Novice Litecore
Pintu masuk untuk peserta baharu yang mahu rasa tekanan sebenar perlumbaan off-road tanpa perlu jentera extreme build.

Cabaran pacuan empat roda paling lasak di pantai timur kembali. Tiga hari denai hutan, sungai dan bukit di Bandar Baru Kuala Nerus, sempena sambutan Merdeka.

Terengganu 4x4 Merdeka Challenge 2026 membawa peserta merentasi denai hutan, sungai, kawasan berbukit dan trek lasak yang menguji ketahanan jentera serta kemahiran pemandu. Setiap seksyen direka untuk menolak jentera dan driver sampai ke had masing-masing.
Acara ini juga jadi platform sport tourism yang membuka destinasi tersembunyi Terengganu kepada peserta domestik dan antarabangsa. Air terjun, tapak perkhemahan, lokasi hiking dan perkampungan komuniti setempat semuanya masuk dalam laluan, sekali gus menyokong eko-pelancongan dan ekonomi luar bandar.
Pintu masuk untuk peserta baharu yang mahu rasa tekanan sebenar perlumbaan off-road tanpa perlu jentera extreme build.
Jentera SWB yang lincah dan pantas berpusing. Kelebihan di selekoh sempit dan cerun curam, tapi kena pandai kawal traction.
Stabil di lintasan panjang dan kuat menarik beban. Cabarannya bila masuk ruang sempit dan sudut ketirisan yang tajam.
Tempahan baju rasmi kini dibuka kepada peserta dan orang awam. Design limited edition dengan penuh warna jersey dan logo rasmi acara. Klik gambar untuk lihat design dengan lebih jelas.


Bandar Baru Kuala Nerus jadi pusat acara sepanjang 3 hingga 5 September 2026. Kawasan ini mudah diakses dari Kuala Terengganu dan berdekatan dengan tasik serta laluan hutan yang menjadi trek utama pertandingan.
Hubungi terus urus setia acara untuk soalan pendaftaran, tempahan baju atau maklumat trek.
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu
Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah
Kelab Terjoh! 4x4 Terengganu
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia
Acara berlangsung pada 3 hingga 5 September 2026 di Bandar Baru Kuala Nerus, Terengganu.
Tiga kategori dibuka: Novice Litecore, Short Wheel Base (SWB) dan Long Wheel Base (LWB).
Tempahan dibuat melalui borang rasmi di gofun.my. Baju dibuka kepada peserta dan orang awam, dewasa dan kanak-kanak.
Dewasa RM55 untuk lengan pendek dan RM60 untuk lengan panjang. Kanak-kanak RM35 untuk lengan pendek dan RM40 untuk lengan panjang.
Disarankan tempah sebelum 16 Ogos 2026 supaya baju sampai sebelum acara. Tempahan selepas tarikh itu masih diterima, cuma penghantaran dibuat selepas acara selesai.
Hubungi urus setia acara melalui WhatsApp di 017-9278 096 untuk soalan pendaftaran, tempahan baju atau maklumat trek.
Bantu sebarkan info acara ini kepada komuniti off-road dan rakan-rakan anda.