Syarat permohonan
- Warganegara Malaysia
- Petani, penternak dan nelayan yang menjalankan aktiviti tanaman, perikanan, penternakan atau pemprosesan makanan
- Entiti perniagaan berdaftar SSM, koperasi berdaftar SKM, pertubuhan berdaftar LKIM atau LPP, atau pertubuhan bukan kerajaan berdaftar
- Pengusaha kategori kecil dan mikro dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta
- Keutamaan: aktiviti pertanian sudah berjalan, ada elemen pelancongan, belum pernah dapat geran agropelancongan KPKM, prestasi baik sekurang-kurangnya satu tahun dan tidak diisytihar muflis
Skop bantuan
- Jalan crusher run, mini tar dan pembaikan laluan masuk
- Bina dan naik taraf surau
- Bina dan naik taraf dewan, galeri jualan, tandas awam dan pusat informasi pengunjung
- Pengindahan landskap
- Longkang, perparitan dan sistem paip dalam kawasan
- Bina dan naik taraf papan tanda
Cara memohon
- Muat turun Garis Panduan Program Agropelancongan pada halaman rasmi
- Kemukakan permohonan melalui Pejabat Pertanian Daerah terdekat atau negeri tempat usahawan beroperasi
Jabatan Pertanian: skim lain
Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.