Pulau Poh
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Pengenalan Pulau di Tasik Kenyir
Pulau Poh,
merupakan antara pulau paling aktif dan mudah diakses di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Lokasi pulau ini terletak hanya berdekatan Jeti Pengkalan Gawi, pulau ini menjadi lokasi utama bagi pelbagai aktiviti pelancongan, pameran dan festival berskala besar. Suasana tenang, udara segar dan pemandangan tasik yang memukau menjadikan Pulau Poh destinasi wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam tropika serta aktiviti santai di tepi air. Pulau ini mudah diakses dan menjadi hentian wajib dalam pakej lawatan Tasik Kenyir yang turut merangkumi Pulau Herba, Pulau Orkid, Taman Rama-Rama dan Air Terjun Lasir.
Keindahan Alam Sekitar di Pulau Poh
Pulau Poh
dikelilingi oleh air tasik yang jernih kebiruan serta panorama bukit menghijau yang menenangkan. Ia juga menjadi lokasi pilihan jurugambar dan pencinta alam kerana pantulan air yang indah terutama ketika matahari terbenam. Bagi yang ingin bermalam, terdapat kawasan yang sesuai untuk berkhemah atau glamping, menjadikannya tempat ideal bagi pencinta alam yang ingin berehat jauh daripada hiruk pikuk bandar.
Info Pantas Tentang Pulau Poh

1. Perasmian Jambatan
Jambatan Pulau Poh di Tasik Kenyir telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin bersempena Ulang Tahun Ke-61 Hari Keputeraan baginda.

2. Tasik Kenyir
Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan lebih 260,000 hektar, kaya dengan flora dan fauna.
Ikon Baharu Pelancongan dan Kemajuan Terengganu
Kawasan Pulau Poh
semakin popular selepas siapnya Jambatan Pulau Poh pada tahun 2021, yang menghubungkan pulau ini dengan daratan utama Tasik Kenyir. Struktur ini bukan sahaja berfungsi sebagai laluan utama pelancong, tetapi juga menjadi mercu tanda ikonik Tasik Kenyir dan simbol kemajuan infrastruktur di Terengganu. Reka bentuk jambatan yang berkonsepkan kepala bangau, iaitu burung yang sinonim dengan budaya pantai timur, menjadikannya antara jambatan paling unik di Malaysia.
Seni Bina dan Reka Bentuk Unik
Jambatan Pulau Poh Tasik Kenyir direka berinspirasikan perahu tradisional Terengganu, melambangkan warisan maritim negeri. Jambatan ini mempunyai panjang 133 meter dan kos pembinaan sebanyaj RM105 juta. Pembinaan ini menjadi ikon seni bina moden yang mencerminkan identiti Terengganu serta simbol kemajuan pelancongan dan pembangunan lestari.
Daya Tarikan dan Kepentingan Ekonomi
Jambatan Pulau Poh
memainkan peranan besar dalam merancakkan ekonomi pelancongan di Hulu Terengganu. Ia menghubungkan dua kawasan penting, iaitu Pengkalan Gawi dan Marina Pulau Poh, sekaligus memudahkan pergerakan pelancong dan penduduk setempat. Dengan adanya jambatan empat lorong ini, aktiviti pelancongan seperti festival, jualan usahawan dan sukan air kini lebih mudah diakses. Di samping itu, pembinaan pusat bebas cukai dan fasiliti pelancongan moden di kawasan ini dijangka menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.
Aktiviti Menarik di Pulau Poh

1. Berkhemah
Nikmati pengalaman berkhemah yang unik sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

2. Sukan Air
Pelbagai permainan sukan air yang boleh dibuat antaranya jet ski, kayak, dan banyak lagi.

3. Aktiviti Lasak
Aktiviti yang memberikan cabaran yang anda ingin merasai pengalaman yang eksklusif.

4. Pelayaran Houseboat
Pengunjung boleh menyewa houseboat dan menikmati keindahan Tasik Kenyir sepanjang hari.
Pulau Poh Sebagai Destinasi Pelancongan
Kawasan Pulau Poh
kini pesat membangun dengan pembinaan hotel tiga bintang, terminal jeti penumpang dan pusat rehat yang meningkatkan kemudahan pelancongan. Pusat bebas cukai pula bakal menawarkan pelbagai barangan pada harga menarik, menjadikan pulau ini destinasi rekreasi baharu di Tasik Kenyir. Secara keseluruhan, Tasik Kenyir kini menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kemudahan moden untuk pengalaman pelancongan yang lebih lengkap.
Senarai Kemudahan
- Surau
- Tempat Duduk Luaran
- Tempat Letak Kereta
Maklumat Lokasi
Waktu Pembukaan
Info Tambahan
Penaja
Penaja












