Loading Events
Pekan Budaya Daerah Kuala Nerus 2026

Kopi X Pekan Budaya 2026

Festival kopi, makanan tempatan & warisan budaya dalam suasana santai tepi Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

30 Julai – 1 Ogos 2026 Teluk Ketapang, Kuala Nerus
☕ Menanti Kemeriahan Bermula
--
Hari
--
Jam
--
Minit
--
Saat
Tentang Acara

Secawan Kopi, Seribu Cerita Budaya

Kopi X Pekan Budaya 2026 bukan sekadar tempat beli secawan kopi. Ia menghimpunkan elemen kopi, keusahawanan, makanan, komuniti dan warisan tempatan dalam satu suasana santai, mesra keluarga. Dengan berlatarbelakangkan keindahan Pantai Teluk Ketapang, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai pilihan minuman kopi sambil melihat gerai jualan, makanan tempatan dan aktiviti kebudayaan yang berlangsung sepanjang program.

Poster Kopi X Pekan Budaya 2026 di Dataran Teluk Ketapang Kuala Nerus

Tarikh

30 Julai – 1 Ogos 2026
(Khamis – Sabtu)

Lokasi

Dataran Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Nerus

Program Utama

Pekan Budaya Daerah Kuala Nerus 2026

Aktiviti Utama

Aktiviti Menarik Sepanjang Program

Klik pada mana-mana gambar untuk lihat lebih jelas. Gabungan semua aktiviti ini menjadikan Pekan Budaya Kuala Nerus sesuai dikunjungi oleh pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

Malaysia Book of Records Cubaan rekod Keropok Lekor Terpanjang Malaysia Book of Records di Pekan Budaya Kuala Nerus 2026

Keropok Lekor Terpanjang

Saksikan sejarah tercipta! Cubaan mencipta rekod Keropok Lekor Terpanjang bersama Malaysia Book of Records. Makanan ikon warisan Terengganu di pentas kebangsaan.

1 Ogos (Sabtu) • 3.00 petang
Sukan Rakyat Pertandingan Tarik Tali dan Dam Aji di Pantai Teluk Ketapang, Pekan Budaya Kuala Nerus 2026

Tarik Tali & Dam Aji

Tarik Tali terbuka kategori Jabatan & JPKK (Mukim), manakala Dam Aji dijalankan secara tertutup khusus untuk peserta Kuala Nerus. Jom pakat kelihh!

31 Julai (Jumaat) • 9.00 pagi
Penyertaan Percuma Pertandingan Tendangan Gol Penalti Terbuka di Pentas Budaya Teluk Ketapang 2026

Tendangan Gol Penalti Terbuka

Uji ketepatan tendangan anda! Pertandingan terbuka, 3 orang satu kumpulan dan penyertaan adalah percuma. Kumpul geng dan sertai sekarang.

31 Julai (Jumaat) • 3.30 PM
Umur 5–6 Tahun Pertandingan Mewarna kanak-kanak 5 hingga 6 tahun di Pekan Budaya Kuala Nerus 2026

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Ruang untuk si kecil berkarya serta menunjukkan kreativiti tanpa sempadan. Khusus untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun. Jom sertai dan menang!

1 Ogos (Sabtu) • 2.00 PM
Warisan Pelbagai permainan tradisional congkak gasing dam aji di Pekan Budaya Kuala Nerus 2026

Pelbagai Permainan Tradisional

Congkak, gasing, baling gelong berwarna, tanjak laksamana, lastik getah dan demo kuih tradisi bagi menghidupkan semula permainan warisan sepanjang program.

30–31 Julai & 1 Ogos
Persembahan Persembahan Dikir Barat di Pentas Budaya Teluk Ketapang Kuala Nerus 2026

Persembahan Dikir Barat

Rasai rentak dan semangat Dikir Barat yang menghidupkan suasana pentas budaya pada Malam Anak Seni dengan persembahan wajib tonton sekeluarga.

31 Julai (Jumaat) • Malam
Jadual Penuh

Atur Cara 3 Hari Kemeriahan

Rujuk jadual penuh setiap hari supaya anda tak terlepas mana-mana aktiviti kegemaran.

30 Julai 2026 (Khamis)

MasaAktiviti
10.00 pagi – 12.00 tengah hariPersiapan tempat dan kehadiran peserta.
2.00 petang – 6.00 petangPromosi jualan Coffee & Food Fest 2026; pameran dan demo masakan kuih tradisi; kuiz dan stage game bersama pengunjung; demonstrasi pertunjukan gasing.
9.00 malam – 11.00 malamPersembahan silat; majlis perasmian; Forum Perdana Pekan Budaya Kuala Nerus 2026.

31 Julai 2026 (Jumaat)

MasaAktiviti
10.00 pagi – 12.00 tengah hariPersiapan tempat dan kehadiran peserta; booth pameran; kuiz dan stage game.
12.30 tengah hari – 2.30 petangRehat dan solat Jumaat.
3.00 petang – 6.00 petangPromosi jualan Coffee & Food Fest 2026; pertandingan futsal 3 on 3 kanak-kanak 7–12 tahun; demonstrasi gasing; demonstrasi silat; demonstrasi wau / cating batik; demonstrasi masakan kuih tradisi Terengganu; kuiz dan sukan rakyat.
9.00 malam – 11.00 malamMalam Anak Seni, Dikir Barat dan persembahan artis.

1 Ogos 2026 (Sabtu)

MasaAktiviti
10.00 pagi – 12.00 tengah hariPersiapan tempat dan kehadiran peserta; booth pameran; pertandingan mewarna kanak-kanak 5–6 tahun.
12.30 tengah hari – 2.00 petangRehat.
3.00 petang – 6.00 petangPromosi jualan Coffee & Food Fest 2026; pertandingan masakan; demonstrasi gasing; demonstrasi silat; demonstrasi wau / cating batik; demonstrasi masakan kuih tradisi Terengganu; pertandingan tendangan gol penalti; kuiz dan sukan rakyat.
9.00 malam – 11.00 malamMalam Kesenian Terengganu, wayang kulit dan cabutan pengunjung bertuah.
Pilihan Kopi & Minuman

Nikmati Pelbagai Kopi Tempatan

Antara tarikan utama ialah penyertaan pengusaha kopi dan minuman tempatan. Berjalan santai dari gerai ke gerai dan pilih ikut cita rasa anda. Nikmati waktu petang dan malam dengan angin laut Teluk Ketapang.

  • Kopi panas & kopi ais
  • Kopi berasaskan espresso
  • Kopi susu & specialty vendor tempatan
  • Minuman sejuk untuk seisi keluarga
  • Kudapan & makanan padan dengan kopi
Suasana festival Kopi X Pekan Budaya 2026 tepi Pantai Teluk Ketapang Kuala Nerus
Ekonomi Komuniti

Sokong Vendor & Usahawan Tempatan

Setiap sokongan anda membantu perniagaan kecil membesar. Kenali jenama tempatan, cuba produk berkualiti, dan jadilah sebahagian daripada usaha mengukuhkan ekonomi komuniti Kuala Nerus. Acara ini juga platform pertemuan antara peniaga, pelanggan dan rakan kerjasama yang berpotensi.

Jom Ke Sini

Lokasi Pantai Teluk Ketapang

📍 Dataran / Pentas Budaya Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu

Kongsi & Sebarkan

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Ajak kawan & keluarga datang sama. Klik untuk salin pautan atau kongsi terus ke media sosial.

Jom Meriahkan Kopi X Pekan Budaya 2026!

Datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Nikmati kopi, makanan tempatan, persembahan budaya dan pelbagai aktiviti menarik dari 30 Julai hingga 1 Ogos 2026.

Anjuran Pekan Budaya Daerah Kuala Nerus 2026 • Urusan acara: DZA Music Event (019-936 2229)
Dipromosikan oleh Discovery Terengganu

Gambar penuh Kopi X Pekan Budaya 2026