Pandangan udara bandar Kuala Terengganu: Jambatan Angkat dan muara Sungai Terengganu di kiri, menara tinggi, deretan rumah dan pantai menghadap Laut China Selatan

Panduan perjalanan

KL ke Kuala Terengganu Naik Apa? Bas, Flight, Kereta atau ECRL

KL ke Kuala Terengganu naik apa? Bandingkan kos, masa pintu ke pintu dan lokasi ketibaan bagi bas, flight atau kereta. Kemudian, gunakan pemilih dan kalkulator untuk merancang bajet serta semak status ECRL.

Rekod harga 19 Okt 2026 · Semakan tambahan 20 Okt 2026 7 minit bacaan

Foto: Discovery Terengganu

Jawapan ringkas

Untuk bajet seorang, pertimbangkan penggunaan bas. Jika masa terhad, pilih flight untuk perjalanan yang lebih singkat. Sebaliknya, kereta mampu memudahkan keluarga atau kumpulan jika mahu bebas bergerak. Namun, ECRL masih belum beroperasi pada tarikh semakan.

  • Paling jimat seorangBas ekspres RM40.50 – RM74.90 sehala, 6–8.5 jam dalam bas.
  • Paling cepatFlight kira-kira 1 jam di udara, 3.5–5 jam pintu ke pintu.
  • Berbaloi untuk 3–5 orangKereta ~RM110 sekereta (minyak BUDI95 + tol), boleh dikongsi.
  • ECRL: belum beroperasiDisasar mula 12 Dis 2026 (bersyarat). Ekonomi Transit mulai RM95; Ekspres mulai RM110.

Semua harga ialah seorang dewasa, sehala kecuali dinyatakan sekereta. Harga bas dan flight berubah ikut tarikh dan tempat duduk. Harga contoh daripada rekod 19 Oktober 2026; semak jumlah akhir tempahan. Anggaran perjalanan dan kos sambungan bukan kadar rasmi.

Sekali imbas

Empat pilihan dari KL ke Kuala Terengganu

Bas ekspres

Beroperasi

RM40.50 – RM74.90seorang, sehala

Dalam bas
6–8.5 jam
Pintu ke pintu
~7–10 jam
Berlepas
TBS (Bandar Tasik Selatan) atau TBG (Gombak)
Tiba
Terminal Bas MBKT, Jalan Masjid Abidin, dalam bandar

Sesuai: solo, pelajar, bajet ketat, suka bas malam.

Sumber: BusOnlineTicket, Easybook

Flight

Beroperasi

RM112 – RM155contoh AirAsia, tanpa bagasi daftar masuk

Di udara
55 min – 1 jam 5 min
Pintu ke pintu
~3.5–5 jam
Berlepas
KLIA T1, KLIA T2 atau Subang
Tiba
Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus (~9.5 km ke Pasar Payang)

Sesuai: masa terhad, trip pendek, bagasi ringan.

Sumber: AirAsia, FlightStats

Kereta

Sentiasa ada

~RM110sekereta: tol RM48.74 + minyak BUDI95 ~RM62

Memandu
4 jam 40 min – 5 jam 20 min tanpa henti
Pintu ke pintu
~5–6.5 jam (dengan rehat)
Laluan
KL–Karak → LPT1 → LPT2, ~433 km
Tiba
Terus ke hotel atau destinasi anda

Sesuai: keluarga 3–5 orang, banyak barang, nak jalan-jalan di Terengganu.

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia, RTM

ECRL

Belum beroperasi

Mulai RM95 / RM110Ekonomi Transit / Ekspres, Gombak–KT, harga dinamik

Dalam tren
Ekspres 2 jam 54 min · Transit 3 jam 51 min (angka MRL)
Bila
Disasar 12 Dis 2026, tertakluk kelulusan keselamatan
Berlepas
Stesen Gombak (TBG), sambung LRT Kelana Jaya
Tiba
Kg Durian Guling, Marang (~20–23 km ke bandar KT)

Bakal sesuai: penduduk utara/timur KL, warga emas & kanak-kanak (diskaun 50%).

Sumber: Free Malaysia Today, Harian Metro

Banding sebelah-menyebelah

Jadual perbandingan kos, masa dan keselesaan

Bar warna menunjukkan kedudukan relatif. Bar lebih pendek = lebih murah atau lebih cepat.

Perbandingan KL ke Kuala Terengganu (disemak 19 Okt 2026)
Perkara Bas Flight Kereta ECRL
Kos seorang, sehalaRM40.50 – RM74.90RM112 – RM155 + ke KLIA RM55~RM28 jika 4 orang kongsi (~RM110 sekereta)Transit mulai RM95 / Ekspres mulai RM110 + kos sambungan
Masa dalam kenderaan6–8.5 jam~1 jam4 j 40 min – 5 j 20 min2 j 54 min – 3 j 51 min
Jumlah pintu ke pintu*~7–10 jam~3.5–5 jam~5–6.5 jam~4–5 jam (unjuran Ekspres)
KeselesaanKerusi 1+2 eksekutif lazim; boleh tidur bas malam; henti rehat terhadPaling singkat; tapi banyak menunggu di lapangan terbangBerhenti bila-bila masa; pemandu penat 5 jamBelum dapat dinilai
Berlepas dariTBS atau TBGKLIA T1/T2, SubangRumah andaStesen Gombak
Tempat tibaTerminal Bas MBKT (dalam bandar)Lapangan Terbang Sultan Mahmud (~9.5 km)Terus ke destinasiKg Durian Guling, Marang (~20–23 km)
BagasiRuang bagasi bawah bas7 kg kabin (AirAsia); daftar masuk berbayarIkut muatan keretaRak bagasi tersedia; had berat dan saiz belum disahkan
Paling sesuaiSolo, pelajar, bajetMasa terhadKeluarga, kumpulanSelepas dibuka: kos pertengahan, masa singkat

* Anggaran perancangan DT termasuk ke terminal, datang awal, menunggu dan sambungan ke bandar. Pecahan penuh dalam Gambaran perjalanan. Bar kos flight termasuk KLIA Ekspres.

Pemilih pantas

Pilih ikut bajet, bilangan orang dan keutamaan

Mula-mula, jawab empat soalan di bawah. Cadangan akan berubah mengikut pilihan anda, berserta sebabnya.

Bajet anda
Berapa orang
Paling penting
Bila bertolak

Panduan ringkas: solo atau berdua dengan bajet ketat → bas. Masa terhad → flight. Tiga orang ke atas, banyak barang atau nak bebas bergerak → kereta. Selepas ECRL dibuka, ECRL Ekspres patut dipertimbang jika anda dekat Gombak.

Bagaimana cadangan ini dikira?

Mata diberi mengikut bajet dan keutamaan anda, kemudian dijumlahkan:

  • Bajet: kos seorang dianggar dengan nilai lalai kalkulator. Paling murah dapat 3 mata (Paling jimat), 2 mata (Sederhana) atau 1 mata (Tak kisah), seterusnya menurun.
  • Bilangan orang: kos kereta dibahagi ikut penumpang (satu kereta untuk 5 orang). Jadi kereta naik ranking bila ramai.
  • Cepat: ikut jumlah masa pintu ke pintu. Selesa: flight dan ECRL +2, bas +1 (boleh tidur), kereta 0 (pemandu penat). Barang: kereta +3, bas +1. Bebas bergerak: kereta +3.
  • Bila: ECRL tidak dicadangkan sebelum dibuka.

Pemilih menggunakan nilai contoh tetap (bas RM65; flight RM155 + KLIA Ekspres RM55; e-hailing TGG RM25 atau stesen ECRL RM45 sekenderaan). E-hailing ialah andaian DT. Anggaran ECRL belum termasuk tambang LRT ke Gombak. Untuk bilangan lain atau sebut harga sebenar, gunakan kalkulator di bawah.

Kira sendiri

Kalkulator anggaran kos KL ke Kuala Terengganu

Ilustrasi kertas: keluarga memasukkan beg ke dalam but kereta di hadapan rumah sebelum bercuti
Gambar generated by AI Ilustrasi suasana sahaja.

Masukkan berapa orang yang akan pergi. Jika anda sudah semak harga tiket, masukkan harga tersebut untuk mendapatkan anggaran kos yang lebih tepat.

Jumlah yang dikira ialah anggaran sahaja, Harga tiket sebenar mungkin berbeza mengikut tarikh perjalanan dan waktu anda membuat tempahan.

Penumpang & perjalanan

Andaian bas

Isi caj akhir mengikut checkout; nilai 0 bukan jaminan tiada caj. Lalai RM65 = harga lazim bas eksekutif 1+2. Julat platform RM40.50 – RM74.90. Diskaun kanak-kanak ikut operator.

Andaian flight

Tambang lalai = contoh AirAsia 30 Okt 2026. Lalai KLIA Ekspres RM25 seorang kanak-kanak mengandaikan umur 6–12 dalam kalkulator ini. Isi 0 untuk bawah 6 tahun; bagi umur bercampur, masukkan purata tambang kanak-kanak kumpulan anda. RM25 e-hailing ialah andaian kasar DT, tiada kadar rasmi. Isi 0 pada ruangan KLIA Ekspres jika naik dari Subang atau dihantar; isi kos sambungan sebenar yang berkenaan.

Andaian kereta

Satu kereta untuk 5 orang; 6 orang ke atas dikira 2 kereta. Tol = Gombak RM6.00 + Bentong RM3.50 + Karak–Kuala Terengganu RM39.24. Parking tidak dikira.

Andaian ECRL (selepas dibuka)

Kanak-kanak 2–12 dapat diskaun 50% (diumum MRL). Oleh sebab tambang dinamik, angka sebenar boleh lebih tinggi. RM45 e-hailing ialah andaian kasar DT; butiran bas perantara belum dapat disahkan.

Hidupkan JavaScript untuk mengira. Contoh 2 dewasa sehala: bas ~RM130, flight ~RM445 (termasuk KLIA Ekspres & e-hailing), kereta ~RM110 (BUDI95).

Dari pintu rumah ke bandar KT

Gambaran perjalanan KL hingga Kuala Terengganu

Ilustrasi kertas: bangunan tinggi KL di kiri, lebuh raya melalui bukit hutan dengan bas dan kereta, tren di landasan tinggi dan kapal terbang di langit, berakhir di pantai dan bot nelayan
Gambar generated by AI Ilustrasi suasana. Bukan rupa sebenar stesen, kenderaan atau laluan.

Masa sebenar bukan masa dalam kenderaan sahaja

Bar di bawah memecahkan anggaran pintu ke pintu dari pusat KL ke bandar Kuala Terengganu. Lebar bar ikut minit (nilai tengah julat).

  1. Bas ekspres (TBS → Terminal MBKT)

    ~7–10 jam
    1. Ke TBS / TBG dengan rel atau e-hailing (andaian)15–30 min
    2. Datang awal di terminal45–60 min
    3. Dalam bas (termasuk 1 henti rehat)6–8.5 jam
    4. Terminal MBKT → hotel dalam bandar (andaian)5–10 min
  2. Flight (KL Sentral → KLIA → TGG)

    ~3.5–5 jam
    1. Ke KL Sentral + KLIA Ekspres (~28–31 min) (andaian)40–60 min
    2. Tiba awal, daftar masuk, keselamatan90–120 min
    3. Di udara55–65 min
    4. Turun pesawat & ambil bagasi (andaian)15–30 min
    5. TGG → bandar (~9.5 km)15–25 min
  3. Kereta (pusat KL → bandar KT)

    ~5–6.5 jam
    1. Memandu ~433 km tanpa henti4.7–5.3 jam
    2. Rehat, makan, solat (1–2 kali) (andaian)30–75 min
  4. ECRL Ekspres (unjuran, selepas dibuka)

    ~4–5 jam
    1. LRT KL Sentral → Gombak, termasuk ruang masa menunggu (andaian)30–45 min
    2. Tiba awal di stesen (andaian)20–30 min
    3. Dalam tren Ekspres (dirancang)2 j 54 min
    4. Durian Guling → bandar (~20–23 km)25–40 min

Anggaran perancangan DT, bukan jadual. Sumber: BusOnlineTicket (datang 45 minit–1 jam awal), AirAsia & Malaysia Airlines (kaunter tutup 60 minit), KLIA Ekspres (~28–31 minit), OSRM (jarak), MRL (masa ECRL). Masa ke terminal di KL, keluar lapangan terbang dan LRT ke Gombak ialah andaian DT kerana bergantung lokasi anda.

Panduan ketibaan

Tiba di Kuala Terengganu

Di manakah anda sampai dari pusat bandar?

Peta pengangkutan Kuala Terengganu dengan penanda B untuk Terminal Bas MBKT, F untuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud, K untuk Plaza Tol Kuala Terengganu dan Telemung, serta E untuk Stesen ECRL Kuala Terengganu di Durian Guling, Marang.

PILIH CARA ANDA TIBA

Bas

Terminal Bas MBKT berada dalam pusat bandar, berhampiran Pasar Payang. Berjalan kaki atau sambung dengan e-hailing mengikut destinasi anda.

Penerbangan

Lapangan Terbang Sultan Mahmud terletak di Kuala Nerus, di utara Sungai Terengganu. Sambung perjalanan darat ke bandar.

Kereta

Keluar LPT2 di Plaza Tol Kuala Terengganu atau Plaza Tol Telemung mengikut destinasi. Kedua-dua plaza berbeza ditandakan dengan K hijau pada peta.

ECRL

Stesen Kuala Terengganu berada di Kampung Durian Guling, Marang, di barat daya pusat bandar. Perlu sambungan perjalanan darat apabila perkhidmatan dibuka.

CARA MEMBACA PETA

Penanda B, F, K dan E menunjukkan lokasi ketibaan mengikut jenis pengangkutan.

Bulatan putus-putus menandakan kawasan bandar. Garis penghubung label bukan laluan perjalanan.

Gunakan bar skala pada gambar untuk jarak di atas peta. Jarak perjalanan jalan raya bergantung pada laluan yang dipilih.

ECRL: penanda lokasi stesen ialah anggaran. Belum beroperasi pada semakan 20 Oktober 2026; semak status operasi dan sambungan ke bandar sebelum perjalanan.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu dengan empat menara putih berbumbung coklat di bawah langit biru, dilihat dari celah daun
Foto: Discovery Terengganu. Jambatan Angkat di muara Sungai Terengganu, berhampiran pusat bandar. Panduan Jambatan Angkat.

Sebelum tempah

Tip ringkas ikut pilihan

Ilustrasi kertas: bas bercahaya melalui jalan berbukit hutan pada waktu malam di bawah bulan sabit
Gambar generated by AI Ilustrasi suasana, bukan bas sebenar.

Bas ekspres

  • Pilih destinasi Terminal Bas MBKT. Sesetengah trip dalam carian "Kuala Terengganu" sebenarnya ke Kuala Berang.[1]
  • Tinggal di utara atau timur KL? Semak trip dari TBG Gombak (LRT Kelana Jaya). Untuk operator sama, tiket TBG kami lihat RM2.70–RM4.20 lebih murah.[2]
  • Dalam rekod jadual asal, pilihan bas tertumpu pada dua tempoh: pagi (09:30–13:00) dan malam (21:00–23:45).[1]
  • Datang 45 minit hingga 1 jam awal; lebih awal musim perayaan.[3]
  • Caj fasiliti RM0.70 bagi tiket dicetak di kaunter TBS dilaporkan pada 2 Sep 2025; semak ketetapan semasa terminal.[4]
  • Caj pemprosesan platform boleh dikenakan dan berbeza mengikut tempahan. Semak jumlah checkout, termasuk tambahan pilihan; caj ini berasingan daripada caj terminal.[23][24]
Pesawat Malaysia Airlines di landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, dengan kenderaan tunda di hadapannya
Foto: Discovery Terengganu x Am Transit Inn. Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Flight

  • Rekod jadual 19 Okt 2026 (semak tarikh penerbangan anda): AirAsia dari KLIA T2 (3 kali sehari), Malaysia Airlines dari KLIA T1, Firefly jet dari KLIA T1 (hari tertentu) dan Firefly ATR dari Subang (3 kali sehari).[6]
  • Tambang AirAsia contoh: RM112 (4 Nov) hingga RM155 (30 Okt), tanpa bagasi daftar masuk.[5]
  • Kaunter tutup 60 minit sebelum berlepas (MH, AirAsia KLIA T2, Firefly jet) dan 30 minit untuk Firefly ATR di Subang. Tiba di KLIA 2 jam awal.[7][9][8]
  • KLIA Ekspres RM55 sehala; naik ke RM65 mulai 1 Jan 2027.[10][11]
  • Dari lapangan terbang: e-hailing, teksi atau BAS.MY T10 (laluan ke Merang yang singgah di lapangan terbang). Panduan BAS.MY Terengganu.[22]
  • Tambang BAS.MY TGG ke Terminal MBKT RM1.25 sehala pernah dilaporkan pada 12 Feb 2025. Ini contoh sejarah, bukan pengesahan tarif Oktober 2026; semak tambang dan arah bas semasa.[25]

Kereta

  • Tol Kelas 1 sehala: Gombak RM6.00 + Bentong RM3.50 + Karak ke Plaza Tol Kuala Terengganu RM39.24 = RM48.74. Tol lebuh raya bandar seperti DUKE bergantung pada laluan dan plaza yang digunakan.[12]
  • Plaza LPT2 elektronik sahaja. Pastikan baki Touch 'n Go atau SmartTAG cukup.[15]
  • RON95 BUDI95 RM1.99/liter untuk pengguna yang layak, dengan had asas 300 liter sebulan. RON95 tanpa subsidi RM4.62/liter bagi 15–21 Okt 2026; semak kadar mingguan selepas tempoh ini.[13][14][29][30]
  • R&R utama: Genting Sempah, Temerloh, Gambang, Perasing, kemudian Paka dan Ajil di LPT2.
  • Hujung minggu Terengganu ialah Jumaat–Sabtu. Elak bertolak petang Khamis jika boleh. Baca panduan hujung minggu.
  • Cari tempat letak kereta di bandar: Direktori parking Kuala Terengganu.
  • Setel menyenaraikan parkir MBKT RM0.60 sejam / RM6 sehari, Sabtu–Khamis, 8 pagi–6 petang; Jumaat dan cuti umum percuma. Tertakluk lokasi dan papan kadar semasa; tidak merangkumi semua parkir persendirian.[26]

ECRL

Status pada 19 Okt 2026: belum beroperasi untuk penumpang.

  • Disahkan Tambang Ekonomi Gombak–KT mulai RM95 (Transit) / RM110 (Ekspres), diskaun 50% kanak-kanak 2–12, warga emas 60+, OKU dan pesara kerajaan; pelajar 13–24 diskaun 40%.[16][28]
  • Dirancang Operasi komersial 12 Dis 2026, tertakluk kelulusan keselamatan. Jualan tiket dijangka bermula pertengahan November; semak saluran dan tarikh jualan rasmi.[17][18][20]
  • Dirancang 6 perjalanan setiap arah Isnin–Khamis (12 keseluruhan), 8 setiap arah Jumaat–Ahad (16 keseluruhan). Kekerapan seluruh laluan ini bukan semuanya tren Ekspres.[17]
  • Belum disahkan Jadual penuh waktu berlepas/tiba, harga kelas Premium/Perniagaan, had bagasi dan butiran bas perantara dari stesen ke bandar KT.
  • Stesen Kuala Terengganu terletak di Kg Durian Guling, Marang, bukan dalam bandar. Rancang e-hailing atau minta dijemput.[19]
  • Hanya perkhidmatan Ekspres yang berhenti di 4 stesen sahaja (Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu, Kota Bharu).[16][28]
  • Info stesen dan laluan penuh: ECRL Terengganu, panduan lengkap DT.
  • Rak bagasi disenaraikan dalam maklumat kemudahan tren MOT. Had berat, saiz, bilangan beg dan caj lebihan belum dapat disahkan; jangan anggap bagasi tanpa had.[27]

Soalan lazim

Soalan lazim KL ke Kuala Terengganu

Apa cara paling murah dari KL ke Kuala Terengganu?

Untuk seorang, bas ekspres paling murah: RM40.50 – RM74.90 sehala (semakan 19 Okt 2026). Untuk 3–5 orang, kereta boleh jadi lebih murah seorang kerana tol dan minyak (~RM110 dengan BUDI95) dikongsi.

Berapa jam naik bas dari KL ke Kuala Terengganu?

Kira-kira 6 hingga 8.5 jam dalam bas. Apabila masa ke terminal dan waktu menunggu diambil kira, jumlahnya sekitar 7 hingga 10 jam.

Bas dari TBS turun di mana?

Kebanyakan bas berhenti di Terminal Bas MBKT, Jalan Masjid Abidin, dalam bandar Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, semak destinasi pada tiket kerana sesetengah trip menuju ke Kuala Berang.

Berapa tol KL ke Kuala Terengganu?

RM48.74 sehala untuk kereta Kelas 1: Gombak RM6.00, Bentong RM3.50 dan Karak ke Kuala Terengganu RM39.24 (pecahan dalam rekod 19 Okt 2026). Tol lebuh raya bandar, jika digunakan, perlu ditambah mengikut laluan. Semak kadar semasa dengan operator atau LLM.

Lapangan terbang Kuala Terengganu jauh dari bandar?

Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus, kira-kira 9.5 km ikut jalan raya ke Pasar Payang (anggaran OSRM).[21] Biasanya 15–25 minit dengan kereta.

ECRL dah boleh naik ke Kuala Terengganu?

Belum. Pada 19 Okt 2026, MRL menyasarkan operasi komersial bermula 12 Disember 2026, tertakluk kelulusan keselamatan. Tiket dijangka dijual dalam talian mulai pertengahan November.

Berapa tambang ECRL Gombak ke Kuala Terengganu?

Kelas Ekonomi sehala bermula RM95 (Transit) dan RM110 (Ekspres). Oleh sebab tambang dinamik, harga boleh meningkat mengikut masa pembelian dan permintaan.

Stesen ECRL Kuala Terengganu di mana?

Di Kampung Durian Guling, daerah Marang, kira-kira 20–23 km dari bandar Kuala Terengganu. Butiran bas perantara ke bandar belum dapat disahkan.

Sumber dan tarikh semakan fakta

Rekod harga contoh berasal daripada semakan 19 Oktober 2026. Semakan tambahan sumber dibuat pada 20 Oktober 2026; ini bukan semakan semula semua harga dan jadual tempahan. Contoh harga bas dan AirAsia bukan jaminan harga semasa. Maklumat ECRL ialah pengumuman atau rancangan, bukan perkhidmatan yang sudah beroperasi.

Rujukan bas dan terminal

  1. BusOnlineTicket: jadual & harga KL ke Kuala Terengganu (tarikh contoh 30 Okt dan 4 Nov 2026) (Disemak 19 Okt 2026)
  2. Easybook: bas Kuala Lumpur (TBS, TBG) ke Terminal Bas MBKT (Disemak 19 Okt 2026)
  3. BusOnlineTicket FAQ: datang sekurang-kurangnya 45 minit awal (Disemak 19 Okt 2026)
  4. NST: TBS kenakan caj fasiliti RM0.70 bagi tiket dicetak di kaunter (2 Sep 2025)

Rujukan penerbangan dan KLIA Ekspres

  1. AirAsia: penerbangan Kuala Lumpur (KUL) ke Kuala Terengganu (TGG), kalendar tambang (Disemak 19 Okt 2026)
  2. FlightStats: jadual laluan KUL–TGG dan SZB–TGG (16–22 Okt 2026) (Disemak 19 Okt 2026)
  3. Malaysia Airlines: daftar masuk (kaunter tutup 60 minit, KL CAT) (Disemak 19 Okt 2026)
  4. Firefly: Syarat Pengangkutan fasal 6 (masa daftar masuk jet & ATR) (Disemak 19 Okt 2026)
  5. AirAsia Newsroom: kaunter KLIA T2 tutup 1 jam, tiba 2 jam awal (18 Dis 2025)
  6. KLIA Ekspres: tambang & kekerapan (Disemak 19 Okt 2026)
  7. Bernama: tambang KLIA Ekspres naik ke RM65 mulai 1 Jan 2027 (30 Sep 2026)

Rujukan tol dan harga bahan api

  1. Lembaga Lebuhraya Malaysia: Kalkulator Tol (Gombak, Bentong, Karak–Kuala Terengganu, Kelas 1) (Disemak 19 Okt 2026)
  2. RTM: harga minyak mingguan 15–21 Okt 2026 (RON95 BUDI95 RM1.99, tanpa subsidi RM4.62) (14 Okt 2026)
  3. NST: kuota BUDI95 dipulihkan kepada 300 liter sebulan (30 Ogs 2026)
  4. LPT2: senarai plaza tol, bayaran elektronik sahaja (Disemak 19 Okt 2026)

Rujukan ECRL dan lokasi ketibaan

  1. Free Malaysia Today: tiket ECRL dijual pertengahan November, Gombak–Kuala Terengganu mulai RM95/RM110 (19 Okt 2026)
  2. Harian Metro: masa Ekspres 2 jam 54 minit, Transit 3 jam 51 minit; operasi disasar 12 Disember (19 Okt 2026)
  3. Kosmo: tiket ECRL dijual dalam talian di ecrl.com.my mulai pertengahan November (19 Okt 2026)
  4. Bernama: Stesen ECRL Kuala Terengganu di Kampung Durian Guling, Marang (24 Sep 2026)
  5. The Star: ECRL sasar operasi komersial pertengahan Disember (6 Okt 2026)
  6. OSRM (OpenStreetMap): anggaran jarak jalan raya KL–Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud–Pasar Payang (Dikira 19 Okt 2026)
  7. Transit app: BAS.MY Kuala Terengganu laluan T10 (berhenti di lapangan terbang) (Disemak 19 Okt 2026)

Semakan tambahan: caj, bas tempatan dan parkir

  1. BusOnlineTicket: caj pemprosesan mengikut tempahan (Dibaca 20 Okt 2026)
  2. Easybook FAQ: caj pentadbiran dan promosi (Dibaca 20 Okt 2026)
  3. Utusan: pengalaman penumpang BAS.MY TGG–MBKT RM1.25 (12 Feb 2025; contoh sejarah)
  4. Setel: peraturan dan kadar parkir MBKT (Dibaca 20 Okt 2026; tarikh kuat kuasa tidak dinyatakan)
  5. MOT: kemudahan tren termasuk rak bagasi; bukan polisi had bagasi (11 Feb 2026)

Semakan tambahan: ECRL, minyak dan sambungan perjalanan

  1. Bernama: tambang permulaan ECRL dan sasaran operasi bersyarat (19 Okt 2026)
  2. MOF: had asas BUDI95 kembali kepada 300 liter mulai 1 Sep 2026 (31 Ogs 2026)
  3. MOF: RON95 tanpa subsidi RM4.62 bagi 15–21 Okt 2026 (14 Okt 2026)
  4. KL Sentral info: rujukan bebas masa LRT 32 minit; bukan jadual rasmi 2026 (Rujukan lama; dibaca 20 Okt 2026)
  5. Grab: tambang dinamik mengikut permintaan dan bekalan (Dibaca 20 Okt 2026)

Batas semakan dan angka yang perlu disemak semula

  • Caj platform bas: caj boleh dikenakan; jumlah sebenar hanya boleh dipastikan pada checkout.[23][24]
  • Harga contoh: harga bas dan AirAsia dikekalkan daripada rekod 19 Okt 2026, bukan sebut harga baharu. Tambang Malaysia Airlines dan Firefly bagi 30 Okt / 4 Nov 2026 belum dapat disahkan.
  • Teksi dan e-hailing: tiada kadar tetap yang disahkan untuk TGG, MBKT atau Durian Guling. RM25 dan RM45 dalam kalkulator ialah andaian DT yang boleh diubah.[32]
  • BAS.MY: RM1.25 TGG–MBKT ialah pengalaman penumpang yang dilaporkan pada Februari 2025, bukan tarif rasmi Oktober 2026.[25]
  • ECRL: pengumuman tambang disokong laporan media; salinan siaran media asal belum diperoleh. Jadual penuh, had bagasi dan butiran bas perantara belum dapat disahkan.[28]
  • LRT KL Sentral–Gombak: rujukan bebas lama menyatakan 32 minit dalam tren. Anggarkan 30–40 minit, kemudian tambah masa menunggu dan berjalan; bukan jaminan jadual rasmi 2026.[31]
  • Parkir MBKT: kadar RM0.60 sejam / RM6 sehari disenaraikan Setel; semak papan kadar lokasi dan jangan samakan dengan parkir persendirian.[26]
  • Tol dan jarak: pecahan RM48.74 serta jarak 433 km dikekalkan daripada rekod asal sebagai input perancangan. Respons kalkulator rasmi dan laluan berkoordinat tidak dapat disahkan semula dalam semakan tambahan ini.