Discovery Terengganu

10 Kedai Nasi Dagang Terengganu Paling Sedap & Popular

Kenali Nasi Dagang Terengganu
Pengenalan

Kenali Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang Terengganu bukan sekadar makanan, tetapi warisan budaya yang membawa identiti negeri. Setiap suapan memberikan rasa santan yang kaya, rempah kari yang wangi, dan kesegaran acar timun yang menyegarkan lidah. Bagi pengunjung ke Terengganu, hidangan ini wajib dicuba sekurang-kurangnya sekali.

Video

Saksikan Keenakan Nasi Dagang Terengganu

Sedak Dooh Nasik Dagang

Kredit video: ML Studios

Nasi Dagang Atas Tol
Warisan

Sejarah & Asal-Usul Nasi Dagang Terengganu

Selami kisah resepi turun-temurun, rempah warisan dan tradisi sarapan yang menjadi kebanggaan orang Terengganu sebelum menjejakkan kaki ke warung-warung legenda.

Kenali Sejarah Nasi Dagang Terengganu
Senarai Pilihan

10 Kedai Nasi Dagang Terengganu Paling Sedap & Popular

1Kuala Terengganu Nasi Dagang Atas Tol

Nasi Dagang Atas Tol

Jalan Hiliran, Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu

Warung Nasi Dagang Atas Tol adalah legenda sarapan di Terengganu yang begitu popular hingga kerap beratur panjang seawal subuh. Keistimewaan utama kedai ini adalah nasi dagangnya yang cukup lemak dan lembut dengan kari ikan tongkol segar yang padu rasanya. Anda digalakkan mencuba makan nasi tanpa kuah terlebih dahulu untuk benar-benar menikmati aroma nasi dagang asli di sini.

6:30 pagi – 11:30 pagi (tutup setiap Selasa & Rabu)

Ketahui Lokasi
2Kuala Terengganu Nasi Dagang Kak Pah Batu Burok

Nasi Dagang Kak Pah, Batu Burok

Sudut Selera Selera Batu Burok, Jalan Pantai Batu Burok.

Warung Kak Pah sudah lama beroperasi dan mempunyai peminat setia sejak turun-temurun. Menu utamanya tentulah nasi dagang dengan lauk gulai ikan aya (ikan tongkol), dan di sini anda boleh tambah lauk ayam goreng berempah atau telur rebus mengikut selera. Keistimewaan warung ini terletak pada nasi dagangnya yang wangi dan lembut serta gulai ikan tongkolnya yang seimbang rasa lemak manis rempah.

6:30 pagi – 10:00 pagi (anggaran; tutup selepas habis jualan)

Ketahui Lokasi
3Kuala Terengganu Kedai Nasi Dagang Kak Yah Panji Alam

Kedai Nasi Dagang Kak Yah, Panji Alam

No. 4785, Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu.

Nasi Dagang Kak Yah merupakan satu lagi nama tersohor di Kuala Terengganu. Menariknya, Kak Yah ialah kakak kepada Kak Jah (pemilik warung Nasi Dagang Kak Jah di Bukit Besar). Kedua-duanya mewarisi resepi turun-temurun keluarga. Menurut ramai pelanggan, rasa kuah kari ikan di sini “superb” dan agak unik dari segi rasa kari tradisional Terengganu dengan keseimbangan rasa lemak manis pedas yang sukar didapati di tempat lain.

7:00 pagi – 11:00 pagi (Isnin Tutup).

Ketahui Lokasi
4Kuala Terengganu Warung Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar

Warung Nasi Dagang Kak Jah, Bukit Besar

No. 1139, Jalan Pasir Panjang, Kampung Bukit Besar

Nasi Dagang Kak Jah boleh dikatakan legasi kulinari Terengganu – warung ini telah wujud sejak hampir setengah abad lalu di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Hidangan nasi dagangnya terkenal dengan harga yang sangat berpatutan (sekitar RM3.50 – RM4 sebungkus) namun porsinya murah hati, dengan lauk ikan tongkol yang diberi banyak di setiap hidangan.

7:30 pagi – 11:00 pagi (setiap hari).

Ketahui Lokasi
5Kuala Terengganu Nasi Dagang Mak Ngah Chendering

Nasi Dagang Mak Ngah, Chendering

C-140, Jalan Sekolah Chendering, Kampung Bukit

Terletak selepas Jambatan Kuala Ibai menghala ke Chendering, Nasi Dagang Mak Ngah adalah satu lagi destinasi otai yang sangat popular di kalangan orang tempatan mahupun pelancong. Malah, kedai ini sering menjadi persinggahan wajib bagi mereka yang memandu melalui jalan pantai Kuala Terengganu-Kuantan untuk bersarapan. Menurut papan tanda di kedainya, Mak Ngah Nasi Dagang telah mula beroperasi sejak tahun 1950-an, menjadikannya warung nasi dagang turun-temurun yang sarat sejarah.

7:00 pagi – 11:00 pagi (setiap hari).

Ketahui Lokasi
6Dungun Warung Nasi Dagang Pak Din

Warung Nasi Dagang Pak Din

Kampung Batu 48, Taman Raya, Kuala Dungun, Terengganu.

Kalau anda berkunjung ke daerah Dungun, jangan lepaskan peluang untuk singgah merasai keistimewaan Kopi Power Special dan Telur Separuh Masak Herba dirumus dengan tujuh (7) jenis herba termasuk Halia Bara, serta dihidangkan bersama madu asli. Disediakan secara tradisional, menu istimewa ini bukan sahaja sedap tetapi juga penuh khasiat. Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan menu lain seperti Nasi Lemak, Nasi Minyak, Nasi Kunyit, Keropok Lekor dan banyak lagi yang pasti memikat selera.

8:00 pagi – 1:00 petang (Tutup Selasa & Rabu).

Ketahui Lokasi
7Setiu Restoran Selera Pantai Penarik

Restoran Selera Pantai, Penarik

Kampung Penarik, Setiu (berhadapan Pantai Penarik).

Ingin bersarapan nasi dagang sambil menghadap angin laut dan pemandangan pantai cantik? Singgahlah di Restoran Selera Pantai Penarik, Setiu. Terletak di tepi Pantai Penarik yang indah, restoran ini sudah beroperasi sejak tahun 1989 dan merupakan “port” sarapan & lunch paling legend di Terengganu kawasan utara. Ia terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan; setiap pagi restoran ini meriah dengan pelanggan yang singgah sebelum ke Pulau Redang atau dalam perjalanan ke Kota Bharu.

6:00 pagi – 6:00 petang (setiap hari).

Ketahui Lokasi
8Kemaman Kedai Makan Teh Yah Nasi Dagang Kemaman

Kedai Makan Teh Yah Nasi Dagang

Batu 1, Jalan Air Putih, Chukai, Kemaman.

Daerah Kemaman juga tidak ketinggalan mempunyai juadah nasi dagang tersendiri, dan Kedai Makan Teh Yah adalah destinasi yang wajib anda cuba. Terletak di pekan Chukai, kedai ini telah beroperasi sejak tahun 1991, menjadikannya sarapan bagi penduduk tempatan dan persinggahan biasa pengembara Pantai Timur. Ramai pelanggan tetap memuji rasa nasi dagangnya “tidak pernah berubah, sedap seperti 30 tahun lalu”. Gulai ikannya seimbang mengikut citarasa Terengganu sebenar.

7:30 pagi – 12:30 tengah hari (Khamis tutup).

Ketahui Lokasi
9Marang Nasi Dagang Warisan Cik Lah Marang

Nasi Dagang Warisan Cik Lah, Kelulut

Wakaf Tapai (Kampung Gong Nangka), Marang

Melengkapkan senarai, kita ke daerah Marang pula. Nasi Dagang Warisan Cik Lah merupakan sebuah warung sederhana di tepi jalan Kelulut yang telah menjadi buah mulut ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hidangan nasi dagangnya menepati resipi tradisional Terengganu – beras pulut dimasak bersama santan sehingga nasi lembut berkilat, dihidangkan bersama gulai ikan tongkol resepi turun-temurun Cik Lah yang pekat dan kaya rasa rempah.

7:30 pagi – 12:00 tengah hari (Isnin & Selasa tutup).

Ketahui Lokasi
10Marang Kedai Nasi Dagang Mak Ngah Itam

Kedai Nasi Dagang Mak Ngah Itam

Kampung Bukit Payung, 21400 Bukit Payong, Terengganu

Kedai kecil yang dianggap “hidden gem” dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong mencari Nasi Dagang autentik Terengganu. Terkenal kerana menyajikan nasi dagang dan laksam yang sedap, dihidang secara tradisional atas daun pisang serta menambah sentuhan otentik pada pengalaman bersarapan. Meskipun tanpa papan tanda rasmi, ia mudah dikenalpasti melalui kawasan sekitarnya dan panduan dari penduduk setempat. Hidangan terkenal seperti “Nasi Dagang Kahwin Mee Hoon” juga menjadi tarikan unik yang mesti dicuba.

Biasanya dibuka sejak sarapan pagi

Ketahui Lokasi
Fakta Menarik

Keunikan Nasi Dagang Terengganu

Sarapan Istimewa Jumaat

Hidangan ini sering dijadikan menu sarapan istimewa pada hari Jumaat.

Ikan Tongkol Dipilih

Ikan tongkol dipilih kerana isinya pejal dan tahan lama walaupun dimasak awal.

Acar Timun Seimbang

Acar timun berfungsi mengimbangi rasa lemak santan dan pedas kari.

Perbezaan

Nasi Dagang Terengganu vs Kelantan

Ramai keliru antara dua versi nasi dagang Pantai Timur ini. Walaupun serupa, ada beberapa perbezaan ketara dari segi beras, kuah dan citarasa.

AspekNasi Dagang TerengganuNasi Dagang Kelantan
BerasNasi dagang campur sedikit beras biasa; nasi putih kekuningan dan lembut.Campuran beras biasa dengan pulut; warna nasi lebih perang / kemerahan.
KuahGulai / kari ikan tongkol yang pekat dan lemak, tidak terlalu manis.Gulai ikan tongkol yang lebih pekat dan cenderung lebih manis.
CitarasaCenderung ke arah lemak berempah dan seimbang.Lebih manis mengikut citarasa utara.
SampinganAcar timun & lobak yang menyegarkan.Acar serupa, kadang ditambah telur atau kelapa.

*Panduan umum — citarasa sebenar mungkin berbeza mengikut resepi setiap warung.

Sorotan TikTok

Video TikTok Kepelbagaian Kedai Nasi Dagang Terengganu

@saerahriffin Nasi dagang sini memang famous. Orang local Terengganu ramai hok kabo rasa klasik ori nasi dagang ada kat @WMG❌MEEROYALE ni #warisanmekgemok #nasidagang #nasidagangterengganu #portbreakfastterengganu #kualaterengganu #terengganu #jjcmterengganu #reviewterengganu ♬ original sound - Fasha_Ariana_Official
@iylianordin Nasi dagang campur mi goreng dan keropok lekor memang sedap 📍 Mak Ngah Nasi Dagang - Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu #nasidagang #nasidagangterengganu #food #foodie #keropoklekor #keropok #terengganu #kualaterengganu #foodiemalaysia #malaysia ♬ Joget Rentak 106 - Faliq Auri

Tidak Lengkap Lawatan ke Terengganu Tanpa Menikmati Nasi Dagang Asli

Kedai Nasi Dagang Terengganu Paling Sedap & Popular

Nasi Dagang Terengganu bukan sekadar makanan, tetapi warisan budaya yang membawa identiti negeri. Setiap suapan memberikan rasa santan yang kaya, rempah kari yang wangi, dan kesegaran acar timun yang menyegarkan lidah. Bagi pengunjung ke Terengganu, hidangan ini wajib dicuba sekurang-kurangnya sekali.

Pagi Jumaat riuh di warung,

Nasi dagang harum berkuah kari,

Kuah ikan tongkol pekat beralun,

Warisan Terengganu kekal dihati.

Add a Comment

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda