Logo-Discovery-Terengganu-White-scaled
Kalendar Rasmi · 2026

Semua Acara Terengganu, Satu Tempat

13 Acara Utama dan ratusan acara sampingan sepanjang 2026 — tarikh, lokasi dan jenis acara, tersusun kemas dalam satu halaman.

13Acara Utama
100+Acara Sampingan
8Daerah Diliputi
12Bulan Penuh Acara
Tentang Kalendar Ini

Panduan rasmi merancang kunjungan anda ke Terengganu

Budaya Sukan Alam Semula Jadi Komuniti Kreativiti Gaya Hidup

Selamat datang ke halaman rasmi Kalendar Acara Terengganu 2026, pusat rujukan lengkap untuk meneroka acara utama dan acara sampingan yang berlangsung sepanjang tahun di seluruh negeri Terengganu.

Bagi tahun 2026, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu mempersembahkan 13 Acara Utama (Signature Events) serta ratusan acara sampingan merangkumi pelbagai segmen seperti pelancongan budaya, sukan, alam semula jadi, komuniti, kreativiti dan gaya hidup.

Daripada Pelita Raya Terengganu, Terengganu Marathon, Karnival Pantai, acara sukan ekstrem, festival warisan, hinggalah kepada program bertaraf antarabangsa, kalendar ini menjadi panduan penting untuk merancang kunjungan dan aktiviti sepanjang tahun.

Sama ada pelancong tempatan, pelancong antarabangsa, penganjur acara atau komuniti setempat, halaman ini membantu anda mendapatkan maklumat tarikh, lokasi dan jenis acara dengan lebih teratur, mudah dan terkini, menjadikan Terengganu destinasi pilihan sepanjang tahun 2026.

Jangan Terlepas Walau Satu Acara

Info acara terus ke telefon anda. Pilih saluran yang paling selesa.

Komuniti · boleh bertanya & berkongsi

Saluran Rasmi · notifikasi terus dari kami

Kalendar Acara Terengganu

Apa Yang Happening Di Terengganu?

Pilih bulan, pilih event, terus simpan dalam kalendar telefon. Status dikemaskini automatik ikut tarikh hari ini.

0 event akan datang

Anjur event di Terengganu?

Senaraikan event anda PERCUMA dalam Kalendar Acara ni — atau naik taraf ke Event Pilihan untuk paparan utama.

Hantar Event Anda
Acara Rutin

Hari Minggu Hari Bahagia

Acara Rutin Hari Minggu di Terengganu

Kenapa Guna Kalendar Ni

Empat Sebab Ia Jadi Rujukan Pelancong

Maklumat Acara Serta-Merta

Tarikh, masa, lokasi dan status setiap acara terus di depan mata. Poster rasmi, peta lokasi, nombor penganjur dan pautan butiran semua dalam satu kad — tak payah selak lima page Facebook semata-mata nak cari satu tarikh.

Laju & Senang di Telefon

Dibina mobile-first sebab majoriti orang cari acara masa dalam kereta atau atas katil. Pilih bulan, swipe poster, simpan terus ke kalendar — skrol tanpa tersekat walaupun line cuma 4G.

Promosi Yang Sampai Kepada Orang

Penganjur dapat ruang paparan yang konsisten, peniaga tempatan dapat trafik masa acara berlangsung. Kalendar yang aktif bermakna lebih ramai pelawat masuk ke daerah — bukan tertumpu di Kuala Terengganu sahaja.

Rancang Trip Ikut Acara

Tengok apa yang berlaku pada tarikh cuti anda, susun itinerari sekeliling acara tu, pastu simpan terus ke Google Calendar atau kalendar iPhone. Cuti jadi tersusun, bukan main teka.

Kongsi & Ajak

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Ajak keluarga dan kawan-kawan tengok apa yang meriah di Terengganu bulan ni.

WhatsApp Facebook Telegram

Kemaskini terkini: