Sumber YouTube: Fawwaz Media

Masjid Kristal Icon

Masjid Kristal

Masjid Tercantik di Malaysia

Masjid Kristal

ialah salah satu mercu tanda paling ikonik di Kuala Terengganu. Dengan struktur yang diperbuat daripada kaca, keluli dan kristal, masjid ini memancarkan kilauan unik terutama ketika cahaya matahari atau lampu malam memantul di permukaannya. Masjid ini terletak di Pulau Wan Man dalam kawasan Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Masjid Kristal bukan sahaja menjadi tempat ibadah, tetapi juga tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Keluasan masjid ini berjumlah kira-kira 2,146 meter persegi dan mampu menampung sehingga 700 jemaah pada satu masa.

Sejarah Perasmian Masjid Kristal

Masjid Kristal

telah dirasmikan pada 8 Februari 2008 oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam majlis yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, serta Raja Permaisuri Agong, Sultanah Nur Zahirah. Pembinaannya bermula sekitar 2006 dan menjadi simbol kemajuan seni bina Islam moden di Malaysia.

Kos Pembinaan Masjid

Kos pembinaannya dianggarkan sekitar RM23 juta dan diibuka secara rasmi pada tahun 2008. Selepas kerja-kerja pembaikan akibat kerosakan, masjid ini kini mampu menampung sehingga 1,500 jemaah pada satu masa. Masjid ini terus menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Keunikan Seni Bina Kaca & Keluli

Masjid Kristal

bukan sekadar sebuah masjid, tetapi mercu tanda kebanggaan Terengganu yang menggabungkan seni bina Islamic architecture, Mughal architecture dan elemen contemporary modern yang menjadikannya antara masjid paling unik di dunia. Kehalusan reka bentuknya dapat dilihat melalui gabungan 9 kubah besar dan 51 kubah kecil, semuanya direka menggunakan kaca dan keluli yang menghasilkan efek berkilau seperti kristal apabila disinari cahaya di tepi Sungai Terengganu. Masjid ini mempunyai ciri-ciri unsur Moor dan Gothic.

Antara ciri menarik Masjid Kristal:

• Tingkap kaca beku (frosted glass) yang menyerlahkan cahaya
Kaligrafi terperinci di bahagian dinding dan kubah
• Pemandangan panoramik sungai yang menenangkan
• Iluminasi lampu LED yang menjadikan masjid sangat fotogenik pada waktu malam

Masjid Pintar Pertama di Malaysia

Sistem WiFi Percuma

Akses Al-Quran elektronik dengan sambungan internet percuma.

Kemudahan Audio Moden

Dilengkapi sistem pembesar suara dan pendingin udara penuh.

Sistem Maklumat Digital

Paparan jadual program masjid secara digital dan interaktif.

Ruang Solat Selesa

Ruang solat yang luas, nyaman dan berhawa dingin.

Pengalaman Pelawat ke Masjid Ikonik di Terengganu

Masjid Kristal

menawarkan suasana tenang dengan panorama Sungai Terengganu di sekelilingnya. Pengunjung sering datang untuk merakam gambar, menikmati senibina moden dan merasai suasana damai sepanjang hari. Kawasan sekelilingnya yang bersih turut menjadikan ia lokasi santai sesuai untuk keluarga dan pelancong.

Icon Masjid Kristal

Kenapa Masjid Kristal Wajib Masuk dalam Itinerari Anda?

Jika anda merancang lawatan ke Kuala Terengganu, masjid ini patut menjadi destinasi utama. Ia bukan hanya masjid biasa, tetapi simbol kemajuan seni bina Islam moden di Malaysia. Keindahannya yang berbeza siang dan malam menjadikannya lokasi yang unik untuk semua pengunjung. Masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadah, tetapi juga destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang menggambarkan keindahan seni, budaya dan spiritual umat Islam dengan penuh elegan.

Lokasi Strategik di Taman Tamadun Islam

Kedudukan masjid ini berada di dalam TTI menjadikannya destinasi wajib dikunjungi. Selepas menunaikan solat atau menikmati keindahan masjid, pengunjung boleh meneruskan lawatan ke replika monumen Islam dunia seperti Masjidil Haram, Taj Mahal, dan Masjid Kubah As-Sakhrah.