Sesi perkongsian komuniti fly fishing di Malaysia di pondok tepi sungaiPemancing membuat balingan fly fishing di sungai hutan hujan MalaysiaBengkel fly fishing untuk pemula di tepi sungaiTasik berkabus waktu pagi, lokasi fly fishing di MalaysiaSet peralatan asas fly fishing: joran, reel, fly box dan topiPemancing fly fishing di Malaysia menunjukkan hasil tangkapan di sungai

Asas Fly Fishing di Malaysia: Panduan Lengkap untuk Pemula

01/ 06
Skrol untuk teroka
Asas Fly Fishing di Malaysia: pemancing gembira menaikkan ikan di sungai Terengganu

Fly fishing atau pancing layang semakin popular di Malaysia,

khususnya di negeri Terengganu yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan pelbagai lokasi memancing menarik. Aktiviti memancing yang unik ini menawarkan pengalaman yang sangat berbeza berbanding teknik memancing tradisional seperti pancing dasar atau casting biasa. Fly fishing memberi penekanan khusus kepada alatan, teknik & strategi yang unik; dan yang penting sekali penggunaan umpan buatan khas yang dikenali sebagai โ€˜flyโ€™, yang direka menyerupai serangga, ikan kecil atau haiwan akuatik yang menjadi makanan semulajadi ikan.

Populariti fly fishing

semakin meningkat di kalangan pemancing Malaysia kerana ia bukan sahaja merupakan aktiviti memancing yang menyeronokkan, tetapi juga mencabar dari sudut teknikal. Pemancing yang mencuba fly fishing biasanya akan tertarik dengan elemen seni dalam teknik casting, serta cabaran mendapatkan ikan menggunakan umpan tiruan kecil yang ringan. Selain itu, suasana tenang dan santai yang ditawarkan oleh aktiviti ini menjadikannya amat sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar serta menikmati ketenangan di alam semulajadi.

Artikel ini bertujuan

memberikan panduan lengkap kepada pemancing pemula yang ingin mempelajari dan mencuba fly fishing buat kali pertama. Khususnya, artikel ini menumpukan perhatian kepada negeri Terengganu, sebuah lokasi yang terkenal dengan tasik dan sungai yang masih terpelihara serta kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar. Turut disertakan juga beberapa kawasan menarik lain di sekitar Malaysia yang sesuai untuk aktiviti fly fishing bagi memastikan pemancing pemula mendapat pengalaman terbaik ketika mula mencuba hobi yang semakin popular ini.

Apa Itu Fly Fishing?

Video: โ€œApa itu Fly Fishing || Belajar Fly Fishing Untuk Pemulaโ€ oleh Fishion Fishing di YouTube. Kredit penuh kepada pemilik video.

Sejarah Ringkas Fly Fishing di Malaysia

Walaupun fly fishing bukanlah tradisi memancing asal Malaysia,

teknik ini mula diperkenalkan oleh golongan pemancing luar negara dan ekspatriat yang menetap di Malaysia sejak era 19850-an. Ketika itu, lokasi-lokasi istimewa seperti Taman Negara & Taman Negeri di semenanjung waktu itu menjadi tumpuan awal kerana keadaan perairannya yang tampak lebih persis dengan sungai-sungai trout di Eropah. Ketika ini, peringkat fly fishing ini dilihat sebagai hobi eksklusif kerana memerlukan kemahiran casting yang berbeza, alatan khas dan pengetahuan tentang โ€˜entomologiโ€™, iaitu kajian serangga air yang menjadi sumber inspirasi umpan tiruan (fly). Namun pada hari ini, dengan perkembangan teknologi, akses internet dan perkongsian video tutorial, komuniti pemancing tempatan mula diterima, dipelajari & diminati.

Kini, ramai pemancing Malaysia, khususnya di Terengganu,

telah berjaya menyesuaikan teknik fly fishing dengan habitat sungai tropika. Spesies ikan tempatan seperti kelah, tengas, sikang & sebarau menjadi sasaran utama kerana tabiat yang aktif menyambar umpan di permukaan air, mirip spesis trout di negara Barat.

Dalam beberapa dekad kebelakangan ini,

komuniti fly fishing Malaysia juga semakin berkembang dengan wujudnya kelab-kelab, forum dalam talian dan bengkel latihan. Malah, beberapa pelayang veteran tempatan turut menghasilkan paten โ€˜flyโ€™ rekaan sendiri dengan sentuhan material tempatan (organik & sintetik). Semua ini menjadikan fly fishing bukan lagi sekadar hobi mewah, tetapi aktiviti mesra alam yang menggalakkan amalan catch & release untuk kelestarian ekosistem sungai Malaysia.

Gambar lama seorang pemancing Malaysia memegang joran fly, gambaran sejarah fly fishing di Malaysia
Sungai jernih di hutan hujan Terengganu, syurga fly fishing di Malaysia

Ekosistem Sungai Terengganu: Syurga Fly Fishing

Sungai-sungai di Terengganu

seperti Belukar Bukit, Berang & Sekayu dan beberapa anak sungai di kawasan Tasik Kenyir memang terkenal sebagai destinasi idaman kaki pancing layang. Keunikan ekosistem sungai di Terengganu terletak pada kejernihan airnya yang mengalir dari kawasan hutan simpan hujan tropika. Air yang sejuk dan kaya oksigen ini menjadi habitat semula jadi untuk pelbagai spesies ikan air tawar Malaysia yang aktif, lincah dan sensitif; yang sentiasa partial terhadap umpan fly yang dihanyutkan gemalai.

Boleh dikatakan

kelebihan yang ada sungai di Terengganu khususnya & Malaysia amnya, ialah kewujudan barisan spesis serangga yang mempunyai kitaran awal hidup dalam air seperti Mayfly, Pepatung dll; yang menjadi asas rantaian diet ikan-ikan. Kehadiran serangga ini menandakan air sungai berada pada tahap kualiti yang baik dan stabil. Inilah sebabnya umpan fly tiruan kebanyakan direka menyerupai bentuk serangga tersebut agar lebih meyakinkan ikan sasaran.

Di samping itu,

lanskap semula jadi hutan hujan di kiri kanan sungai turut menambahkan pengalaman memancing. Bunyi deruan air terjun, burung liar, unggas hutan, malah kadangkala kelibat hidupan liar seperti monyet atau burung menjadikan aktiviti fly fishing di Terengganu benar-benar mendamaikan jiwa. Tidak hairanlah ramai pemancing dari luar negeri & negara sanggup berkelana jauh hanya semata untuk menikmati suasana begini sepenuhnya.

Spesies Ikan Popular untuk Fly Fishing di Malaysia

Secara asasnya, semua spesis natif di Malaysia boleh dipancing menggunakan teknik fly fishing. Tapi hanya ada beberapa yang betul-betul diminati dan sentiasa dicari. Berikut adalah spesies ikan air tawar lokal yang paling popular Malaysia secara am;

Ikan sebarau (Hampala macrolepidota) untuk fly fishing di Malaysia

Ikan Sebarau (Hampala macrolepidota)

Agresif dan suka sambaran.

Ikan kelah (Tor tambroides), spesies fly fishing paling dicari

Ikan Kelah (Tor tambroides)

Paling dicari kerana saiz dan kekuatannya.

Ikan tengas (Neolissochilus spp.) di sungai Terengganu

Tengas (Neolissochilus spp.)

Sangat sensitif, memerlukan teknik halus.

Ikan baung, lampam sungai dan patin liar

Lampam Sungai, Baung, Patin liar

Lebih sesuai untuk intermediate anglers.

Menemui โ€œMalayan Troutโ€ dalam Sungai Tropika di Terengganu

Ikan sikang atau Malayan Hill Trout di dasar sungai berpasir Terengganu

Ikan Sikang

atau turut dikenali sebagai โ€œMalayan Hill Troutโ€ atau โ€œBurmese Troutโ€ ialah spesies ikan air tawar daripada genus Raiamas dengan nama saintifiknya Raiamas guttatus. Spesies ini mendapat perhatian khas dalam kalangan pemancing kerana bentuk fizikal dan corak tubuhnya yang mirip dengan ikan trout. Walaupun bukan tergolong dalam keluarga trout, ikan Sikang (yang secara tidak rasminya termaktub sebagai familiae โ€œminnowโ€ dalam kancah saintifik) memiliki badan ramping dengan warna perak keemasan serta dihiasi bintik-bintik kecil yang menyerlahkan lagi persamaan tersebut.

Habitat asal ikan ini

terhad kepada beberapa kawasan terpilih di Asia Tenggara; khususnya di Semenanjung Malaysia, Thailand, Laos & Kemboja. Di Malaysia, sikang banyak ditemui di kawasan sungai tanah rendah berarus lembut dengan dasar berpasir yang bersih. Selain Terengganu, antara lokasi utama habitat asli sikang yang sering menjadi tumpuan para pemancing adalah sungai-sungai sekitar Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan & Kedah. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sikang telah diperkenal ke jajaran sungai-sungai di Perak & Johor, yang sebelum ini tiada kewujudan langsung spesis ini.

Walaupun belum begitu terkenal secara meluas

di peringkat antarabangsa, sikang semakin mendapat tempat dalam kalangan penggiat sukan memancing fly fishing kerana cabaran untuk menangkapnya serta keunikannya yang hanya boleh didapati di rantau tertentu sahaja. Justeru, spesies ini dianggap sebagai permata tersembunyi atau โ€œhidden gemโ€ dalam ekosistem sungai tropika Malaysia, yang mampu menarik perhatian pemancing tempatan mahupun luar negara untuk datang mencuba nasib memburunya.

Ikan sikang menyambar fly di kolum air atas sungai

Habitat & Tingkah Laku Menyambar

Habitat utama: Aliran sungai lowland yang berpasir, berbatu kecil, berarus perlahan, bersih & jernih.

Corak makan: Pemburu oportunistik. Diet utama terdiri dari serangga, udang & ikan kecil. Anatomi mulutnya yang mendongak ke atas membuktikan yang spesis ini lebih selesa memburu di kolum air atas & pertengahan. Lebih aktif dengan kehadiran matahari.

Habitat sungai tertekan yang menjejaskan populasi ikan sikang

Anggaran Populasi

Sukar dianggarkan kerana kemahiran ikan ini bersembunyi di habitatnya.

Berdasarkan pemerhatian pemancing:

  • Habitat utama (prime habitat): sehingga 100 ekor/km.
  • Habitat tertekan (pressured habitat): sekitar 30 ekor/km.
Habitat utama0
Habitat tertekan0
ekor / km
Pemancing gembira menaikkan ikan dengan fly fishing di sungai Malaysia

Daya Tarikan Antarabangsa & Fly Fishing

  • Menjadi pilihan kerana morfologi, anatomi & kewujudannya yang unik. Menjadikannya daya tarikan kepada pemancing tempatan dan antarabangsa.
  • Teknik pancingan menggunakan rod fly ringan (1 hingga 4 weight) dengan fly pattern tertentu seperti Elk Hair Caddis, Royal Wulff, Adams, Gurgler, Baitfish Minnow dll.

Kesimpulan

Sikang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai ikon ekopelancongan khususnya dalam aktiviti fly fishing, tetapi usaha konservasi, penyelidikan lanjut, dan promosi yang lebih agresif amat diperlukan bagi memastikan spesies ini kekal lestari untuk generasi akan datang.

Alatan Asas: Panduan Memilih Peralatan Fly Fishing

Untuk memulakan fly fishing dengan betul,

pemilihan alatan asas yang sesuai & seimbang amat penting supaya setiap balingan (casting) berjalan lancar dan umpan (fly) kelihatan semula jadi semasa dipersembahkan. Berbanding teknik memancing konvensional, fly fishing memerlukan set gear khusus seperti rod (joran), reel, tali fly line, leader, tippet dan umpan tiruan (fly) yang direka menyerupai serangga atau ikan kecil.

Bagi pemula,

memilih fly fishing gear yang bersesuaian dengan aplikasi, geografi & juga spesis sasaran adalah langkah pertama yang akan menentukan sama ada pengalaman belajar & memancing akan menjadi mudah atau sebaliknya. Secara am, rod untuk fly fishing pemula biasanya berkapasiti 5 hingga 6WT, sepanjang 8โ€™ hingga 9โ€™ & dilengkapi dengan tali layang (fly line) weight forward (berat hadapan) jenis terapung (floating) untuk memudahkan kesinambungan proses pembelajaran & pemancingan.

Dengan panduan ringkas ini,

pemancing baharu dapat memahami fungsi setiap alatan, cara menggabungkannya dengan betul, serta tip menjaga peralatan agar tahan lama.

Ikon joran fly fishing

Rod (Joran)

Pilih panjang 8 hingga 9 kaki untuk sungai. Weight (berat joran): 5 hingga 6WT sesuai untuk pemula.

Ikon reel fly fishing

Reel

Perlu seimbang dengan rod, simple drag system sudah mencukupi.

Ikon tali fly line

Line (Tali)

Floating. Weight forward. Sesuai spesifikasi rod.

Ikon leader dan tippet

Leader, Tippet

Leader perlu sama atau lebih panjang dari rod. Formula sesuai spesifikasi rod & spesis.

Ikon umpan fly

Fly (Umpan)

Pilihan fly tempatan: dry fly berbentuk kelkatu, nymph tiruan udang halus.

Ikon aksesori fly fishing

Aksesori

Polarized sunglasses, vest, landing net, fly box, forcep.

Teknik Asas Fly Fishing: Langkah Demi Langkah

Kelas teknik asas fly fishing untuk pemula di Malaysia

Dalam dunia fly fishing,

kemahiran teknikal adalah kunci untuk memastikan umpan tiruan kelihatan semula jadi dan menarik perhatian ikan sasaran. Berbanding memancing konvensional, fly fishing memerlukan anda menguasai 2 disiplin utama iaitu โ€œfly castingโ€ (proses penghantaran umpan) & โ€œfly tyingโ€ (proses pembuatan umpan).

Teknik asas

fly casting yang perlu dipelajari adalah โ€œoverhead castโ€ & โ€œroll castโ€. Proses pembelajaran awal boleh dilakukan di air ataupun di padang. Pada peringkat awal, penekanan akan lebih diberikan kepada pengawalan & pengurusan tali layang, sebelum menginjak ke aspek distance atau accuracy. Penguasaan terhadap 2 teknik ini akan memudahkan proses pembelajaran teknik-teknik cast yang lain & juga kemudiannya teknikal persembahan umpan layang semasa memancing.

Seperti fly casting,

fly tying juga perlu dimulai dengan pemilihan peralatan asas yang sesuai; tying vise, bobbin, bodkin, gunting dll. Selepas itu, barulah masuk pemilihan bahan ikatan (tying materials). Tying materials ini boleh terdiri dari bahan organik & sintetik. Pemilihan bahan ini akan disesuaikan dengan spesis sasaran & cara persembahan. Fly tying tiada rutin rasmi seperti fly casting, namun praktis tetap diperlukan untuk meningkatkan daya kemahiran.

Selain dari dua disiplin ini,

kemahiran & pengetahuan perkara lain seperti ilmu simpulan (knot), penentuan posisi ikan sasaran, pembacaan air & cuaca dll juga harus dikuasai dengan ampuh.

Bagi pemula,

mempelajari langkah demi langkah ini dengan betul adalah sangat penting kerana setiap teknik saling berkait. Dengan penguasaan teknik asas ini, pemancing akan lebih yakin di padang pancing, malah dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran & geografi padang pancing.

Peralatan fly fishing Malaysia tersusun untuk latihan teknik asas

Teknik Asas Fly Fishing: Langkah Demi Langkah

Ikon teknik casting

a. Casting Teknik

  • Overhead cast
  • Roll cast
  • Side cast untuk kawasan berpokok
Ikon fly tying

b. Fly Tying

  • Asas mengikat fly sendiri dengan bulu ayam tempatan.
Ikon knot tying

c. Knot Tying

  • Belajar knot penting seperti improved clinch, surgeon knot, loop to loop.
Ikon drift dan mend

d. Drift & Mend

  • Teknik drift untuk memperdaya ikan, teknik mend untuk kawalan line.

Video: โ€œDavidโ€™s Magic Hopper Fly: How To Tieโ€ oleh Juan Wei, Sport Fishing Asia di YouTube. Kredit penuh kepada pemilik video.

Penjagaan Peralatan dalam Iklim Malaysia

Keadaan cuaca tropika di Malaysia

yang lembap dan sering hujan menjadikan penjagaan peralatan fly fishing sangat penting supaya tahan lama, tidak berkarat, dan sentiasa berfungsi dengan baik. Berikut ialah beberapa langkah penjagaan asas yang wajib diamalkan oleh setiap pemancing layang:

Meja kerja penjagaan peralatan fly fishing dalam iklim lembap Malaysia
Ikon bilas peralatan dengan air tawar

1. Bilas peralatan dengan air tawar selepas digunakan

Selepas sesi memancing, terutamanya jika memancing di kawasan air payau atau sungai berlumpur, pastikan rod, reel, tali, dan aksesori lain dibilas dengan air tawar bersih. Ini membantu menyingkirkan sisa garam, pasir halus atau lumpur yang boleh mempercepatkan hakisan dan karat pada komponen logam.

Ikon simpan peralatan di tempat kering

2. Simpan dalam tempat tidak lembap

Simpan peralatan di tempat yang kering, berpengudaraan baik dan tidak terdedah kepada lembapan berlebihan. Elakkan meletakkan set fly fishing di dalam kereta atau stor tertutup yang panas dan lembap kerana boleh menggalakkan pertumbuhan kulat pada tali, fly box dan komponen kayu atau cork pada rod.

Ikon keringkan tali dan fly

3. Keringkan tali dan fly secara terbuka

Selepas memancing, pastikan tali fly line, leader, tippet dan fly tiruan dikeringkan dengan sempurna. Buka tali, gulungkan longgar dan gantung di kawasan teduh yang berangin. Fly yang basah pula sebaiknya dihamparkan di atas kain bersih agar tidak berkulat atau berkarat pada mata kail.

Etika & Peraturan: Memancing Secara Bertanggungjawab

Sebagai pemancing fly fishing,

menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Selain menguasai teknik memancing, pemancing perlu tahu etika dan peraturan agar aktiviti ini kekal lestari untuk generasi akan datang. Berikut adalah amalan asas yang mesti dipatuhi setiap kali keluar memancing di Malaysia:

Ikon lesen memancing Jabatan Perikanan

Dapatkan lesen memancing dari Jabatan Perikanan

Ramai pemancing baru tidak tahu bahawa memancing di tasik, sungai atau kawasan tertentu memerlukan lesen sah. Lesen memancing ini boleh didapati melalui Jabatan Perikanan Malaysia atau agensi berkaitan. Ia bertujuan memastikan aktiviti memancing terkawal dan sumber ikan tidak terancam akibat tangkapan berlebihan.

Ikon catch and release ikan kelah

Amalkan catch and release terutamanya bagi spesies kelah

Spesies seperti ikan kelah, tengas dan sebarau adalah aset sungai kita. Teknik catch and release (tangkap dan lepas) digalakkan supaya populasi ikan kekal sihat. Gunakan mata kail jenis barbless hook agar ikan tidak cedera teruk dan boleh dilepaskan semula dengan selamat.

Ikon kawasan larangan memancing

Hormati kawasan larangan & tidak merosakkan habitat

Beberapa kawasan sungai mungkin diwartakan sebagai kawasan larangan menangkap ikan untuk tujuan pemuliharaan atau pembiakan semula jadi. Patuhi papan tanda amaran dan elakkan menjejak kawasan tebing rapuh, mengalih batu sungai secara berlebihan atau memusnahkan sarang serangga air.

Ikon bawa keluar sampah

Bawa keluar semua sampah dan jangan tinggalkan fly atau tali

Banyak sungai tercemar akibat sampah plastik, tali pancing putus atau mata kail berkarat yang dibuang merata-rata. Sentiasa sediakan beg sampah kecil untuk membawa pulang sisa. Ini bukan sahaja menjaga kebersihan sungai, tetapi mengurangkan risiko hidupan liar termasuk burung, biawak dan ikan terjerat.

Lokasi Fly Fishing Terbaik di Malaysia

Pemancing membuat balingan di sungai, lokasi fly fishing terbaik di Malaysia

Malaysia

mempunyai pelbagai sungai, tasik dan kawasan semulajadi & bukan semulajadi yang sesuai dijadikan syurga fly fishing. Dari hutan hujan tropika ke kawasan muara air payau, setiap lokasi menawarkan habitat ikan yang berbeza, arus air yang mencabar dan suasana semula jadi yang mendamaikan. Untuk pemancing pemula mahupun berpengalaman, berikut adalah 10 destinasi fly fishing terbaik di Malaysia yang wajib anda cuba.

Sungai Berang, lokasi fly fishing di Terengganu
Terengganu

Sungai Berang, Sungai Belukar Bukit, Sungai Sekayu

Terengganu terkenal dengan sungai berair jernih yang mengalir di celah hutan tropika. Kawasan ini menawarkan pengalaman memancing yang tenang, dengan air yang kaya oksigen dan habitat ideal bagi spesies seperti sikang dan sebarau.

Sungai Benus, lokasi fly fishing di Pahang
Pahang

Sungai Benus, Sungai Chamang, Sungai Perting Pandak, Sungai Bekelah

Terletak di kaki Banjaran Titiwangsa, sungai-sungai di Pahang ini mengalir melalui kawasan berbatu dan berjeram. Arus derasnya menjadi cabaran utama, tetapi itulah yang menarik spesies sikang, nyenyuar dan sebarau.

Sungai Jeli, lokasi fly fishing di Kelantan
Kelantan

Sungai Jeli, Sungai Gunung Reng

Kelantan mempunyai beberapa lokasi tersembunyi yang kaya dengan ikan air tawar. Sungai-sungai ini dikelilingi hutan menghijau, menjadi rumah kepada sikang, sebarau, kelah dan tengas yang terkenal dengan kekuatan tarikan.

Sungai Kampar, lokasi fly fishing di Perak
Perak

Sungai Kampar, Sungai Sahom

Perak menawarkan sungai yang jernih dengan tebing berpasir dan berbatu, sesuai untuk teknik fly fishing. Spesies seperti sikang, lampam dan tengas sering menjadi buruan pemancing di sini.

Sungai Kiulu, lokasi fly fishing di Sabah
Sabah

Sungai Kiulu, Sungai Tambunan, Sungai Keningau

Sabah memiliki sungai yang mengalir dari kawasan pergunungan sejuk. Airnya yang bersih dan deras menjadi habitat kelah yang lasak, menjadikan lokasi ini kegemaran kaki pancing tempatan dan antarabangsa.

Langkawi, lokasi fly fishing di Kedah
Kedah

Langkawi

Habitat tengas liar di sungai Sungkai, manakala Royal Belum terkenal dengan biodiversiti yang kaya dan air terjun semula jadi.

Sabak Bernam, lokasi fly fishing di Selangor
Selangor

Sabak Bernam, Sungai Besar

Kawasan muara di Selangor ini menawarkan kombinasi air tawar dan air masin yang sesuai untuk memancing bulan dan parang. Suasana kampung nelayan menambah pengalaman unik bagi pengunjung.

Sungai Korok, lokasi fly fishing di Perlis
Perlis

Sungai Korok, Sungai Arau

Perlis mungkin negeri kecil, tetapi sungai-sungainya kaya dengan spesies tempatan seperti belida dan haruan. Air yang tenang dan kawasan sekeliling yang damai menjadikan ia pilihan santai untuk fly fishing.

Kuala Lumpur, lokasi fly fishing di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Walaupun bandaraya moden, Kuala Lumpur mempunyai kolam dan sungai buatan yang sesuai untuk memancing pacu. Spesies bukan natif ini terkenal dengan kekuatan lariannya, memberi cabaran menarik kepada pemancing.

Sungai Masai, lokasi fly fishing di Johor
Johor

Sungai Masai

Sungai Masai terletak berhampiran kawasan pesisir pantai Johor. Ia menjadi lokasi menarik bagi pemburu tarpon yang aktif di kawasan muara berarus sederhana.

Ke Sungai Terengganu berdayung, Membawa umpan roti sekeping; Konon ikannya sebesar payung, Sekali sentap, biawak swimming.

Baca Juga

Pengalaman Memancing di TerengganuEkspedisiPengalaman Memancing di Terengganu12 Mei 2024Mencandat Sotong di TerengganuEkspedisiMencandat Sotong di Terengganu21 Ogo 2024Tasik Kenyir: Cara Pergi, Harga Bot & Tempat MenarikTips PelanconganTasik Kenyir: Cara Pergi, Harga Bot & Tempat Menarik17 Okt 2026Penginapan Tasik Kenyir: Hotel, Resort & ChaletPenginapanPenginapan Tasik Kenyir: Hotel, Resort & Chalet29 Okt 20267 Lokasi Air Terjun Terbaik di TerengganuAlam Semula Jadi7 Lokasi Air Terjun Terbaik di Terengganu6 Ogo 20255 Tarikan Alam Semula Jadi Utama di Setiu WetlandsAlam Semula Jadi5 Tarikan Alam Semula Jadi Utama di Setiu Wetlands29 Jun 20255 Trail Hiking Paling Mencabar di TerengganuEkspedisi5 Trail Hiking Paling Mencabar di Terengganu28 Jul 20255 Tempat Glamping Menarik di Terengganu Yang Wajib Anda CubaPenginapan5 Tempat Glamping Menarik di Terengganu Yang Wajib Anda Cuba24 Jun 2025Aktiviti Ekopelancongan di TerengganuAlam Semula JadiAktiviti Ekopelancongan di Terengganu3 Nov 2024Cengal Besar: Khazanah Alam Terengganu Yang MengagumkanAlam Semula JadiCengal Besar: Khazanah Alam Terengganu Yang Mengagumkan11 Okt 2024Misteri Gunung Tebu TerengganuAlam Semula JadiMisteri Gunung Tebu Terengganu23 Mei 202412 Spot Viewpoint Terengganu Paling Cantik & Mudah SinggahTips Pelancongan12 Spot Viewpoint Terengganu Paling Cantik & Mudah Singgah2 Nov 20257 Port Healing Terbaik di Terengganu untuk Tenangkan JiwaAlam Semula Jadi7 Port Healing Terbaik di Terengganu untuk Tenangkan Jiwa30 Jul 20256 Spot Melihat Matahari Terbit & Terbenam di TerengganuAlam Semula Jadi6 Spot Melihat Matahari Terbit & Terbenam di Terengganu11 Ogo 2025Spesies Penyu di TerengganuAlam Semula JadiSpesies Penyu di Terengganu3 Okt 2026Tempat Snorkeling Terbaik di TerengganuPulau & PantaiTempat Snorkeling Terbaik di Terengganu30 Sep 20246 Pulau Menarik Di Terengganu Selain Redang Dan PerhentianPulau & Pantai6 Pulau Menarik Di Terengganu Selain Redang Dan Perhentian3 Ogo 2025Musim Monsun Terengganu: Bila Pulau Tutup & Bercuti?Tips PelanconganMusim Monsun Terengganu: Bila Pulau Tutup & Bercuti?28 Okt 2026Cuaca Terengganu Ikut Bulan & Bila Musim TengkujuhTips PelanconganCuaca Terengganu Ikut Bulan & Bila Musim Tengkujuh12 Okt 2026Tempat Menarik di Besut: Bukit Keluang & Lata TembakahTips PelanconganTempat Menarik di Besut: Bukit Keluang & Lata Tembakah22 Okt 2026Tempat Menarik di Dungun: Tenggol, Bidara & Rantau AbangTips PelanconganTempat Menarik di Dungun: Tenggol, Bidara & Rantau Abang21 Okt 2026Tempat Menarik di Kemaman: Zoo, Pantai, Kopi & Kelip-kelipTempat MakanTempat Menarik di Kemaman: Zoo, Pantai, Kopi & Kelip-kelip19 Okt 2026Kenali Gajah Asia di KECV, TerengganuTips PelanconganKenali Gajah Asia di KECV, Terengganu19 Jan 2025Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Paling Popular di TerengganuTempat MakanTempat Makan Seafood & Ikan Bakar Paling Popular di Terengganu28 Ogo 2025Nasi Dagang TerengganuMakanan TradisionalNasi Dagang Terengganu15 Ogo 20258 Kedai Keropok Lekor Legend di TerengganuTempat Makan8 Kedai Keropok Lekor Legend di Terengganu12 Ogo 2026Bot Tradisional Terengganu: Warisan Budaya dan Simbol Kehidupan NelayanBudayaBot Tradisional Terengganu: Warisan Budaya dan Simbol Kehidupan Nelayan27 Nov 2024Percutian Bajet Terengganu: RM100 Sehari Dah Cukup!EkspedisiPercutian Bajet Terengganu: RM100 Sehari Dah Cukup!11 Sep 2025KL ke Kuala Terengganu: Bas, Flight atau Kereta?EkspedisiKL ke Kuala Terengganu: Bas, Flight atau Kereta?20 Okt 202618 Lokasi Pelancongan Berasaskan Komuniti Terengganu (CBT)Tips Pelancongan18 Lokasi Pelancongan Berasaskan Komuniti Terengganu (CBT)31 Dis 2024