Sumber YouTube: Fawwaz Media

Houseboat Tasik Kenyir Icon

Jeti Pengkalan Gawi

Pengenalan Jeti di Tasik Kenyir

Jeti Pengkalan Gawi

merupakan pintu masuk utama ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang menyediakan kemudahan seperti jeti, kedai makan, dan kedai cenderamata. Ia juga merupakan pusat sehenti untuk mendapatkan maklumat pelancongan di kawasan tersebut, yang dikenali sebagai Pusat Penerangan Kenyir (PPK). Jika anda ingin ke Tasik Kenyir, jeti ini ialah tempat utama yang perlu anda tuju kerana di sinilah terletaknya jeti utama dan pintu masuk rasmi ke seluruh destinasi menarik di kawasan Tasik Kenyir. Semua perjalanan bot, rumah bot dan aktiviti pelancongan air bermula dari sini. Lokasi jeti ini juga bersebelahan dengan Pulau Poh, Tasik Kenyir.

Pusat Penerangan Kenyir (PPK), Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

Pusat Penerangan Kenyir (PPK) yang berkonsepkan “One-Stop Centre” berfungsi sebagai pusat maklumat utama pelancongan Tasik Kenyir. Dirasmikan pada 7 Mei 2011 oleh YB. Dato’ Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia. Pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti kaunter informasi, surau, tandas, dewan taklimat, kafe dan galeri pameran ikan. Selain itu, dua galeri utama turut menjadi tarikan pelawat iaitu Mini Galeri Gua Bewah yang memberi pengalaman seperti berada di gua sebenar dan Galeri Akuarium yang menampilkan pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikan kelah, lampan dan kaloi.

Asal-usul dan Pembangunan Awal Jeti

Jeti Pengkalan Gawi

muncul sebagai pintu masuk utama ke Tasik Kenyir selepas pembinaan empangan di kawasan tersebut. Pembinaan empangan (Empangan Jenagor) yang siap pada tahun 1986 menenggelamkan sebahagian sungai dan lembah, lalu terbentuknya Tasik Kenyir. Menurut kajian, jeti Pengkalan Gawi dibina dan disiapkan sekitar tahun 1991 untuk memulakan fungsi sebagai hub pengangkutan air dan pelancongan ke Tasik Kenyir. 

Perkembangan Pelancongan dan Pengubahsuaian

Seiring dengan pertumbuhan industri pelancongan di Tasik Kenyir, jeti ini mula dibangunkan menjadi lebih komprehensif. Dulu ia hanya lokasi pemulaan bot dan rumah bot tetapi kini ia dilengkapi dengan kemudahan seperti parkir, kedai makan, kedai bebas cukai, kiosk tiket serta kemudahan asas untuk pengunjung.

Kemudahan di Jeti Pengkalan Gawi

Kemudahan di Pengkalan Gawi

Pusat Penerangan Pelancong

Kaunter tiket bot dan jeti penumpang

Surau, tandas awam dan kawasan rekreasi

Kedai, gerai makan dan telefon awam

Kawasan perkhemahan dan tempat letak kenderaan

Pintu Masuk Utama Ke Tasik Kenyir

Jeti Pengkalan Gawi

bukan sahaja menjadi titik permulaan kepada pengunjung yang ingin ke Tasik Kenyir tetapi juga simbol pembangunan ekopelancongan di Terengganu. Ia memudahkan akses ke rumah bot, air terjun, gua dan aktiviti lasak di hutan hujan tropika sekitar tasik. Sebuah kajian bertajuk “Impak Pembangunan Pelancongan kepada Masyarakat Setempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir” menyatakan bahawa pembangunan jeti dan kemudahan di sekitar Pengkalan Gawi memberi perubahan kepada masyarakat tempatan dari aspek ekonomi, sosial dan trafik pelancong.