Memuatkan Peristiwa

Festival Sains Teknologi & Inovasi (FeSTI)

Terengganu Pusat Ilmu & Inovasi!

Bersedia untuk sebuah festival yang sarat dengan ilmu, teknologi dan keseronokan! Festival Sains Teknologi & Inovasi (FeSTI) 2025 bakal menjadi platform utama untuk memupuk minat masyarakat terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pameran interaktif, pertandingan menarik serta bengkel inovasi masa depan.

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 25 – 27 Oktober 2025
  • 📍 Lokasi: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
  • 🏢 Anjuran: PSKT
  • 🤝 Rakan Kerjasama: Petronas, MDEC & Discovery Terengganu
  • Harga Tiket Galeri Sains FESTI:
  • 🎟️ Tiket Masuk: RM15.00 Seorang
  • 👶 Kanak-kanak (3 Tahun ke Bawah): Percuma

Lokasi Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
Oktober 25 - Oktober 27

Aktiviti Menarik Sepanjang Festival Sains Teknologi & Inovasi (FeSTI)

Bengkel AI & 3D Printer

Berminat untuk mendalami dunia Artificial Intelligence (AI) dan teknologi 3D Printing? Acara ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan sesuai untuk pelajar, guru, usahawan serta peminat teknologi moden yang ingin meneroka teknologi masa hadapan secara interaktif.


Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 25 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • 📍 Tempat: Bilik Seminar, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
  • 👥 Kategori: Terbuka

Pertandingan Memancing FeSTI 2025

Joran Diangkat, Rezeki Disambar!

Sertai Pertandingan Memancing FeSTI 2025 dan rasai pengalaman memancing santai tetapi penuh debaran di kolam bersebelahan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT).

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 25 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
  • 📍 Tempat: Kolam bersebelahan PSKT, Kuala Terengganu
  • 👥 Kategori: Terbuka kepada semua

Pertandingan Catur

Strategi, Fokus & Kemenangan Menanti Anda

Sertai Pertandingan Catur FeSTI 2025 dan buktikan kehebatan strategi anda di atas papan catur! 

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 25 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • 📍 Tempat: Open Space, PSKT
  • 👥 Kategori: Terbuka | Sekolah Rendah | Sekolah Menengah

Pertandingan Melukis & Mewarna FeSTI

1. Mewarna Kelab Nuri

 Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 25 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
  • 📍 Tempat: Galeri SC Kids Discovery, PSKT
  • 👧 Kategori: Prasekolah (Ahli Kelab Nuri)

Dokumen Perlu Dibawa

  1. Salinan surat beranak peserta

  2. Salinan MyKid peserta

  3. Salinan kad pengenalan penjaga

🏆 Hadiah pemenang akan dimasukkan terus ke akaun Bank Rakyat

2. Melukis & Mewarna

Cungkil Kreativiti, Serlahkan Bakat!

Sertai Pertandingan Melukis & Mewarna FeSTI 2025 dan rasai keseronokan mencipta karya seni penuh warna-warni di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)!

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 26 Oktober 2025 (Ahad)
  • Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
  • 📍 Tempat: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
  • 👥 Kategori: Sekolah Menengah

Documentary’s Screening & Marine Awareness Forum

Forum ini memberi fokus kepada kesedaran marin dan kelestarian ekosistem laut, sambil menayangkan dokumentari eksklusif yang membuka mata tentang kepentingan menjaga khazanah laut negara.

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 25 Oktober 2025
  • Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
  • 📍 Tempat: Auditorium, PSKT
  • 👥 Kategori: Terbuka kepada orang awam & pelajar

Penceramah Jemputan

Prof. Madya Dr. Siti Nurtahirah Jaafar
Prof. Madya Dr. Muhammad Hafiz Borkhanuddin
Prof. Madya Dr. Tan Chun Hong
Prof. Madya Dr. Roswati Md Amin

Meow Show FeSTI 2025

Pertandingan Kucing Longhair & Shorthair 😺

Pencinta kucing, ini masa anda bersinar! Sertai Meow Show FeSTI 2025, satu acara istimewa yang mengumpulkan pemilik dan peminat kucing dari seluruh Terengganu dalam suasana penuh ceria dan meriah.

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 25 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • 📍 Tempat: Open Space, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
  • 🐾 Kategori: Longhair & Shorthair

Jualan Pertima & Rahmah Madani

Jom ramai-ramai ke Festival Sains, Teknologi & Inovasi (FeSTI) 2025 dan nikmati peluang membeli-belah barangan keperluan harian pada harga berpatutan melalui Jualan Pertima dan Jualan Rahmah Madani!

Butiran Acara

🛒 Jualan Pertima

  • 📅 25 Oktober 2025
  • ⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang

🛍️ Jualan Rahmah Madani

  • 📅 26 Oktober 2025
  • ⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
  • 📍 Lokasi: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)

Cakap-Cakap Sains FeSTI 2025

1. Inspirasi Sains, Teknologi dan Inovasi dari Alam Ciptaan Tuhan

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 26 Oktober 2025
  • Masa: 10.00 pagi
  • 📍 Tempat: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
  • 👤 Penceramah: Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Nazir (Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat, UNISEL)

2. Planet Hidup: Biologi, Teknologi dan Masa Depan

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 27 Oktober 2025
  • Masa: 10.00 pagi
  • 📍 Tempat: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
  • 👤 Penceramah: Sir Iqbal Ahyar (Guru/Tutor MCPLUS)

Science Spelling Bee

Sertai Science Spelling Bee FeSTI 2025, satu pertandingan ejaan sains yang menyeronokkan dan mencabar minda! Acara ini bertujuan menggalakkan pelajar untuk meningkatkan penguasaan kosa kata sains dalam Bahasa Inggeris serta membina keyakinan diri di pentas.

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 25 – 27 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
  • 📍 Tempat: Science Stage, PSKT
  • 👥 Kategori: Terbuka | Sekolah Rendah | Sekolah Menengah

Cabaran Kiub Rubik

Cabaran Mind Master

Sertai Pertandingan Rubik FeSTI 2025 dan uji kehebatan anda menyelesaikan kiub Rubik sepantas kilat! Acara ini terbuka kepada semua peringkat umur dan menjadi pentas terbaik untuk pencinta logik dan strategi mengasah kemahiran penyelesaian masalah.

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 26 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • 📍 Tempat: Open Space, PSKT
  • 👥 Kategori: Terbuka

Pertandingan Memasak Inovasi

Cilik Masak Hebat!

Sertai Pertandingan Junior Chef FeSTI 2025, pertandingan memasak khas untuk si cilik yang berbakat dalam dunia kulinari!

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 26 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • 📍 Tempat: Open Space, PSKT

Cabaran Sukan E-Sports FeSTI 2025

Mobile Legends Tournament 🏆

Buat semua gamers tegar! Kini tiba masanya untuk anda buktikan siapa juara sebenar. 

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 27 Oktober 2025
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • 📍 Tempat: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT
  • 👥 Kategori: Terbuka
  • 📅 Tarikh Buka Pendaftaran: 3 Oktober 2025
  • Tarikh Tutup Pendaftaran: 24 Oktober 2025
  • 💰 Hadiah Terkumpul: RM2,000

Video Festival Sains, Teknologi & Inovasi (FeSTI)

@psktofficial Ayuhhh Semarakan FESTI 2025 dengan Tawaran Harga Tiket Yang Istimewa. RM15 sahaja!! Murahhh mbenggg. Ning baru Yerrr!!! #DuaDekadInspirasi #TerengganuMajuBerkatSejahtera #BeautifulTerengganu #STEM4ALL #FESTI2025 @Discovery Terengganu 🐢 @Huzairil Ibrahim @MOSTI @Beautiful Terengganu Malaysia @BoyIman ♬ original sound - Pusat Sains Kreativiti Trg

Sains & Teknologi Dalam Suasana Festival

Festival Sains, Teknologi & Inovasi (FeSTI) 2025

merupakan sebuah acara berskala besar yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik merangkumi pertandingan, bengkel, forum ilmiah, pameran komuniti dan jualan rakyat. Penganjuran selama tiga hari ini bertujuan memupuk minat terhadap sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar dan belia. Ia bukan sekadar festival pengetahuan, tetapi juga platform interaktif yang menggabungkan pembelajaran, kreativiti, teknologi moden serta hiburan komuniti. FeSTI 2025 memberi peluang kepada peserta untuk mencuba, belajar dan bersaing dalam suasana yang ceria dan inklusif, menjadikannya salah satu acara ilmu dan teknologi paling berimpak di Terengganu.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini