- Tarikan Pelancong
- 333, Jalan Haji Mat Taukey, Kampung Surau Pasir, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Mayang Mall
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
YouTube: MOHD NORISAN CHANNEL

Pengenalan Mayang Mall

Gaya
"Serlahkan Gaya Anda"
Pesona gaya dan tradisi bersatu. Gaya kasual atau fesyen mewah, di Mayang Mall ekspresi diri dan gaya peribadi pasti terserlah.

Citarasa
"Dunia Penuh Cita Rasa!"
Nikmati hidangan yang unik! Raikan diri dengan menjamu selera dengan pelbagai cita rasa sajian dan hidangan di Mayang Mall.

Keriangan
"Kegembiraan Di Setiap Sudut!"
Setiap jenama, cita rasa dan detik di Mayang Mall membawa keriangan. Kunjungilah Mall terbaru ini untuk merasai suasana meriah dan keseronokan.
Luas Tapak Mayang Mall
Mempunyai tapak seluas 11 ekar
Pembinaan & Perasmian
Pembinaan dari 2017 - 2020, Dibuka pada tahun 2024 dan dirasmikan pada 2025
Peluang Pekerjaan
Mencetus perubahan sosial ekonomi Terengganu membuka 3000 peluang pekerjaan.
Bilangan Kedai
300 lot perniagaan dan luas ruang niaga 715,000 Kaki Persegi.
Kapasiti Mall & Parkir
Pusat membeli belah 6 tingkat dengan 1500 ruang letak kereta.
Untuk Negeri
Penyokong Inisiatif ECER untuk 4.6 juta penduduk, Manfaat rangkaian LPT dan ECRL.
Mayang Mall,
Yang dijadualkan dibuka pada akhir tahun 2024, bakal menjadi pusat runcit dan gaya hidup terkemuka di Kuala Terengganu. Pusat membeli-belah moden ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan lebih daripada 300 jenama antarabangsa, serantau, dan tempatan di enam tingkat. Dengan keluasan ruang sewa sebanyak 715,000 kaki persegi, Mayang Mall menjanjikan untuk meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah di rantau ini. Pusat ini menawarkan pelbagai produk, perkhidmatan, dan aktiviti rekreasi.
Pembinaan Mayang Mall,
bermula sekitar tahun 2017, apabila Sultan Terengganu menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembangunan ini di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Pembinaan mall ini dibahagikan kepada dua fasa, dengan fasa pertama melibatkan pembinaan pusat membeli-belah dan apartmen servis.
Makanan dan Tempat Bersosial
Segalanya ada di Mayang Mall
Untuk pencinta makanan, Mall terbaru ini akan menjadi destinasi pilihan dengan pelbagai pilihan tempat makan yang sesuai untuk semua selera. Ia juga menampilkan suasana yang sesuai untuk bergambar dan bersosial, menjadikannya tempat ideal untuk pertemuan keluarga dan rakan-rakan. Sama ada untuk membeli-belah, makan, atau bersantai, mall ini direka untuk memenuhi keperluan moden para pengunjung.


Sogo Sebagai Penyewa Utama
Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd akan mengurus Mayang Mall dengan membawa pengalaman runcit yang terbaik dari Jepun ke Kuala Terengganu. Sebagai gedung terbesar di Kuala Lumpur, Sogo akan menawarkan lebih daripada 150,000 kaki persegi ruang runcit yang menggabungkan fesyen berkualiti tinggi, keperluan rumah, dan banyak lagi. Dengan kehadiran ini, ia akan memperkayakan pengalaman membeli-belah untuk penduduk tempatan dan pelancong, menjadikan pusat beli-belah di Terengganu ini menjadi destinasi utama untuk pelbagai barangan premium dan gaya hidup.
Lokasi Strategik
Akses Mudah ke Mayang Mall,
Terletak hanya 1km dari Pasar Kedai Payang yang ikonik, pusat beli-belah yang baharu ini berada di lokasi strategik di tengah-tengah Kuala Terengganu. Berdekatan dengan Jambatan Angkat (Drawbridge), lokasi ini mudah diakses dan dijangka menjadi tarikan utama bagi pengunjung dari negeri-negeri sekitar seperti Kelantan dan Pahang. Mall ini dijangka menjadi destinasi wajib bagi penduduk dan pelancong. Mayang Mall juga akan dijadikan tempat menarik di kawasan Kuala Terengganu.
Pusat Beli-Belah
Mayang Mall Lebih Daripada Sekadar Membeli-belah,
Selain daripada tawaran runcit, pusat beli-belah terbesar di Negeri Terengganu ini direka sebagai destinasi keluarga dengan kawasan rekreasi untuk semua peringkat umur, menyediakan hiburan dan ruang santai. Selain itu, pembangunan ini turut merangkumi apartmen servis serta pelbagai pilihan makanan dan minuman, menjadikannya hab gaya hidup yang lengkap.
Mayang Mall merupakan projek oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), dan dengan lokasi strategik, reka bentuk inovatif, serta pelbagai kemudahan yang disediakan. Hal ini akan dijangka menjadi titik fokus dalam landskap runcit yang semakin berkembang di Kuala Terengganu. Sama ada untuk membeli-belah, makan, atau bersantai, Mall di Kuala Terengganu ini akan menjadi destinasi yang sempurna untuk semua.
Ombak Pazaar Mayang Mall
Kombinasi Pasar Tradisional dan Bazaar Moden,
Ombak Pazaar menggabungkan elemen pasar tradisional dan bazaar moden untuk mencipta platform yang dinamik bagi peniaga tempatan. Di sini, produk tradisional diberi nafas baru untuk menarik minat pengguna moden. Peniaga boleh menjalankan perniagaan tanpa pertukaran wang fizikal, sambil menawarkan peluang untuk pedagang tempatan mempertingkatkan kemahiran dan mencapai pasaran nasional. Ruang ini direka untuk menjadi pusat perdagangan borong dan runcit, serta mempromosikan produk khas Pantai Timur Malaysia seperti makanan, kraftangan, dan cenderamata. Dengan konsep ini, Ombak Pazaar menyokong komuniti perniagaan tempatan sambil memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan selesa. Pelancong dan penduduk tempatan dapat menikmati dan membeli produk eksklusif dalam suasana yang moden dan kondusif.
Senarai Kedai Dalam Mayang Mall

Sogo ialah penyewa utama Mayang Mall. Lain-lain kedai seperti dibawah.


Periksa Direktori Lengkap Disini

Adidas

Clarks

Levi's

Me'nate

KAISON

Switch

SASA
LC Waikiki

Tomei

VINCCI

The Coffee Bean & Tea Leaf

Skechers

Giordano
Watsons

MOG Eyewear

Sorella
Nasi Kandar Suriani
Marrybrown

Daiso

Siti Khadijah

Fazura

Hegira

Zus Coffee

Molly Fantasy

Mommy Hana

Banana Bro
Dan Banyak Lagi
Periksa Direktori Lengkap Disini
Mall Lain Di Sekitar Kuala Terengganu

Kuala Terengganu City Center (KTCC Mall)
KTCC Mall, pusat beli-belah terbesar di Kuala Terengganu, dibuka pada Januari 2020 dan menjadi mercu tanda ikonik. Terletak strategik dengan pemandangan Laut China Selatan dan berhampiran Jambatan Angkat KTCC, ia menawarkan lebih 570,000 kaki persegi ruang runcit. Mall ini menampilkan taman tema keluarga, panggung wayang 10 skrin, restoran dengan pemandangan laut, dan lebih 250 jenama terkenal. Antara penyewa utama ialah UNIQLO, MR DIY, Daiso, Pacific, dan banyak lagi. Dengan ruang acara 11,000 kaki persegi, KTCC Mall adalah destinasi beli-belah dan hiburan moden untuk semua.
Senarai Kemudahan
- Gerai Jualan
- Internet Tersedia
- Kamera Keselamatan
- Lif
- Menerima Kad Kredit
- Mesra Kerusi Roda
- Parkir Motorsikal
- Sistem Penggera
- Surau
- Tandas Awam
- Tempat Duduk Luaran
- Tempat Letak Kereta
Syok weh. Mende baru bukak parking free lagi 🤣 dalam mall luas. Toilet dia lawo bersih. Paling top surau ah. Doh ah besor. Telekung dlm almari blkg tu. Puas nyari haritu musing pah belakang dok jupe. Mujo ade org nak simpan telekung 😂 …