Sabtu, 19 April 2025 (Kuala Nerus)
TERENGGANU SIHAT SOKMO – HEALTHY WALK 5KM
Berjalan Bersama Demi Gaya Hidup Sihat!
Sempena Sambutan World Physical Activity Day (WoPAD) 2025, anda semua dijemput untuk menyertai “Healthy Walk 5KM Terengganu Sihat Sokmo” – satu acara berjalan santai yang penuh keseronokan dan manfaat kesihatan untuk semua peringkat umur. Lokasi program di Wellness Hub Terengganu (Klinik Kesihatan Seberang Takir) berdekatan dengan Pantai Teluk Ketapang.
✨ APA YANG MENARIK?
✅ Penyertaan akan menerima:
– T-Shirt eksklusif (Ultron)
– Medal penyertaan
– Lanyard rasmi
– Berpeluang memenangi Cabutan Bertuah dengan hadiah istimewa!
TERENGGANU SIHAT SOKMO
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui kempen Agenda Negeri Terengganu Sihat, dengan kerjasama Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad. Jom turun padang dan berjalan bersama rakyat Terengganu! Bukan sekadar langkah sihat, tetapi juga peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik, memenangi hadiah cabutan bertuah dan mencipta kenangan indah bersama komuniti.
Lokasi Program
Tarikh Acara
Acara akan berlansung dalam masa :
Untuk pertanyaan: 📞 019-945 4780 (Shukrim) 📱 011-2558 4393 (Syahirah)
✅ Pelbagai aktiviti menarik juga disediakan:
Pocket Talk
Circuit Training Challenge
Sport & Games
Mobile On The Go
Pameran Interaktif Kesihatan
Saringan Kesihatan
Jom Derma Darah
Kekal Aktif
Pertandingan Mewarna
Kenapa Anda Perlu Sertai Healthy Walk 5KM Ini?
- Peluang bersenam dalam suasana santai dan menyeronokkan
- T-shirt eksklusif dan medal untuk semua peserta
- Hadiah cabutan bertuah menanti anda
- Pelbagai aktiviti interaktif dan pameran kesihatan
- Waktu dan lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga
- Sasaran 5km @ 10K langkah
Yuran Penyertaan
RM55 (Termasuk: T-Shirt & Medal)
HARGA :
- RM 28.00 (T-SHIRT KANAK-KANAK)
RM 35.00 (T-SHIRT SAHAJA)
RM 55.00 (T-SHIRT & MEDAL)
Maklumat Baju Peserta
- Material: Sublimation T-Shirt Round Neck Short Sleeve (Jenama ULTRON)
Saiz Biasa (Termasuk Kids): XS hingga 3XL & kanak-kanak
Saiz Tambahan:
4XL + RM4
5XL + RM5
6XL + RM7
7XL + RM7
Carta saiz disediakan secara terperinci dalam poster.
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera
Satu Langkah Kecil, Impak Besar Untuk Kesihatan
Acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat gaya hidup sihat, malah memperkukuhkan hubungan komuniti melalui penyertaan beramai-ramai.
Setiap langkah anda adalah simbol komitmen ke arah kehidupan yang lebih aktif, sihat dan bahagia.
Kesimpulan
Program “Terengganu Sihat Sokmo 5KM Healthy Walk” yang berlangsung pada 19 April 2025 di Wellness Hub Terengganu telah berjaya menarik penyertaan orang ramai dari pelbagai lapisan umur. Acara ini mencerminkan kesungguhan masyarakat Terengganu dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan menyokong inisiatif kesihatan awam di negeri ini.
Lebih Daripada Sekadar Berjalan – Platform Komuniti Sihat
Lebih daripada sekadar aktiviti berjalan kaki sejauh 5KM, program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti ceramah kesihatan, cabaran latihan litar (circuit training), pameran interaktif, dan saringan kesihatan percuma. Semua ini berperanan memperkukuh hubungan komuniti dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya aktiviti fizikal dalam kehidupan harian.
Selaras Dengan Agenda Terengganu Sihat & WoPAD 2025
Penganjuran acara ini sejajar dengan Agenda Negeri Terengganu Sihat, dan merupakan sebahagian daripada sambutan World Physical Activity Day (WoPAD) 2025. Inisiatif ini turut menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperluas budaya sihat, aktif dan sejahtera dalam kalangan rakyat Terengganu.








