
Pengenalan Pusat Sains Terbesar di Malaysia
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
merupakan pusat sains terbesar di Malaysia yang telah ditubuhkan pada 22 Mac 2005 dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu ketika itu. Kini beroperasi di bangunan baharu di Kampung Laut, Chendering, Kuala Terengganu, PSKT berperanan sebagai salah satu anak syarikat negeri di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Jawatankuasa Tugas Khas. Pusat sains ini menjadi platform utama bagi memupuk minat terhadap pendidikan tidak formal dalam bidang Sains dan Kreativiti, melalui pelbagai galeri interaktif serta program pembelajaran berasaskan STEM.
Pengalaman Interaktif dan Teknologi Terkini
Pusat Sains di Terengganu
menampilkan inovasi teknologi terkini yang memperkaya pengalaman pengunjung. Dari realiti maya (virtual reality) hingga permainan komputer bergrafik tinggi, pengunjung dapat merasai teknologi terbaru yang digunakan dalam sains dan kreativiti. Hal Ini memberi peluang untuk mengeksplorasi potensi teknologi dan melihat aplikasinya dalam kehidupan harian.
Gabungan Edutainment
Konsep pembelajaran “learning by doing” menjadikan PSKT bukan sekadar pusat pameran, tetapi tempat bermain sambil belajar untuk semua peringkat umur.
Galeri Utama Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
Gabungan Sains dan Seni
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
bukan sekadar menekankan aspek sains dan teknologi, tetapi turut menyatukan elemen kreativiti serta seni. Melalui galeri interaktif, pengunjung diberi peluang menghasilkan karya seni tersendiri dengan memadukan idea kreatif bersama prinsip sains. Pendekatan ini membolehkan mereka mengekspresikan bakat sambil meneroka hubungan unik antara sains dan seni kreatif.
Pusat Pendidikan & Pembelajaran
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
Sebagai pusat pendidikan, PSKT memainkan peranan penting dengan menganjurkan pelbagai program dan bengkel secara berkala. Setiap aktiviti dirangka khusus untuk memperkenalkan konsep sains dan teknologi dengan cara yang interaktif, menarik dan menyeronokkan. Tidak hairanlah banyak sekolah memilih pusat sains di Terengganu ini sebagai destinasi lawatan sambil belajar bagi memperkukuh pemahaman pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
Pencapaian Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
1. MS ISO 9001:2005
Pengiktirafan standard antarabangsa dalam sistem pengurusan kualiti.
2. Malaysia Book of Records
“24 Hours Wall Art Science” dicatat sebagai rekod kebangsaan.
3. STEM Mentor Mentee 2019
Gold Medal di Malaysian Technology Expo untuk inovasi STEM.
4. STEM Teaching Innovation 2019
Gold Medal di MTE bagi inovasi pengajaran STEM.
5. Certificate of Excellent
Best Edu Tourism Program – Malaysian Tourism Industry Award.
6. Kids Edutainment Centre 2022
Gold Award oleh Malaysia Tourism Council.
Kenapa Anda Perlu Melawat PSKT?
Inovasi Teknologi Terkini – Rasai pengalaman teknologi moden seperti realiti maya (VR) dan permainan komputer bergrafik tinggi.
Galeri Menarik – Jelajahi pelbagai galeri unik seperti Funovation, Dinosaur Encounter, STEMEC dan Science Stage.
Pengalaman 3D Aero Galaksi – Nikmati persembahan 3D yang menakjubkan di Kubah Mudah Alih (Portable Dome).
Gabungan Sains dan Seni – Hasilkan karya seni kreatif yang diinspirasikan daripada prinsip sains.
Program Pendidikan – Sertai program dan bengkel interaktif yang menyeronokkan serta mendidik, sesuai untuk pelajar dan orang awam.
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
adalah destinasi yang menggabungkan ilmu pengetahuan, teknologi, dan kreativiti dalam satu tempat yang menarik dan interaktif. Dengan pameran sains, inovasi teknologi terkini, dan pelbagai aktiviti kreatif, PSKT menyediakan pengalaman yang mendidik dan menghibur kepada pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran, pusat sains di Terengganu ini memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan masyarakat Terengganu yang lebih maju dalam bidang sains dan kreativiti.























Tempat yang selesa untuk aktiviti riadah bersama keluarga dengan pelbagai pengisian pembelajaran khususnya dalam bidang STEM dan Kreativiti. Sungguh menyeronokkan!!
Tempat yang sangat menarik untuk mengisi masa bersama keluarga & anak2 , pelbagai aktiviti menarik untuk explore bersama.