Desa Ukiran Kayu (DUK)
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
YouTube: Abang Bongsu Drone Photography
Desa
Ukiran
Kayu

Pengenalan Lokasi Ukiran Kayu
Desa Ukiran Kayu (DUK)
merupakan pusat seni dan warisan yang memfokuskan kepada pemeliharaan serta pengembangan seni ukiran kayu tradisional Melayu. Ia dibina di kawasan bersejarah Istana Tengku Long, yang asalnya didirikan oleh Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam, Raja Besut ke-4 pada tahun 1875. Projek ini bermula pada awal tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada Jun 2007, sebelum dirasmikan pada 21 Februari 2008.
Cara Akses & Lokasi
Desa Ukiran Kayu (DUK)
terletak di kawasan yang penuh nilai sejarah iaitu dalam perkampungan Kampung Raja Lama, berdekatan dengan pekan utama Kampung Raja, Besut, Terengganu.
✅ Alamat Lokasi: Kawasan Istana Tengku Long, Kampung Raja Lama, Besut, Terengganu
📏 Keluasan tapak: 3,500 meter persegi
📍 Jarak dari Bandar Kuala Terengganu: ±100 kilometer
Contoh Jenis Rumah Tradisional Yang Berada di DUK
"Besut Daerah Ukiran Kayu"
Warisan Diangkat, Legasi Dilestarikan
Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) merupakan simbol penting kepada pengisytiharan “Besut sebagai Daerah Ukiran Kayu” yang diumumkan secara rasmi pada 12 Ogos 1999. Pengisytiharan ini adalah satu pengiktirafan penuh penghargaan terhadap kepakaran dan jasa para pengukir kayu yang berasal dari daerah Besut, yang telah mengharumkan nama negeri dan negara dalam seni ukiran kayu tradisional Melayu.
Antara tokoh pengukir kayu tersohor yang diiktiraf:
Allahyarham Che Long bin Yusof
Allahyarham Y.M Tengku Ibrahin bin Tengku Wook – Tokoh Kraf Negara 1999
Haji Wan Su Bin Othman – Tokoh Seni Negara 1997
Allahyarham Abd. Rahman bin Long
- Mohd Salizan bin Abd Rahman
Wan Mustaffa Wan Su – Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003 & Adiguru Kraf 2007
Norhaiza Bin Nordin
Pengiktirafan ini sekaligus menjadi pemangkin kepada pembangunan Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, sebagai pusat dinamik untuk memelihara, melatih dan memartabatkan seni ukiran kayu Melayu bagi generasi kini dan akan datang.
Aktiviti Harian & Latihan Seni Ukiran
Desa Ukiran Kayu (DUK)
bukan sekadar muzium hidup, ia juga pusat latihan aktif di mana:
Seramai 20 pelatih lepasan SPM daripada anak watan Terengganu dipilih setiap tahun
Mereka menjalani latihan penuh selama 12 bulan dalam Kraf Warisan Seni Ukiran Melayu
Latihan dibiayai penuh oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan
Tenaga pengajar utama ialah En. Che Hami Hamzah, yang berpengalaman lebih 7 tahun dalam seni ukiran Melayu di Institut Kraf Negara (IKN). Program ini dipantau oleh Prof. Madya Sulaiman Abd. Ghani, CEO Terengganu International Design Excellence (TIDE).
Kenapa Desa Ukiran Kayu Destinasi Wajib Dikunjungi
Desa Ukiran Kayu (DUK)
adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang berminat dalam seni ukiran kayu. Pengunjung dapat mengalami keindahan dan kehalusan kerja tangan yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya Malaysia.
Senarai Kemudahan
- CCTV & Keselamatan
- Parkir Motosikal
- Sistem Penggera
- Tempat Letak Kereta
Tanda
2 Reviews
Write a Review Cancel reply
Write a Review Cancel reply
Maklumat Lokasi
Waktu Pembukaan
Info Tambahan
Penaja
Penaja











Saya nak beli kayu ukiran berapa harga terima kasih
Boleh hubungi 09-6953823 untuk pertanyaan