YouTube: TERENGGANU JOURNAL

Payang Walk & Beca warisan

“2 Tarikan Baharu”

Terengganu, negeri yang kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam, kini memperkenalkan tarikan baharu untuk memperkasa sektor pelancongan Terengganu di tanah besar serta pulau-pulaunya. Payang Walk mengambil namanya daripada Pasar Kedai Payang yang terkenal, dan ia merupakan kawasan pejalan kaki yang dipenuhi dengan kedai-kedai, gerai makanan, dan peniaga jalanan. Tapak ini dibahagikan kepada kawasan jualan makanan tradisional dan produk tempatan serta persembahan kebudayaan dan kesenian.

Beca Warisan Sebagai Simbol Tradisi Terengganu

Salah satu tarikan utama di kawasan ini adalah Beca Warisan, atau lebih dikenali sebagai “Heritage Rickshaw”. Beca ini menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri. Bukan sahaja berfungsi sebagai pengangkutan tradisional, Beca Warisan juga menjadi simbol budaya dan warisan negeri. Beca Warisan Terengganu terkenal dengan reka bentuknya yang unik serta hiasan yang menarik.

Suasana Santai Di Malam Hari

Kawasan itu yang sebelum ini agak sepi pada waktu malam kini berubah 360 darjah dan menjadi tumpuan ramai sejak kewujudan Payang Walk. Beroperasi dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam, kawasan tarikan orang ramai ini merupakan pusat sehenti menawarkan pelbagai jenis makanan tradisional Terengganu yang dimodenkan sesuai dengan cita rasa semasa bersama elemen budaya dan warisan Terengganu.

Selain itu, terdapat persembahan kebudayaan dan kesenian tempatan yang ditampilkan di kawasan ini antaranya adalah rodat, wayang kulit dan dikir barat. Dengan Payang Walk dan Beca Warisan, Terengganu semakin menarik dan memperkasa sektor pelancongan. Mari nikmati keindahan dan keunikan negeri ini bersama-sama !