Bukan sahaja terkenal dengan pantai dan pulau, Terengganu menawarkan pelbagai lokasi percutian keluarga menarik dari taman tema air, pusat sains, zoo dan lain-lain. Setiap destinasi menjanjikan kenangan manis seisi keluarga. Sama ada untuk percutian hujung minggu atau cuti sekolah, pilihan lokasi ini pasti membuatkan percutian anda di Terengganu lebih bermakna.
Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 tempat percutian keluarga di Terengganu yang popular dan paling mendapat pujian pelawat. Sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Terengganu semakin mendapat perhatian sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia. Dikenali dengan pantai berpasir putih, pulau tropika mempesona dan kekayaan budaya tradisional, negeri ini kini menjadi pilihan bukan sahaja pelancong tempatan malah juga pelancong antarabangsa. Bukan itu sahaja, pelbagai acara dan festival tahunan seperti:
Karnival Pantai
Pesta Candat Sotong
Taman Tema Air
Pusat Sains Interaktif
Ekopelancongan Tasik Kenyir
Bagi keluarga yang ingin bercuti bersama, negeri ini menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan lokasi menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Sama ada untuk percutian hujung minggu atau cuti panjang, Terengganu menjanjikan pengalaman bercuti yang selesa, menyeronokkan dan penuh momen indah untuk seisi keluarga. Disini kami senaraikan 5 Lokasi Percutian Keluarga di Terengganu yang Paling Popular.
Kampung Laut, Cendering, Kuala Terengganu
Pusat sains terbesar di Malaysia ini mempunyai 9 galeri pameran interaktif. Antara tarikan terkini termasuk galeri Dinosaur Encounter dengan replika dinosaur animatronik, planetarium dome untuk tayangan astronomi, dan zon Sci-Kids Discovery khas untuk kanak-kanak kecil. Pengalaman pembelajaran yang interaktif ini menjadikan sains seronok untuk semua peringkat umur.
.
Aktiviti lain:
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang (jummat tutup)
Harga Tiket: Dewasa RM25, kanak-kanak (3–17 tahun) RM23, Kanak-kanak 2 tahun ke bawah percuma
±14 km dari Bandar Chukai, Kemaman
Zoo seluas 49 hektar ini menempatkan lebih 75 spesies haiwan seperti harimau, gajah dan burung eksotik. Menariknya, terdapat kolam renang dan taman permainan air untuk kanak-kanak, selain taman herba, kebun buah, taman orkid dan jambatan gantung. Kemudahan seperti sewaan buggy, kiosk cenderamata dan surau turut disediakan.
.
Aktiviti Lain:
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang
Harga Tiket: Dewasa RM15, kanak-kanak (5–12 tahun) RM10, Kanak-kanak 4 tahun ke bawah percuma
📍 Kompleks Kraftangan Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu
NACC Batik Pavilion tau Noor Arfa Craft Complex ialah pusat batik terbesar di Malaysia yang menawarkan demonstrasi pembuatan batik, aktiviti mewarna dan jualan kraftangan tempatan. Destinasi ini sesuai untuk keluarga mengenali warisan batik Terengganu.
.
✅ Aktiviti Lain:
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:30 petang
Harga Tiket: Masuk Percuma. Funland: RM10 (dewasa), RM6 (kanak-kanak).
Pulau Wan Man, Kuala Terengganu
Berkonsepkan taman tema Islam, ia menghimpunkan pelbagai monumen Islam ikonik dari seluruh dunia di satu tempat. Tarikan utamanya termasuk Masjid Kristal yang berkilauan di tepi Sungai Terengganu. Pengunjung juga boleh menikmati River Cruise menyusuri Sungai Terengganu untuk melengkapkan lawatan yang mendidik dan menghiburkan seisi keluarga.
✅ Aktiviti Lain:
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang
Harga Tiket: Masuk Percuma. Taman Monumen: RMRM25 (dewasa), RM20 (kanak-kanak).
📍 Pantai Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk ialah pantai awam paling popular di Terengganu. Sesuai untuk riadah keluarga dengan aktiviti seperti bermain layang-layang, menaiki kereta kuda dan menikmati makanan jalanan. Terdapat taman permainan, trek joging dan gerai keropok lekor serta air kelapa muda yang menyegarkan.
✅ Aktiviti Lain:
Waktu Operasi: Sepanjang Hari
Harga Tiket: Tiada Bayaran
Terengganu mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dijadikan percutian keluarga. Selain 5 tempat diatas, disini kami ada juga menyenaraikan 5 lagi tempat percutian keluarga yang popular di Terengganu:
Jika anda sudah bersedia, disini kami cadangan persiapan seblum anda memulakan percutian yang lebih lancar dan menyeronokkan. Berikut beberapa persiapan yang boleh dilakukan:
Pastikan cuaca baik sebelum bertolak. Cuaca yang baik akan membantu anda untuk melakuan aktiviti luaran.
Pilih hotel atau homestay yang berhampiran dengan lokasi pelancongan untuk memudahkan perjalanan.
Bawa pakaian sesuai dengan aktiviti seperti pakaian santai untuk ke pantai dan pakaian sopan untuk melawat masjid.
Sediakan bajet termasuk tiket masuk, makan, pengangkutan dan membeli cenderamata. Semak promosi atau pakej sebelum ke lokasi.
Percutian keluarga di Terengganu menjanjikan gabungan keindahan alam, warisan budaya, dan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Dari taman tema air, pusat sains interaktif, zoo, pantai yang memukau hingga pusat kraftangan batik, setiap destinasi memberi peluang untuk belajar, bermain dan bersantai bersama. Dengan lokasi tarikan yang berdekatan, penginapan mesra keluarga, serta makanan tempatan yang enak, Terengganu adalah pilihan ideal untuk percutian yang selesa, menyeronokkan dan penuh kenangan indah.
Terengganu bukan sekadar destinasi,
Ia adalah perjalanan penuh kenangan,
Keluarga berkongsi cerita,
Membawa pulang kenangan untuk dikenang.