
Sertai Terengganu Trail Fun Run 2025 – Larian Santai Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu!
Adakah anda bersedia untuk cabaran larian 5KM yang menyeronokkan sambil menikmati keindahan alam semula jadi Terengganu?
Jom sertai Terengganu Trail Fun Run 2025, satu acara larian santai yang dianjurkan khas sempena Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu ke-63.
Terengganu Trail Fun Run
Acara ini bukan sekadar larian, tetapi peluang untuk beriadah bersama komuniti, memenangi hadiah menarik, serta memeriahkan sambutan diraja dalam suasana santai dan sihat. Lokasi acara larian bertempat di Trek Berkuda Endurance, Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu
Lokasi Program
Tarikh Acara
Acara akan berlansung dalam masa :
📞 Maklumat & Pertanyaan
Hilmi: 014-501 0038
Rabbani: 013-978 6594
✅ Pendaftaran dilakukan secara walk-in sahaja – peserta hanya perlu hadir terus ke lokasi pada hari acara.
✅ Waktu pendaftaran dibuka seawal 6:30 pagi (disarankan datang awal untuk elak kesesakan dan dapatkan baju peserta).
👕 Baju peserta disediakan untuk 500 penyertaan terawal sahaja, berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Maklumat Larian
Kategori: Larian 5KM Terbuka
Yuran: Percuma! (Walk-In)
Baju Peserta: Disediakan untuk 500 peserta terawal sahaja
Aktiviti Menarik: Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah lumayan seperti motosikal, gadget, dan barangan eksklusif!
Kenapa Anda Patut Sertai?
Nikmati trek semula jadi dan udara segar di kawasan TIEP
Bina gaya hidup sihat bersama keluarga dan rakan-rakan
Peluang menang hadiah hebat secara cabutan bertuah
Raikan Hari Keputeraan Sultan Terengganu bersama rakyat jelata
Sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan
Kesimpulan
Terengganu Trail Fun Run 2025
bukan sekadar acara larian, tetapi lambang perpaduan dan semangat cintakan kesihatan dalam kalangan rakyat Terengganu. Diadakan sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu yang ke-63, acara ini berjaya menarik penyertaan ramai dengan konsep larian santai 5KM secara percuma, hadiah cabutan bertuah yang menarik, serta suasana mesra komuniti. Dengan penganjuran di kawasan semula jadi yang indah iaitu TIEP Setiu, ia menggalakkan gaya hidup sihat sambil mengukuhkan hubungan antara masyarakat dan negeri. Terbukti, Terengganu Trail Fun Run 2025 merupakan inisiatif sukan rakyat yang berjaya dan wajar diteruskan sebagai acara tahunan negeri.
📌 Disokong Oleh:
Majlis Sukan Negeri Terengganu
#DiscoveryTerengganu #TourismTerengganu #BeautifulTerengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #TranungDokRilek #TerengganukuComey #TerengganuMajuBerkatSejahtera #CutiCutiMalaysia #VisitMalaysia2026 #MalaysiaTrulyAsia #TradisiDiWarisi
Jangan lepaskan peluang ini!
Sama ada anda seorang runners sejati atau inginkan suasana larian yang sihat, Terengganu Trail Fun Run 2025 adalah acara yang wajib disertai tahun ini.Jumpa nanti di garis mula di Setiu! Pakat maghi belake boh!