
Cabaran Bermalam Di Muzium Negeri Terengganu
Rasai Pengalaman Luar Biasa 2 Hari 1 Malam
Adakah anda pernah terfikir bagaimana rasanya bermalam di sebuah muzium yang penuh dengan sejarah, warisan, dan budaya? Kini anda berpeluang merasainya sendiri dengan Program Bermalam di Muzium Negeri Terengganu, sebuah pengalaman unik yang hanya berlangsung pada 13 & 14 September 2025!
Butiran Program
- 📍 Lokasi: Muzium Negeri Terengganu, Losong, Kuala Terengganu
- 📅 Tarikh: 13 & 14 September 2025
Video Suasana Bermalam di Muzium Negara (2023)
Sumber Youtube: TV3MALAYSIA Official
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan tamat dalam masa :
Apa Yang Menarik Bermalam di Muzium Negeri Terengganu?
Muzium Kita, Tamadun Kita
Program Citra Nusa @Muzium ini menjanjikan pengalaman 2H1M penuh ilmu, budaya dan hiburan, khusus untuk pelajar sekolah menengah serta mahasiswa universiti. Aktiviti yang disusun bukan sahaja menyeronokkan, malah mendidik serta membuka mata tentang kekayaan warisan negeri Terengganu.
Mengapa Anda Perlu Sertai Program Ini?
- Pelbagai pengisian ilmu & aktiviti interaktif
- Permainan tradisional & aktiviti budaya
- Pengalaman bermalam penuh kenangan di muzium
- Sesuai untuk pelajar berumur 13 – 17 tahun
Memberi peluang bermalam di muzium terbesar di Asia Tenggara.
Aktiviti penuh nilai ilmiah, budaya dan tradisi tempatan.
Infografik Bermalam di Muzium 2025

Antara aktiviti utama yang bakal diadakan termasuk:
Tentatif Program – 13 September 2025
| Waktu | Program | Lokasi |
|---|---|---|
| 2.15 – 3.00 PTG | Pendaftaran Peserta & Pembahagian Kumpulan | Serambi Mandalika |
| 3.15 – 4.00 PTG | Suaikenal Fasi & Taklimat Keselamatan | Serambi Mandalika |
| 4.00 – 4.30 PTG | Solat | Surau Kayu |
| 4.30 – 4.45 PTG | Cicipan | Serambi |
| 4.45 – 6.15 PTG | Aktiviti Minitur & TikTok Sejarah | Serambi, Galeri & Kawasan Sekitar |
| 6.15 – 7.00 PTG | Persiapan Diri | Lelaki – Blok D / Wanita – Pejabat |
| 7.00 – 8.30 MLM | Solat Maghrib Berjemaah, Makan & Solat Isyak | Serambi |
| 8.30 – 9.30 MLM | Ceramah & Kuiz MKN | Serambi |
| 9.30 – 11.30 MLM | Samb. Aktiviti Minitur, TikTok Sejarah & Gabi | — |
| 11.30 MLM | Nyuluh | Galeri Tekstil & Foyer BB |
| 12.00 TGHMLM | Tidur | Galeri Tekstil & Foyer BB |
Tentatif Program – 14 September 2025
| Waktu | Program | Lokasi |
|---|---|---|
| 5.45 – 6.15 PG | Persiapan Diri | Lelaki – Blok D / Wanita – Pejabat |
| 6.15 – 6.45 PG | Subuh Berjemaah & Tazkirah | Serambi |
| 6.45 – 7.15 PG | Sarapan | Serambi |
| 7.15 – 7.45 PG | Pengemasan Bag | Dewan Mandalika |
| 7.45 – 8.00 PG | Senam Pagi | Dataran |
| 8.00 – 8.45 PG | Wira Fun & Walkabout | Dataran – KBT – Masjid – Pelayaran |
| 8.45 – 10.00 PG | Misi Kurator Muda: STEM & Arkeologi | Laman Singgahsana |
| 10.00 – 11.30 PG | Pertandingan Permainan Tradisional | Laman Singgahsana |
| 11.30 PG – 12 TGHR | Persiapan Diri | — |
| 12.00 – 1.00 TGHR | Penyampaian Hadiah & Majlis Penutupan | Dewan Batu Bersurat |
| 1.00 TGHR | Makan Tghri & Bersurai | — |
Sertai Sekarang Cabaran Bermalam di Muzium Negeri Terengganu
Program Cabaran Bermalam di Muzium Negeri Terengganu 2025
bukan sahaja memberi peluang untuk pelajar merasai pengalaman unik bermalam di muzium, malah turut memperkayakan minda dengan ilmu sejarah, menghayati budaya warisan, serta mengukuhkan jati diri generasi muda melalui aktiviti yang penuh nilai pendidikan, kerohanian dan hiburan. Ia adalah sebuah pengalaman berharga yang pasti meninggalkan kenangan indah serta menjadi pencetus semangat untuk terus mencintai sejarah, warisan dan tanah air.











