Ditubuhkan sebagai platform bagi menjalankan aktiviti kesenian dan kebudayaan, Lambo Sari menampilkan program seni interaktif dan memberi peluang kepada pengunjung mengeksplorasi seni budaya warisan yang ada di Negeri Terengganu. Jika ke sini, pengunjung akan dihidangkan dengan hidangan istimewa lauk-pauk kampung yang menjadi menu tradisi penduduk tempatan.

Lambo Sari ditubuhkan sebagai platform untuk mengendalikan aktiviti seni yang alami dan interaktif, menyediakan ruang untuk pengalaman kebudayaan yang mendalam, serta menawarkan pakej pelancongan yang memperkenalkan Terengganu kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Di Lambo Sari, pengunjung berpeluang untuk menggiling kacang hijau menggunakan peralatan warisan bagi dijadikan tepung sebelum diproses menjadi kuih tradisional. Aktiviti kesenian seperti mencanting atau mewarna batik merupakan sebahagian daripada budaya dan warisan turun-temurun yang masih kekal terpelihara hingga kini.

Lambo Sari juga berfungsi sebagai pusat interaktif yang menyediakan ruang aktiviti yang bertemakan seni warisan. Pengunjung dapat terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik seperti mewarna batik, mencanting batik, memblok batik, dan mempelajari tentang busana Melayu tradisional. Lambo Sari juga berhasrat untuk mengekalkan reputasi sebagai salah satu perkhidmatan seni dan budaya alami yang terunggul di Malaysia, dan pada akhirnya, mendapat pengiktirafan dari semua pihak.

Percutian ke Terengganu tidak akan sempurna tanpa pengalaman mencanting atau mewarna batik secara langsung. Aktiviti seni ini adalah sebahagian daripada warisan budaya yang diwarisi secara turun-temurun oleh penduduk Pantai Timur, dan ia masih dikekalkan dengan rapi hingga kini. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada pelancong untuk merasai kehidupan tradisional masyarakat tempatan, tetapi juga menyelami keunikan budaya Terengganu. Selain daripada melawat pulau-pulau peranginan yang indah dan menikmati keindahan tasik, mencuba makanan tradisional juga merupakan satu pengalaman yang memuaskan.