DOA
Bantuan · Jabatan Pertanian

Program Rezeki Tani

Program pembasmian kemiskinan dan penambahan pendapatan untuk isi rumah berstatus eKasih yang mahu usahakan projek tani, ternakan atau perikanan hasil cepat.

Disemak · Sumber rasmi: Jabatan Pertanian

Bentuk bantuanIn-kind dan latihan mengikut keperluan projek
Had nilaiMaksimum RM10,000
Umur peserta18 hingga 60 tahun
Jenis projekHasil dalam tempoh pendek, 3 hingga 6 bulan (Quick Win Project)

Syarat permohonan

  • Berdaftar dalam Sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah sehingga 20% selepas had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
  • Berminat, berpengalaman atau sedang menjalankan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran atau pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan
  • Tidak pernah menerima sebarang bantuan ekonomi (tertakluk pertimbangan jabatan dan agensi pelaksana)
  • Berumur 18 hingga 60 tahun

Skop bantuan

  • Pertanian tanaman singkat masa
  • Penternakan dan perikanan: penambahan input projek sedia ada
  • Pemasaran hasil pertanian, penternakan dan perikanan
  • Pemprosesan dan pemasaran produk makanan dan bukan makanan berasaskan pertanian termasuk jualan makanan dan minuman

Cara memohon

  1. Dapatkan borang permohonan
  2. Kemukakan borang melalui Pejabat Pertanian Daerah terdekat di negeri tempat usahawan beroperasi (Jabatan Pertanian Negeri Terengganu: Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, tel 09-6222 444)

Jabatan Pertanian: skim lain

Perlu tahu

Sahkan kelayakan semasa dengan pejabat pertanian daerah.

Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.

Buka laman rasmi