Logo-Discovery-Terengganu-White-scaled
Laporan V1.0 → V2.75

Point.my — Smart Map Terengganu

Satu aplikasi web percuma yang membantu pelancong & penduduk Terengganu — peta bas live, Awang AI, direktori kerajaan negeri, 82 lokasi parking bergambar, Mod Hutan, keretapi ECRL, kamus dialek, waktu solat, kecemasan & banyak lagi. Ini laporan penuh perjalanan pembangunan dari V1.0 hingga V2.75 beserta data prestasi sebenar.

Oleh Ledakan Digital Marketing · point.my · Oktober 2026
12,685
Rekod Data Dalam Point Hari Ini
termasuk 3,101 titik di atas peta (lokasi + koordinat laluan bas) — semua dikira terus dari aplikasi produksi pada 13 Oktober 2026
🏛️ 7,071 rekod direktori kerajaan (281 agensi) 🛣️ 9 laluan bas dilukis penuh ikut jalan sebenar (1,550 titik) 📖 831 perkataan kamus dialek 🏘️ 682 kampung dikenali Awang AI 🕌 556 masjid & surau 🚏 504 hentian bas 📰 190 artikel panduan 📸 166 tempat menarik 🚑 157 kemudahan kecemasan 🅿️ 82 lokasi parking bergambar 🛥️ 65 houseboat Tasik Kenyir 🏨 54 penginapan 🎉 53 acara Terengganu 🗺️ 50 lokasi Point GO 🌊 419 hari ramalan pasang surut 🎓 42 institusi pengajian 🚕 41 teksi berlesen 🆘 35 talian kecemasan 📅 28 cuti umum & sekolah 🏫 26 sekolah menengah ⚡ 20 stesen pengecas EV 🚉 12 stesen ECRL 🍽️ 12 Rakan Point tempat makan ✈️ 18 penerbangan TGG 📗 11 Surah & Fadhilat 🏛️ 10 nota sejarah
📊 Prestasi Sebenar

Prestasi sejak pelancaran — Julai hingga Oktober 2026

Angka di bawah diambil terus dari Google Analytics 4 (1 Julai – 12 Oktober 2026) — semuanya trafik organik, tanpa sebarang iklan berbayar.

10,621
Jumlah Pengguna
Pengguna unik sejak Julai 2026 · 2,040 dalam 28 hari terakhir
314,652
Jumlah Interaksi
Setiap klik, buka feature & navigasi direkod GA4
29.6
Interaksi / Pengguna
Purata masa penglibatan 1m 17s setiap pengguna — mereka guna app ni
3,050
Pengguna Buka Feature
Solat, makan, EV, kecemasan & lain-lain — dibuka 17,821 kali

Pengguna Aktif Bulanan

Pengguna unik setiap bulan · Oktober setakat 12 hari
Julai2,409
Ogos4,894
September2,672
Okt (1–12)1,028
💡 Ogos ialah bulan tertinggi setakat ini. Purata semasa sekitar 2,000–2,700 pengguna sebulan (September 2,672; 28 hari terakhir 2,040).

Pengguna Aktif ikut Bandar

Top 7 bandar · pengguna aktif
Kuala Lumpur5,181
Kuala Terengganu670
Kota Bharu276
Puchong248
Shah Alam234
Petaling Jaya221
Kajang197
💡 Hampir separuh pengguna dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang — tepat dengan sasaran Point: rakyat Malaysia yang merancang percutian ke Terengganu.

Sumber Pengguna Baharu

Pengguna ikut sumber pertama · dibundarkan GA4
Terus (direct)3.7K
Portal DT2.2K
Facebook2K
Threads2K
Google369
💡 discoveryterengganu.com ialah penyumbang pengguna baharu kedua terbesar — sinergi terus dengan portal induk. Facebook = gabungan facebook.com, lm. & m.facebook.com.

Feature Paling Digunakan

Bilangan acara (bilangan pengguna) · Julai – Oktober 2026
Pilih laluan bas18,187 (8,165)
Senarai makan2,169 (1,183)
Tab acara1,497 (621)
Carian dialek1,027 (37)
Hubungi kedai632 (392)
Tanya Awang AI553 (197)
Amaran cuaca462 (254)
💡 1,183 pengguna membuka direktori tempat makan (2,169 kali) dan 392 pengguna terus menekan butang hubungi — bukti direktori Rakan Point mendapat perhatian sebenar.
📌 Sumber data: Google Analytics 4, property point.my (Ledakan Digital Marketing), tempoh 1 Julai – 12 Oktober 2026 (data GA4 bermula Julai 2026), dibaca pada 13 Oktober 2026. Angka bandar & feature adalah tepat; sumber pengguna dibundarkan oleh GA4. Pengguna unik keseluruhan lebih rendah daripada jumlah bulanan kerana pengguna yang kembali dikira sekali sahaja.
🛤️ Perjalanan Pembangunan

Dari V1.0 ke V2.75 — dalam 4 bulan

Point dibina secara berperingkat dari 19 Jun hingga 13 Oktober 2026 — 27 keluaran berversi, setiap satunya boleh disahkan dari changelog dalam-app dan arkib keluaran.

🚌
V1.019 – 21 JUN 2026
Asas Peta Pintar
Peta bas BAS.MY live dari data GTFS rasmi data.gov.my — laluan, hentian & jadual ketibaan setiap hentian (arah pergi/balik) · tempat menarik bergambar dengan panduan "naik bas apa, turun mana" · pemandu teksi berlesen (Call/WhatsApp) · papan penerbangan langsung Lapangan Terbang Sultan Mahmud · boleh dipasang sebagai app (PWA).
🚏 394 hentian🛣️ 9 laluan ikut jalan sebenar📸 166 tempat🚕 42 teksi✈️ Flight live
🕌
V1.122 – 27 JUN 2026
Info Harian & Direktori
Waktu solat zon Terengganu · cuaca semasa + ramalan 4 hari · ramalan pasang surut (penting untuk aktiviti pantai & memancing) · direktori masjid & surau seluruh Terengganu · direktori penginapan · acara Kalendar COE 2026 · talian kecemasan · tour pengenalan automatik untuk pengguna baru.
🕌 556 masjid & surau🏨 54 penginapan🌊 419 hari tide🎉 40 acara🆘 27 talian
🍽️
V1.228 JUN – 3 JUL 2026
Komuniti & Rakan Point
Direktori tempat makan dengan status Buka/Tutup live ikut waktu operasi sebenar · pelancaran model kerjasama Rakan Point — kad premium pertama: Jomo By The River · direktori 20 stesen Cas EV ditanda atas peta · direktori 65 houseboat Tasik Kenyir (Call/WhatsApp/media sosial) · penambahbaikan carian & antara muka.
🏅 Rakan Point pertama🍽️ Direktori makan live⚡ 20 stesen Cas EV🛥️ 65 houseboat Kenyir
🆘
V1.34 JUL 2026
Keselamatan & Pelancaran Awam
SOS lokasi GPS 1-tap — hantar koordinat tepat ke kenalan kecemasan melalui WhatsApp, dengan pilihan SMS yang berfungsi walau isyarat lemah · simpanan kenalan kecemasan · pelancaran awam di media sosial.
📈 ~800 pengguna baru hari puncak (GA4)📍 SOS WhatsApp + SMS
✨
V1.45 – 7 JUL 2026
Kompanion Perjalanan Penuh
10 pembaharuan besar merangkumi ibadah (Arah Kiblat, Mode Musafir, countdown solat offline), keselamatan nyawa (Flare Mode, Info Medik), perjalanan EV, dan komuniti.
🧭 Arah Kiblat🧳 Mode Musafir🔦 Flare Mode🩺 Info Medik⚡ EV Route Planner📍 Tempat Berhampiran
🅿️
V1.5.2JUL 2026
Parking, Amaran Cuaca & Privasi
Tanda Parking — tanda lokasi kereta, navigate balik guna kompas + jarak · anggaran kos parking dengan timer live untuk 10 lokasi Terengganu, plus kaunter bayar parking/saman MBKT · amaran cuaca rasmi MET Malaysia (Ribut Petir, Laut Bergelora, Siklon) terus dalam pill Cuaca · laluan bas ditukar ikut jalan sebenar · Dasar Privasi penuh boleh dibaca dalam app.
🅿️ 10 lokasi kadar parking⚠️ Amaran rasmi MET🔒 Dasar Privasi🏠 Kunci lokasi kediaman
⛽
V1.6JUL 2026
Kos Perjalanan & Dwibahasa
Kalkulator kos minyak + tol penuh — pilih laluan & kereta (25+ model), terus tahu kos KT⇄KL, Kuantan, Dungun · senarai lengkap R&R sepanjang laluan + amaran gap tanpa pam minyak · odometer pintar yang belajar km/L sebenar kereta anda · jana resit kongsi untuk WhatsApp · penjejakan jimat BUDI95 · seluruh app kini dwibahasa BM/EN penuh.
⛽ Kos minyak + tol🧾 Kongsi resit📊 Odometer pintar🌐 Dwibahasa penuh
🗺️
V1.7JUL 2026
Point GO — Rancang Sehari
Pilih minat & tempoh, Point susunkan itinerari lengkap: tempat menarik, tempat makan, waktu solat & cuaca · 3 pilihan pelan setiap kali + butang Tukar untuk ganti tempat & kira semula masa · laluan atas peta bernombor 1, 2, 3… bersambung garisan · pintar cuaca & solat — hujan? utamakan tempat dalaman; masuk waktu solat? selit masjid berdekatan · kongsi ke WhatsApp / buka Google Maps / simpan.
🗺️ 50 lokasi terkurasi🔀 3 pilihan pelan🌦️ Sedar cuaca & solat💬 Kongsi & navigate
🤖
V1.826 JUL 2026
Kenalkan Awang AI
Bukan chatbot padan kata kunci — tanya macam tanya kawan: "kafe cantik untuk kerja online kat KT" dan Awang bagi cadangan tepat + sebab kenapa padan · faham soalan bercampur — "waktu flight & masuk waktu solat Zohor" dijawab sekali gus · merujuk 191 artikel Discovery Terengganu bila data Point tak cukup · jujur — takda dalam rekod, Awang terus terang cakap tak tahu, bukan mengarut · dwibahasa automatik.
🤖 Awang AI (Beta)📚 191 artikel dirujuk🎯 Tak reka jawapan🌐 BM / EN automatik
🌳
V1.8128 JUL 2026
Jejak Hutan & Bantuan Lebuhraya
Jejak Masuk Hutan — tanda titik jejak masa masuk, Point pandu anda balik ikut titik yang SAMA, bukan garis lurus; kompas & jarak tetap jalan walau tiada signal · "Tanda Parking" jadi Jejak Balik · Bantuan Lebuhraya — Point kesan anda di KM berapa, terus tunjuk talian bantuan betul + butang Call · switch arah KT⇄KL untuk Tol & Hentian · GPS setiap R&R disemak admin satu per satu.
🌳 Jejak hutan offline🛣️ Bantuan Lebuhraya🧭 Switch arah KT⇄KL📍 GPS R&R disemak
🏍️
V1.8229 – 31 JUL 2026
Acara Dalam Peta — RXZ Members 8.0
Butang khas muncul di peta sepanjang acara RXZ Members 8.0 (31 Julai – 1 Ogos, Litar Permotoran Terengganu) — jadual penuh 2 hari, 25 slot dengan penanda sedang berlangsung · 19 kemudahan & promosi sepanjang laluan: makan percuma, masjid yang buka pintu untuk rider tidur, pit stop, welding exzos percuma, diskaun kedai — dari Kuantan hingga Terengganu · poster acara terus atas peta dengan pan perlahan + butang Tunjuk Arah.
🏍️ 25 slot jadual acara🕌 19 kemudahan laluan🎟️ Poster atas peta
☀️
V1.9AWAL OGOS 2026
Mod Terang
Light Mode untuk seluruh app — peta, carian, Awang AI, setiap modal kini ada versi terang yang kemas & senang dibaca waktu siang. Ikon header berubah ikut mod (☀️ terang / 🌘 gelap) supaya senang tahu mod semasa sekali pandang.
☀️ Mod Terang penuh🌙 Ikon ikut mod
🚒
V2.0AWAL OGOS 2026
Kemudahan Kecemasan Se-Terengganu
157 kemudahan kecemasan — polis, hospital, klinik, bomba & APM seluruh Terengganu, disusun ikut 8 daerah dan disahkan sendiri di lapangan (GPS + nombor rasmi PDRM/JBPM/KKM/APM) · Nombor Kecemasan diperluas dengan IPD untuk semua 8 daerah · Awang AI naik ke V2.0 — belajar nama 682 kampung Terengganu · GPS setiap Plaza Tol, R&R & Hentian Sebelah KL⇄Terengganu disemak manual oleh admin.
🚓 64 balai polis🏥 58 klinik · 9 hospital🚒 19 bomba · 7 APM🏘️ 682 kampung
🎯
V2.1AWAL OGOS 2026
Ketepatan & Kejujuran
Audit menyeluruh 556 rekod masjid/surau — label daerah dibetulkan untuk 10+ rekod · Awang AI beri jawapan tepat untuk Info Medik, Flare Mode, Arah Kiblat, Mod Musafir, Bantuan Lebuhraya, Tol & Hentian — tak lagi tersasar ke topik lain · carian stesen EV ikut nama terus (cth "Mydin Mall Gong Badak") bagi kW & harga tepat tanpa GPS · Panduan Penggunaan ditambah langkah Kemudahan Kecemasan.
🕌 Audit 556 masjid🤖 Awang AI lebih tepat⚡ Carian EV ikut nama
📖
V2.24 – 5 OGOS 2026
Kamus Dialek Terengganu
831 perkataan Dialek Tranung dengan maksud penuh + ayat contoh sebenar, dari buku Kosakata Dialek Terengganu oleh Sharif Putera · Awang AI faham bila anda BERCAKAP Ganu — taip "nok makan sedak kat mane" dan Point terus faham; 2,849 kata loghat dikenali, semuanya diproses dalam telefon · carian utama kenal kata dialek + cadang ejaan hampir sama · Surah & Fadhilat (11 kad) dalam Waktu Solat · Hubungi Point terus ke WhatsApp · garisan 9 laluan bas dibaiki ke koordinat penuh.
📖 831 perkataan dialek🗣️ 2,849 kata loghat dikenali📗 11 Surah & Fadhilat🚌 Laluan bas lebih tepat
🏛️
V2.35 – 7 OGOS 2026
Direktori Kerajaan Terengganu
Tanya Awang AI "nombor JKR", "siapa Datuk Bandar KT" atau "emel Pejabat Tanah" — terus dapat nama, jawatan, telefon pejabat & sambungan. 7,071 rekod dari 281 jabatan, agensi, majlis & badan berkanun · dan carian ini dijawab dalam telefon anda — tidak dihantar ke mana-mana pelayan AI, jadi ia percuma, serta-merta, dan peribadi.
🏛️ 7,071 rekod pegawai🏢 281 agensi💼 1,713 jawatan☎️ 851 nombor telefon🔒 Sifar-token · dalam telefon
🚉
V2.46OGOS – SEP 2026
Keretapi ECRL
Tab baharu dalam Pengangkutan — 12 stesen sepanjang laluan pantai timur, tukar antara Ekspres (berhenti terpilih) dan Transit (berhenti semua), tekan stesen untuk lihat di peta + Navigate GPS · setiap stesen bawa tahap keyakinan lokasi (disahkan / anggaran / belum disahkan) — contohnya stesen "Kuala Terengganu" sebenarnya di Kg Durian Guling, Marang · hentian BAS.MY terdekat ditanda 🚅 ECRL Terdekat. Tambang & jadual belum diumumkan rasmi, jadi kami tidak menyiarkannya.
🚉 12 stesen⚡ Ekspres / Transit📍 Tahap keyakinan lokasi🚌 Sambungan bas
🔁
V2.60SEP 2026
Cadang Laluan Tukar Bas
Cadang Laluan naik taraf — Point kini boleh cari perjalanan yang perlu tukar bas sekali di Terminal MBKT, bukan laluan terus sahaja · arah bas disahkan dengan data arah balik BAS.MY GTFS rasmi · nombor bas, tempat naik, tempat tukar & tempat turun dalam satu mesej — lihat di peta atau kongsi ke WhatsApp.
🔁 Tukar bas di MBKT🧭 Arah GTFS disahkan💬 Kongsi WhatsApp
🅿️
V2.6728 SEP 2026
Lokasi Parking & Rupa Baharu
Lokasi Parking dalam Jejak Balik — parking sekitar Kuala Terengganu & Kuala Nerus disusun ikut jarak, tapis Percuma/Berbayar, kadar, waktu & pengendali · 5 parking terdekat dalam panel GPS, dan bila anda tanda kereta di parking yang dikenali, Point terus pilih kadar yang sepadan untuk pemasa · butang disusun semula supaya peta lebih lapang · rupa lebih rata & ikon app baharu · pautan acara dari Discovery Terengganu terus buka Point di venue.
🅿️ Parking ikut jarak📍 Parking terdekat GPS🎨 Rupa baharu🔗 Pautan acara terus
📸
V2.68 – V2.6928 SEP 2026
Parking Atas Peta & Buka Dalam Chrome
Kesemua 82 parking kini ada foto sebenar tinjauan Discovery Terengganu — pin bergambar atas peta dengan kadar, kad di bawah yang ikut peta, dan GPS terus kesan parking terdekat · senarai acara dikemaskini (53 acara, gaya helaian kalendar) · link Point yang dibuka dalam Threads, Facebook, Instagram atau TikTok kini ditawarkan untuk buka dalam Chrome supaya GPS berfungsi penuh.
📸 82 parking bergambar🗺️ Mod peta parking🎉 53 acara🌐 Buka dalam Chrome
🌳
V2.7028 SEP 2026
Mod Hutan
Jejak Masuk Hutan kini skrin penuh — laluan & titik dilukis atas peta · senarai semak sebelum masuk: simpan peta kawasan ke dalam telefon supaya peta masih nampak tanpa signal, dan beritahu rakan melalui WhatsApp (lokasi pintu masuk + jam jangka keluar) · kiraan "patah balik sebelum senja" ikut waktu Maghrib · peta topo (kontur & sungai) bila ada internet.
📥 Peta luar talian🌅 Kiraan senja📲 Beritahu rakan🗺️ Peta topo
💳
V2.711 OKT 2026
Parking MBKT Tanpa Tunai
Selaras notis MBKT berkuat kuasa 1 Oktober 2026 — bayaran parking zon MBKT melalui aplikasi Setel atau kod QR (RM0.60 sejam, pas bulanan RM100) · butang Setel pada setiap parking MBKT dalam senarai & peta, dan bila anda tanda kereta di lot MBKT — di Android ia terus membuka app Setel.
💳 Bayar guna Setel🅿️ 19 lot MBKT📲 Terus buka app
🔗
V2.72 – V2.741 – 2 OKT 2026
Pautan Terus & Dijumpai di Google
Setiap ciri ada pautan sendiri — point.my/parking, point.my/solat, point.my/awangai dan 24 lagi; sesiapa yang tekan terus masuk ke ciri berkenaan · Peta Laman dalam app · pintasan ikon app di Android · preview pautan ikut ciri bila dikongsi di WhatsApp/Facebook/Threads · setiap pautan ada kandungan penuh, soalan lazim & data berstruktur supaya Point muncul di Google dan jawapan AI · zon waktu solat Dungun dibetulkan ikut JAKIM (TRG04).
🔗 27 pautan ciri🗂️ Peta Laman🔎 SEO Google & AI🕌 Zon solat Dungun
☕
V2.7513 OKT 2026TERKINI
Rakan Point Bertambah
Rakan Point baharu Parsley Cafe (Tanjung, Kuala Terengganu) — kini 12 Rakan Point dalam direktori tempat makan · kad "Daftar di sini" di bawah senarai Tempat Makan supaya pemilik kedai boleh terus mendaftar.
⭐ 12 Rakan Point🏪 Daftar terus dari app
📌 Nota ketepatan: V1.0–V1.3 direkonstruksi daripada sejarah pembinaan aplikasi (257 snapshot antara 19 Jun – 7 Jul 2026). V1.4 hingga V2.75 diambil terus daripada changelog rasmi dalam aplikasi. Tarikh tepat digunakan di mana ia boleh disahkan daripada arkib keluaran; selainnya julat bulan diberi — kami tidak menganggar tarikh. Angka dalam setiap kad ialah angka pada masa keluaran itu; jumlah terkini ada di bahagian atas laporan. V2.75 ialah label kemaskini rasmi semasa yang dipaparkan dalam aplikasi.
✨ Kemaskini V2.75

Parking bergambar, Mod Hutan & Point di Google

Sejak laporan V2.3 (Ogos 2026), Point menambah 82 lokasi parking bergambar dengan bayaran Setel, Mod Hutan skrin penuh, keretapi ECRL dan pautan terus untuk setiap ciri. Di bawah ialah ciri terbaharu diikuti ciri teras yang terus beroperasi.

🅿️ Baharu — Parking
📸
82 Lokasi Parking Bergambar
Setiap parking sekitar Kuala Terengganu & Kuala Nerus ada foto sebenar tinjauan Discovery Terengganu, kadar, waktu operasi & pengendali — disusun dari yang paling dekat dengan anda.
🗺️
Parking Atas Peta
Pin bergambar dengan harga terus atas peta, kad di bawah yang ikut peta bila dileret, dan GPS terus kesan lokasi anda — macam pengalaman app peta premium.
💳
Bayar MBKT Guna Setel
Mulai 1 Oktober 2026 parking zon MBKT tanpa tunai. Butang Setel pada 19 lot MBKT — di Android terus membuka app Setel; iPhone dibawa ke App Store.
⏱️
Pemasa Kos Pintar
Tanda kereta di parking yang dikenali dan Point terus pilih kadar sepadan untuk anggaran kos live — ikut peraturan rasmi termasuk Jumaat & cuti umum percuma.
🌳 Baharu — Mod Hutan
📥
Peta Luar Talian
Di pintu masuk denai, simpan peta kawasan ~2 km ke dalam telefon — peta, laluan & titik jejak masih nampak tanpa signal. Dipadam automatik bila jejak tamat.
🌅
Patah Balik Sebelum Senja
Kiraan dari waktu Maghrib sebenar ikut zon solat, tolak masa yang dah dihabiskan berjalan masuk — warna bertukar hijau, kuning, merah.
📲
Beritahu Rakan
Satu tekan hantar lokasi pintu masuk & jam jangka keluar melalui WhatsApp — dengan arahan hubungi 999 jika tidak dihubungi.
🧭
Pandu Keluar Ikut Titik
Point pandu anda keluar ikut titik jejak yang SAMA, bukan garis lurus — kompas & jarak tetap berfungsi walau tiada signal langsung.
🔎 Baharu — Mudah Dijumpai & Dikongsi
🔗
27 Pautan Terus
point.my/parking, point.my/masjid, point.my/awangai dan lain-lain — kongsi satu pautan, penerima terus masuk ke ciri itu. Peta Laman dalam app senaraikan semuanya.
🔎
Muncul di Google & AI
Setiap pautan ada kandungan penuh, soalan lazim & data berstruktur — supaya Point muncul bila orang cari "masjid di Terengganu" atau bertanya kepada AI.
🌐
Buka Dalam Chrome
Pengguna yang buka link dari Threads, Facebook atau Instagram ditawarkan buka dalam Chrome — supaya GPS, parking terdekat & arah berfungsi penuh.
🚉
Keretapi ECRL & Tukar Bas
12 stesen ECRL dengan tahap keyakinan lokasi, dan Cadang Laluan kini boleh merancang perjalanan yang perlu tukar bas di Terminal MBKT.
🏛️ Direktori Kerajaan (V2.3)
🏛️
7,071 Rekod Pegawai
Seluruh direktori kerajaan negeri Terengganu — 281 jabatan, agensi, majlis & badan berkanun, 1,713 jawatan dan 851 nombor telefon pejabat. Tanya "nombor JKR" atau "siapa Datuk Bandar KT", terus dapat nama, jawatan, telefon & sambungan.
🔒
Dijawab Dalam Telefon Anda
Carian direktori tidak dihantar ke mana-mana pelayan AI — ia berjalan sepenuhnya atas peranti anda. Ertinya: serta-merta, percuma, tiada kos token, dan soalan anda kekal peribadi. Enjin carian dibina khas untuk Point.
🛡️
Kontak Rasmi Sahaja
Emel peribadi (gmail/yahoo/hotmail) dan semua nombor telefon bimbit ditapis keluar sebelum data dimasukkan — hanya talian pejabat rasmi disimpan. Keputusan reka bentuk yang disengajakan demi privasi pegawai.
🔎
Faham Cara Orang Tanya
Enjin carian kenal singkatan & nama panggilan (SUK, PBT, MBKT), abaikan perkataan yang terlalu umum, dan padankan nombor telefon separa. Tanya "Pejabat Tanah Dungun" — dapat Pejabat Tanah Dungun, bukan ratusan rekod yang ada perkataan "tanah".
🤖 Awang AI — pembantu pintar Point
💬
Tanya Macam Tanya Kawan
Bukan padanan kata kunci. Tanya "kafe cantik untuk kerja online kat KT" — Awang bagi cadangan tepat + sebab kenapa padan. Boleh jawab soalan bercampur sekali gus, dan menjawab dalam bahasa yang anda guna.
🗣️
Faham Loghat Ganu
Taip macam orang Ganu — "nok makan sedak kat mane" — Point terus faham. 2,849 kata loghat dikenali, semuanya diproses dalam telefon tanpa dihantar ke mana-mana.
🎯
Jujur, Tak Reka Cerita
Takda dalam rekod, Awang terus terang cakap tak tahu dan bagi cadangan lain — bukan mengarut jawab. Untuk kata dialek yang tiada dalam senarai, ia rujuk anda ke kamus penuh, bukan meneka maksud.
📚
Rujuk 191 Artikel Panduan
Bila data dalam Point tak mencukupi, Awang menyelongkar 191 artikel Discovery Terengganu — dari sejarah, kuih tradisional, sampai itinerari percutian — untuk jawapan yang lebih lengkap.
📖 Bahasa, Warisan & Kemudahan Awam
📖
Kamus Dialek Terengganu
831 perkataan Dialek Tranung dengan maksud penuh & ayat contoh sebenar, dari buku Kosakata Dialek Terengganu oleh Sharif Putera. Cari ikut kata atau huruf A–Z — berfungsi tanpa internet.
🚑
157 Kemudahan Kecemasan
Polis (64), klinik (58), bomba (19), hospital (9) & APM (7) seluruh Terengganu, disusun ikut 8 daerah dan disahkan sendiri di lapangan — GPS + nombor rasmi PDRM/JBPM/KKM/APM.
🌳
Jejak Balik Hutan
Tanda titik jejak masa masuk hutan, Point pandu anda keluar ikut titik yang SAMA — bukan garis lurus merentas belukar. Kompas & jarak terus berfungsi walaupun tiada signal langsung.
📗
Surah & Fadhilat
Tab dalam Waktu Solat dengan 11 kad boleh leret — Al-Mulk, Al-Kahfi, Ayat Kursi dan lain-lain — beserta fadhilat ringkas setiap satu. Panduan maklumat, bukan fatwa.
🕌 Ibadah & Waktu Solat
🧭
Arah Kiblat
Kompas Kiblat dengan bearing great-circle yang disahkan tepat (291° dari Kuala Terengganu). Kompas live guna sensor telefon dengan penstabilan isyarat + auto-detect lokasi sebaik tab dibuka — setanding app kompas premium.
🧳
Mode Musafir
Panduan jamak & qasar dengan angka fiqh rasmi (2 marhalah / 81km — keputusan Muzakarah Kebangsaan). Waktu solat dipaparkan berpasangan, kaunter hari musafir, dan cadangan automatik bila jauh dari kediaman. Prinsip: app memaklumkan, bukan berfatwa.
⏱️
Countdown Waktu Solat
"Asar dalam 47 minit" — countdown live ke waktu seterusnya, data JAKIM disimpan sebulan dalam peranti supaya berfungsi tanpa internet (penting di pulau & kawasan pedalaman).
🕌
Direktori Masjid Dinaiktaraf
556 masjid & surau seluruh Terengganu dengan jarak dari lokasi anda + daerah. Masjid pelancongan utama dipautkan terus ke Discovery Terengganu.
🆘 Keselamatan Nyawa
🔦
Flare Mode
Isyarat cahaya SOS Morse & strobe + wisel kecemasan dari speaker telefon — membantu pasukan mencari menjumpai anda pada waktu malam. Berfungsi sepenuhnya offline.
🩺
Info Medik Kecemasan
Simpan alahan, ubat & penyakit — auto dimasukkan dalam mesej SOS dan kad responder skrin penuh. Data kekal dalam peranti sahaja, tidak dihantar ke mana-mana pelayan (mesra PDPA).
🗺️ Perjalanan & Penerokaan
⚡
EV Route Planner
Kalkulator hentian mengecas KL⇄Kuala Terengganu ikut model kereta & bateri semasa — stesen pengecas sebenar sepanjang laluan, setiap angka disemak dengan data pengecas yang disahkan.
📍
Tempat Berhampiran
Satu butang — 166 tempat menarik disusun ikut jarak sebenar dari anda. Pelancong di tengah bandar terus nampak apa yang paling dekat.
🌏
Peta Seluruh Semenanjung
Peta kini boleh diterokai seluruh Semenanjung Malaysia — menyokong perancangan perjalanan dari mana-mana negeri ke Terengganu.
🎉
Acara Auto-Kemaskini
53 acara Terengganu dengan kiraan hari automatik — acara tamat dibuang sendiri, yang berlangsung ditanda live. Poster rasmi boleh dibuka terus dari penanda peta, dan pautan acara dari Discovery Terengganu terus buka Point di venue.
💛 Komuniti
💛
Sokong Point.my
Saluran sumbangan sukarela (DuitNow QR + perbankan) untuk pengguna yang mahu membantu menampung kos server — supaya Point kekal percuma untuk semua.
📲
Boleh Dipasang (PWA)
Point boleh dipasang terus ke skrin utama telefon macam app biasa — tanpa App Store, tanpa muat turun besar, sentiasa versi terkini.
➕ Turut beroperasi: Point GO (perancang itinerari sehari, 50 lokasi) · kalkulator kos minyak + tol dengan 25+ model kereta & penjejakan BUDI95 · Bantuan Lebuhraya ikut KM · kaunter bayaran parking/saman MBKT · Mod Terang & Gelap · tour pengenalan automatik · modal "Apa Yang Baru" pada setiap kemaskini · Hubungi Point terus ke WhatsApp.
⚙️ Di Sebalik Tabir

Kenapa Point laju & boleh guna tanpa internet

Point bukan laman direktori biasa. Tiga keputusan teknikal ini yang membezakannya:

📶
Offline Dahulu
Peta, direktori kerajaan, kamus dialek, waktu solat, nombor kecemasan & peta hutan yang disimpan terus berfungsi tanpa talian. Penting di pulau, Tasik Kenyir & kawasan pedalaman — kerana kecemasan tidak menunggu coverage.
🚌
Bas Live Tanpa Beban
Kedudukan bas BAS.MY ditarik dari suapan GTFS-realtime rasmi kerajaan setiap 30 saat dan dinyahkod dengan penghurai yang ditulis khas — menjimatkan ratusan kilobait data mudah alih setiap kali dibuka.
💰
AI Yang Tahu Kawal Kos
Soalan biasa dijawab terus dalam telefon (sifar kos). Model AI hanya dipanggil bila benar-benar perlu, dengan siling belanja harian dikuatkuasakan di pelayan — supaya Point kekal percuma dan tidak boleh "terbakar" bil.
🌐
Dwibahasa Sepenuhnya
1,331 rentetan teks diterjemah penuh BM ⇄ English — splash, tour, setiap menu dan modal. Sedia dikongsi dengan pelancong antarabangsa tanpa masalah bahasa.
🔒 Privasi: koordinat GPS anda tidak pernah dihantar ke pelayan kami. Info medik, lokasi kereta, gambar parking & jejak hutan kekal dalam telefon anda sahaja. Carian direktori dan kamus dialek diproses atas peranti — tidak menyentuh mana-mana pelayan AI.
🏗️ Asas Sedia Ada

29 modul — semuanya sudah beroperasi

Bukan senarai hasrat. Setiap satu di bawah sudah live dalam Point hari ini dan boleh diuji sendiri di point.my:

🏛️ Direktori kerajaan 7,071 rekod · 281 agensi 🤖 Awang AI dwibahasa (BM/EN) 🚌 Peta bas BAS.MY live + jadual setiap hentian (GTFS rasmi) 🚏 504 hentian · 9 laluan penuh 📖 Kamus dialek 831 perkataan 📸 166 tempat menarik dengan gambar & kategori 🕌 556 masjid & surau ikut daerah 🚑 157 kemudahan kecemasan (8 daerah) 🗺️ Point GO — itinerari sehari automatik 🚕 41 pemandu teksi berlesen (Call / WhatsApp) 🍽️ Direktori tempat makan + 12 Rakan Point 🏨 Direktori penginapan ikut daerah 🛥️ 65 houseboat Tasik Kenyir 🌊 Ramalan pasang surut 419 hari ⛽ Kira kos minyak + tol (BUDI95) ⚡ 20 stesen Cas EV + route planner ✈️ Papan penerbangan langsung TGG 🌦️ Cuaca, marin, kualiti udara + amaran rasmi 🕋 Waktu solat, kiblat & mod musafir 📌 Jejak Balik & Mod Hutan (peta luar talian) 🅿️ 82 lokasi parking bergambar + bayar MBKT guna Setel 🆘 SOS lokasi GPS 1-tap (WhatsApp & SMS) 🎉 53 acara + poster atas peta 📞 Direktori talian kecemasan Terengganu 🚉 Keretapi ECRL — 12 stesen 🔁 Cadang Laluan (tukar bas di Terminal MBKT) 🔗 27 pautan terus ke setiap ciri + Peta Laman
🏛️ Sumber data yang dipercayai: laluan, hentian & kedudukan bas langsung dari GTFS-realtime rasmi data.gov.my · amaran cuaca rasmi MET Malaysia (data.gov.my) · waktu solat dari data JAKIM · direktori kerajaan dari iDirektori Kerajaan Negeri Terengganu · kemudahan kecemasan disahkan dengan PDRM / JBPM / KKM / APM · kamus dialek dari buku Kosakata Dialek Terengganu oleh Sharif Putera · acara dari Kalendar COE rasmi negeri & Discovery Terengganu · foto parking dari tinjauan lapangan Discovery Terengganu · kadar parking MBKT dari notis rasmi MBKT & Setel · kadar fiqh musafir dari keputusan Muzakarah Kebangsaan.
📣 Ruang Jenama

Inventori pengiklanan yang sudah beroperasi

Ini bukan cadangan atas kertas — enam ruang jenama di bawah semuanya sudah live dalam Point hari ini, dan 12 Rakan Point sudah pun beroperasi:

🏅
Kad Premium Rakan Point
Kad direktori tempat makan dengan gambar cover besar, status Buka/Tutup live mengikut waktu operasi sebenar, badge Rakan Point, butang hubungi & arah. Direktori makan dibuka 2,169 kali oleh 1,183 pengguna sejak Julai 2026.
👑
Saranan Carian GOLD
Mesej jenama anda berputar dalam kotak carian utama — teks warna gold eksklusif yang dilihat setiap pengguna di skrin pertama. Terhad kepada 3 slot premium sahaja.
🍽️
Hint "Dah try ke...?"
Saranan mesra dalam carian — "Dah try ke makan di {kedai anda}?" — promosi natural yang tidak mengganggu pengalaman pengguna.
📍
Rakan Point Berdekatan
Seksyen "Rakan Point Berdekatan" dalam Cadangan Hari Ini yang tunjuk rakan yang sedang buka berhampiran pengguna — dan badge ⭐ Rakan Point dalam itinerari Point GO bila kedai anda masuk dalam pelan perjalanan.
🤝
12 Rakan Point Aktif
Jomo By The River (Rakan Point pertama) · Chocacake Cake Cafe · Butterroo Cafe · Restoran Singgang Budu · Paddock Cafe @ TER · Xofitiam · Nasi Dagang Atas Tol · Restoran Pior Ganu · Ziq Bakery And Cake · Kunyek2 · The Syrup Vs Soda · Parsley Cafe — bukti model kerjasama ini sudah berjalan, bukan sekadar rancangan.
🏆
Slot Premium Sponsored BARU
Satu slot penaja di bawah senarai Tempat Makan, bergilir sama rata antara penaja (boleh diaudit) — dan slot penaja khas dalam Kamus Dialek. Kini aktif: Muslim Foods Industry & Tuisyen BijakMath.
📈
Kenapa Ia Berkesan
Point tiada iklan pihak ketiga, tiada banner, tiada pop-up rambang. Jenama Rakan Point muncul hanya dalam konteks yang berguna — masa pengguna sedang cari tempat makan atau merancang perjalanan. Itu sebabnya kadar interaksinya tinggi.
🛡️ Cara Kami Bekerja

Prinsip yang membezakan Point

✅Setiap angka disahkan. Kadar fiqh dari sumber rasmi Muzakarah Kebangsaan; arah Kiblat disemak dengan pengiraan bebas; data pengecas EV disahkan dengan stesen sebenar. Feature yang melibatkan nyawa & ibadah tidak dilancarkan sebelum semakan penuh.
🔒Privasi didahulukan. Lokasi kediaman, info medik & kenalan kecemasan disimpan dalam peranti pengguna sahaja — bukan di pelayan kami.
📶Direka untuk offline. Waktu solat, Flare Mode, peta asas, direktori kerajaan, kamus dialek, nombor kecemasan & jejak hutan semuanya terus berfungsi tanpa talian — kerana kecemasan tidak menunggu coverage.
🗣️Jujur dengan pengguna. Setiap had dinyatakan terang-terangan — ramalan tidak rasmi ditanda, anggaran dilabel anggaran. Kepercayaan pengguna ialah aset utama platform ini.

💼 Jenama anda dalam Point?

10,621 pengguna sejak Julai 2026 tanpa iklan berbayar — dan 1,183 daripada mereka membuka direktori tempat makan. Kini Point berkembang ke 29 modul dan 12,685 rekod data, dengan 2,000–2,700 pengguna sebulan dan 12 Rakan Point aktif. Slot Rakan Point (kad premium direktori, status Buka/Tutup live, saranan carian gold, Rakan Berdekatan & Point GO) kini dibuka untuk perniagaan Terengganu — harga Early Bird RM299 setahun sehingga 31 Disember 2026 (RM499 setahun mulai 1 Januari 2027).