- Tarikan Pelancong
- 94X3+H9, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA)
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Nostalgia Studio
Jalan Ampas

@saerahriffin Baru tahu kat Dapo Pata Kontena ni merioh semula. Sek mung mari la wat bolok sini pulok hujung minggu je deme bukok #dapopatauptownkontena #nostalgiastudiojalanampas #dapopatatokjembal #jjcmterengganu #reviewterengganu ♬ original sound - Syahirah Riffin
@nandainayzilurun #nostalgiastudiojalanampas Port baru di Dapo pata, Tok Jembal! Masuk je kawasan ni trus vibe dolu dolu zaman 60an mcm perkampungan bunian pulok rasa🤭 Sedia pitih byok ye sbb mcm mcm ada jual disini😍😍 @CEOKUTERER @AMAZING TERENGGANU 📍Nostalgia studio jalan ampas #dapopatauptownkontena #studiojalanampas #jjcm #jjcmmalaysia #foodie #ceokuterer #terengganu #portlepak #visitterengganu #cuticutimalaysia #tokjembal #cafeterengganu #tempatmenarikterengganu #cutisekolah #weekend #fypシ #fypシ゚viral #foryou ♬ Hanya di kau - Tan Sri P. Ramlee
Pengenalan Nosja
Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA),
Terletak di Dapo Pata, Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu, dikenali sebagai NoSJA membawa para pengunjung ke suasana zaman klasik era 60-an dan 70-an. Ia mengimbau kembali kenangan filem Melayu ikonik dari Studio Jalan Ampas, Singapura serta menghidupkan kembali kenangan klasik filem melayu.
Seterusnya, kawasan studio jalan ampas ini menawarkan pengalaman unik dengan dekorasi, props, dan hiasan yang menyelami jiwa seni zaman silam. Kawasan ini mencontohi zaman kegemilangan Tan Sri P. Ramlee dan filem-filem hitam putih yang mengangkat budaya serta nilai hidup melayu dahulu kala.
Pesta Makanan Jalanan
Nostalgia Studio Jalan Ampas,
Salah satu tarikan utama NoSJA adalah pelbagai vendor makanan jalanan yang menjual hidangan ikonik Terengganu. Contoh makanan yang ada di Nosja adalah keropok lekor, nasi dagang, dan minuman kopi tempatan. Lebih 50 vendor street food berhimpun di sini, menjadikan tempat ini meriah dan penuh dengan aroma makanan yang menggiurkan.
Selain itu, studio ini sering menganjurkan acara komuniti dan seni lakonan budaya. Contohnya pertandingan pakaian nostalgia, sesi fotografi bertema, dan persembahan muzik langsung yang memeriahkan lagi suasana di Dapo Pata, Tok Jembal.
Pantai Tok Jembal berdekatan dengan kawasan kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Setibanya di Dapo Pata, cari papan tanda atau kawasan dengan hiasan bertema retro yang menandakan lokasi NoSJA.













Gambar: studioampas
Pengalaman Suasana Retro
Studio ini bukan sekadar lokasi untuk mengambil gambar, ia juga adalah destinasi bagi mereka yang ingin memahami lebih dalam tentang budaya Melayu klasik. Dekorasi bertema retro dan suasana vintage membangkitkan kenangan lama, sambil memberi penghormatan kepada karya agung industri perfileman Melayu zaman silam.
Peranan Nostalgia Studio Jalan Ampas

Suasana Klasik
Kawasan ini membawa tema retro yang menampilkan elemen klasik era 60-an dan 70-an. Ia memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai suasana filem Melayu lama dalam persekitaran yang autentik.

Pelbagai Pilihan Makanan
Lebih 50 vendor makanan jalanan menyediakan hidangan asli Terengganu. Makanan yang ada seperti keropok lekor, sate dan juga minuman yang menarik pengunjung untuk mencuba pelbagai cita rasa tempatan.

Aktiviti Komuniti dan Hiburan
Acara seperti persembahan muzik langsung, dan pelbagai aktiviti komuniti kerap diadakan. Ia menjadikan destinasi santai untuk pelancong serta penduduk tempatan yang ingin menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Spot Fotografi
Dengan dekorasi yang klasik, Nostalgia Studio ini merupakan tempat yang sesuai untuk menangkap gambar yang cantik dan Instagrammable,. Oleh itu, mereka dapat mengabadikan kenangan indah dalam latar yang berbeza dan unik.
Suasana di NoSJA
Suasana Sore Nyaman di Nostalgia Studio
Lokasi ini ideal untuk dikunjungi pada waktu malam atau petang, apabila angin pantai bertiup sejuk dan memberikan suasana yang santai. Di samping menikmati pemandangan pantai yang cantik, anda boleh mengabadikan momen bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana retro yang unik. Tambahan pula, studio ini sangat popular pada hujung minggu, jadi ia adalah pilihan yang tepat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang nostalgik dan penuh makna.
Senarai Kemudahan
- Gerai Jualan
- Kupon Percuma
- Menerima Kad Kredit
- Parkir Motorsikal
- Tempat Duduk Luaran
- Tempat Letak Kereta
Salam. Tempat lepak dan menghilang stress yang paling ummppsssshhh di Kuala Terengganu setakat ni. Boleh pilih makanan dan minuman yang jarang kedapatan di tempat lain. Dan juga pilihan makanan tradisi serta makanan viral didatangkan dengan pilihan minuman kopi Brew dan air lain juga.
Boleh datang selalu dan sokmo.