Youtube: MOHD NORISAN CHANNEL

Pulau Poh

Jom jelajahi keindahan alam dan menikmati pengalaman unik menggabungkan alam semula jadi, flora dan fauna, serta aktiviti lasak dan sukan air. Pulau Poh menawarkan kombinasi sempurna untuk pengunjung yang mencari ketenangan sambil mengisi percutian dengan aktiviti menarik.

Pulau Poh, Tasik Kenyir

Pengenalan

Pulau Poh,

Antara pulau utama di Tasik Kenyir, tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Terengganu, Malaysia. Dengan landskap semula jadi yang mempesona dan pelbagai aktiviti menarik, pulau ini semakin menjadi pilihan utama pelancong yang inginkan ketenangan dan pengalaman unik. Tarikan berdekatan seperti Air Terjun Lasir yang mempunyai pemandangan menakjubkan dan jambatan gantung juga menjadikan lawatan ke kawasan tasik kenyir ini lebih bermakna.

Info Pantas

Perasmian Jambatan Pulau Poh

Perasmian Jambatan

Jambatan Pulau Poh di Tasik Kenyir telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin bersempena Ulang Tahun Ke-61 Hari Keputeraan baginda.

Baca Lagi
Tasik Kenyir

Tasik Kenyir

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan lebih 260,000 hektar, kaya dengan flora dan fauna.

Baca Lagi

Keunikan Pulau Poh

Jambatan Pulau Poh

Kawasan ini semakin popular selepas siapnya Jambatan Pulau Poh pada tahun 2021, yang menghubungkan pulau dengan daratan dan menjadi mercu tanda ikonik Tasik Kenyir. Dengan reka bentuk unik berkonsepkan kepala bangau, jambatan ini memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan pelancongan setempat. Pembinaan pusat bebas cukai serta pelbagai fasiliti lain di kawasan ini turut dijangka menarik lebih ramai pelancong.

 

Jambatan ini menghubungkan dua kawasan utama di Tasik Kenyir, iaitu Pengkalan Gawi dan Marina Pulau Poh, memudahkan akses untuk pelancong dan pengunjung. Dibina dengan kos kira-kira RM105 juta, jambatan empat lorong ini bukan sahaja mempertingkatkan kemudahan pengangkutan, malah menjadi daya tarikan kerana reka bentuknya yang unik.

 

Seni jambatan ini diinspirasikan daripada reka bentuk perahu tradisional masyarakat Terengganu, yang memperlihatkan warisan budaya dan sejarah negeri tersebut. Jambatan sepanjang 133 meter ini bukan sahaja simbol kemajuan infrastruktur, tetapi juga lambang identiti negeri Terengganu.

Aktiviti Menarik di Pulau Poh

Berkhemah di Tasik Kenyir

Berkhemah

Nikmati pengalaman berkhemah yang unik sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Jetski di Pulau Poh

Sukan Air

Pelbagai permainan sukan air yang boleh dibuat antaranya jet ski, banana boat, kayak, dan banyak lagi.

Aktiviti Lasak di Pulau Poh

Aktiviti Lasak

Aktiviti yang memberikan cabaran yang anda ingin merasai pengalaman yang eksklusif.

Houseboat Tasik Kenyir

Houseboat

Pengunjung boleh menyewa houseboat dan menikmati keindahan Tasik Kenyir sepanjang hari.

Pembangunan Masa Depan

Pusat Pelancongan di Pulau Poh,

Kawasan ini semakin rancak dengan pembinaan hotel bertaraf tiga bintang, terminal jeti penumpang, dan pusat rehat. Fasiliti-fasiliti ini dijangka akan mempertingkatkan taraf pelancongan di kawasan ini. Selain itu, pusat bebas cukai di pulau ini bakal menawarkan pelbagai barangan dengan harga berpatutan, menjadikannya salah satu destinasi membeli-belah popular bagi pelancong.

 

Kesimpulannya, kawasan di Tasik Kenyir bukan sahaja destinasi yang menawarkan ketenangan alam semula jadi, tetapi juga menjanjikan pengalaman pelancongan yang kaya dengan aktiviti dan kemudahan moden.