Sertai pengalaman istimewa Menjejaki Akar Warisan: Jelajah Alam Semula Jadi bersama Anuar McAfee.
Satu perjalanan penuh ilmu dan inspirasi menyusuri keindahan alam serta warisan semula jadi Terengganu. 🌾🌳

Program Newor @ KBT 2025 bakal menggamit perhatian ramai apabila Kampung Budaya Terengganu sekali lagi menjadi pentas untuk menonjolkan keunikan budaya negeri ini. Acara ini menghimpunkan pelbagai aktiviti warisan, bengkel interaktif dan pertandingan budaya yang sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga orang dewasa.
📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu (KBT)
Acara akan berlangsung dalam masa :
Kategori kanak-kanak
👑Duta Tahun Melawat Malaysia 2026
🥋Warisan seni bela diri
🍃Menyusuri Warisan & Alam
🎶Irama Warisan
💆🏻♀️Urutan Tradisional
🥁Persembahan Warisan
🌀Piala Newor
🏸Pelbagai aktiviti warisan
🍽️Masakan Tradisional
🎭Seni teater warisan
Acara ini terbuka untuk kanak-kanak yang ingin berseronok sambil mempelajari seni dan budaya dalam suasana kampung tradisional Terengganu.
Hanya template rasmi disediakan oleh penganjur dibenarkan.
Satu penyertaan bagi setiap peserta.
Bawa peralatan mewarna sendiri (pensel warna, crayon, marker).
Peserta digalakkan bawa meja lipat atau tikar sendiri.
Tempoh pertandingan 1 jam.
Hasil perlu diserahkan kepada penganjur selepas tamat masa.
Jaga adab & etika sepanjang program.
Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak patuh syarat.
Keputusan juri adalah muktamad.
🥇 Tempat Pertama – RM 100 + Hamper
🥈 Tempat Kedua – RM 80
🥉 Tempat Ketiga – RM 50
👧 Kategori A: 4 – 6 Tahun (Pra / Tadika)
👦 Kategori B: 7 – 9 Tahun (Sekolah Rendah
Sertai acara eksklusif ini dan tampil menyerlah sebagai “Ratu Cilik” yang bakal menjadi wajah kecil mewakili semangat Tahun Melawat Malaysia 2026! Pertandingan ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap budaya dan warisan Malaysia melalui busana tradisional serta pengucapan promosi kreatif.

Ayuh saksikan pertarungan hebat dua jaguh gasing, Dabara Vs Seb Medan dalam Pertandingan Akhir Piala Gasing Pangkah Terengganu 2025! Rasakan sendiri debaran dan keunikan permainan tradisional yang menjadi warisan kebanggaan negeri Terengganu.
🔥 Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara tahun ini? Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi penuh semangat dan tradisi warisan Melayu ini secara langsung!

Sertai Bengkel Silat Gayong bersama Adiguru Pak Anan & Pak Awi Losong dalam program Newor @ Kampung Budaya Terengganu 2025. Ketahui keindahan seni bela diri tradisional Melayu yang kaya dengan falsafah, disiplin dan keunikan gerak tari tempur yang diwarisi turun-temurun.

Hayati keindahan budaya dan warisan negeri Terengganu secara lebih dekat melalui Walkabout Budaya yang eksklusif ini! Bersama tokoh budaya terkemuka, Dato’ Haji Yusuf Abdullah, anda akan dibawa menyelusuri keunikan seni bina, alam semula jadi dan sejarah yang menjadi identiti Kampung Budaya Terengganu.

Jom sertai Bengkel Gamelan bersama Adiguru Tun Baharum dalam program Newor @ Kampung Budaya Terengganu 2025 dan rasai sendiri keindahan seni muzik tradisional yang menjadi warisan istana Terengganu.
Jom merasai sendiri keindahan Wayang Kulit, salah satu warisan budaya tertua negara kita! Sertai Bengkel Wayang Kulit bersama Tok Dalang Pak Nawe. Ketahui bagaimana setiap watak dan cerita tradisi ini menghidupkan seni penceritaan turun-temurun.
08 – 10 November 2025 | Kampung Budaya Terengganu
| Tarikh | Masa | Aktiviti |
|---|---|---|
| 8 November 2025 Sabtu | 9.00 pagi | Pertandingan Mewarna Newor di Istana Tengku Long |
| 10.00 pagi |
Perasmian Festival NEWOR @ KBT 2025 Persembahan Tarian Tradisional Persembahan Dikir Karut | |
| 11.00 pagi | Pertandingan Ratu Cilik – Duta Tahun Melawat Malaysia 2026 | |
| 3.00 petang | Persembahan Dikir Karut | |
| 9 November 2025 Ahad | 9.00 pagi – 3.00 petang | Pertandingan Gasing Pangkah Piala Newor |
| 3.00 petang | Persembahan Silat Gayong & Bengkel bersama Adiguru Pak Anan & Pak Awi Losong | |
| 4.30 petang | Tracing Roots: A Nature Heritage Walk bersama Anuar McAfee | |
| 10 November 2025 Isnin | 10.00 pagi | Walkabout Budaya: Menyusuri Warisan & Alam bersama Dato’ Haji Yusof Abdullah |
| 11.00 pagi | Irama Warisan: Bengkel Gamelan bersama Adiguru Tun Baharum | |
| 3.00 petang | Persembahan & Bengkel Wayang Kulit oleh Tok Dalang Pak Niwe |
merupakan inisiatif bermakna dalam mengangkat seni, budaya dan warisan negeri Terengganu melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti bengkel warisan, pertandingan kanak-kanak serta jelajah budaya. Sepanjang tiga hari penganjuran, program ini bukan sahaja menjadi wadah memperkenalkan keunikan tradisi kepada pelancong, malah berperanan penting dalam menyemai semangat cinta budaya dalam kalangan generasi muda. Gabungan elemen hiburan, pendidikan dan warisan menjadikan Newor @ KBT sebuah acara pelancongan budaya yang menyatukan komuniti, memperkukuh identiti negeri serta memperindah citra Malaysia di mata dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.