikan bakar atau kafe tempatan yang menyediakan macam-macam juadah istimewa. |
| 9:00 malam | Jambatan Angkat — Foto malam dengan lampu LED; lepak tepi sungai/gerai kuih. Balik hotel & rehat. |
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 7:30 pagi | Hotel KT — Sarapan & daftar keluar. Bergerak ke Jeti TTI (datang awal untuk tebus tiket & tagging beg). |
| 9:00–9:30 pagi* | Jeti TTI → Pulau Redang — Naik feri (±1.5–2 jam, bergantung cuaca). Nikmati pemandangan Laut China Selatan. |
| 11:00–11:30 pagi | Tiba di Pulau Redang — Hantar beg/daftar masuk resort (jika bilik belum siap, simpankan beg). Taklimat keselamatan & aktiviti. |
| 12:30 tgh hari | Makan tengah hari di resort — Rehat seketika. |
| 2:30–4:30 petang | Snorkeling Pengenalan — House reef/spot berdekatan (ikan tropika, terumbu). Alternatif: kayak/SUP atau mandi pantai. |
| 5:00 petang | Hi-tea & free & easy — Santai, bina istana pasir, bola tampar pantai, foto golden hour. |
| 7:00 malam | Makan malam resort — Buffet/BBQ makanan laut. |
| Malam | Aktiviti malam — Stargazing di pantai, jalan malam; jika resort sedia: live acoustic / movie night. |
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 7:00 pagi | Resort Redang — Sarapan. Kemas & siap sedia daftar keluar selepas aktiviti pagi. |
| 9:00–11:30 pagi | Taman Laut Pulau Redang (Pulau Pinang Kecil) — Trip snorkeling ke Marine Park Centre (mesra keluarga, air tenang). |
| 12:00 tgh hari | Kembali ke resort — Mandi, tukar pakaian & daftar keluar. Makan tengah hari ringkas atau bungkus. |
| 12:30–1:00 tgh hari* | Pulau Redang → Jeti TTI — Feri pulang (anggarkan ketibaan di TTI sekitar 2:00–2:30 petang bergantung jadual/laut). |
| 2:30 petang (±) | Tiba di TTI / Tamat — Ambil kenderaan & bergerak pulang. Jika ada masa, singgah beli kudapan/ole-ole terakhir di bandar. |
* Waktu feri tertakluk kepada operator & musim. Sila semak jadual terkini semasa tempahan.
Susun jadual perjalanan dengan jelas sebelum bertolak. Sebab bila jadual kemas, masa tak terbuang dan anda sempat singgah lebih banyak destinasi.
Tempah awal supaya anda dapat lokasi strategik dekat pusat bandar atau pantai. Lagipun harganya selalu lebih berpatutan kalau tempah lebih awal.
Cuaca di Terengganu boleh panas terik, tapi hujan pun boleh turun tiba-tiba. Jadi bawa pakaian yang sesuai, terutama kalau anda rancang aktiviti pantai atau lawatan luar.
Kalau memandu, kenal dulu kawasan parkir berdekatan destinasi popular. Kemudian elakkan waktu puncak dan sediakan jalan alternatif.
Walaupun 3 hari 2 malam tu singkat, ia tetap cukup untuk menikmati keindahan pantai, merasai juadah tempatan yang sedap, dan menjelajah warisan budaya negeri ni. Sebab itinerari dah terancang, anda boleh padatkan aktiviti menarik tanpa terburu-buru. Redang dan Kuala Terengganu memang sesuai untuk semua peringkat umur. Ringkasnya, walaupun sekejap, memori yang dibawa pulang pasti panjang.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke Tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
One thought on “3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu untuk Keluarga”
[…] Untuk idea aktiviti dan susunan hari di Redang, rujuk 5 tempat menarik di Pulau Redang. Kalau anda bercuti bersama keluarga dan mahu gabungkan pulau dengan bandar, lihat itinerari 3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu untuk keluarga. […]