Bicara STEM 1: Sains Itu Mudah
Cikgu Tun Azlina (Guru Inovasi)

Sebuah karnival sains dan teknologi penuh warna-warni yang akan berlangsung pada 4 hingga 5 Oktober 2025, bertempat di Dewan Balora, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.
Acara akan berlangsung dalam masa :
Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan kerjasama PETRONAS dan KETENGAH, serta sokongan pelbagai agensi strategik. Paling menarik, masuk adalah PERCUMA untuk semua pengunjung!
Saksikan kecomelan maskot futuristik dan berdepan dengan pengalaman mengujakan bersama Dinosaur Encounter. Acara ini sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan keluarga yang mahu merasai suasana unik dan menyeronokkan.
Bersedia untuk terpesona dengan aksi-aksi magis yang menakjubkan! 🎩✨ Jangan lepaskan peluang menyaksikan Magic Show yang penuh dengan kejutan, hiburan, dan ilusi menarik khas buat pengunjung
Bersedia untuk teruja dengan demonstrasi sains yang mendebarkan, interaktif dan penuh pengetahuan. Setiap persembahan direka khas untuk menarik minat pelajar, keluarga serta pencinta sains.
| Persembahan | Tarikh | Masa |
|---|---|---|
| SK Lembah Jabor | 4 Oktober 2025 | 12.30 Tengah Hari |
| Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) | 4 Oktober 2025 | 3.30 Petang |
| Petrosains | 5 Oktober 2025 | 2.00 Petang |
Mari sertai Kuiz Kahoot! yang penuh keseronokan sambil menguji pengetahuan anda dalam pelbagai topik sains, teknologi, dan pengetahuan am. Acara ini sesuai untuk semua peringkat umur dari pelajar sekolah hingga ibu bapa.
Rasai keseronokan permainan tradisional yang penuh nostalgia bersama keluarga, sahabat dan komuniti setempat.
⚡ Terhad kepada 10 pasukan terawal sahaja. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu pasukan.
Pameran ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi pendedahan penting kepada pelajar dan keluarga tentang sains, kesihatan, serta keselamatan.
4 Oktober 2025
• Sesi 1: 9.00 Pagi – 1.00 Petang
• Sesi 2: 2.00 – 4.00 Petang
5 Oktober 2025
• Sesi 1: 9.00 Pagi – 1.00 Petang
• Sesi 2: 3.00 – 5.00 Petang
Aktiviti STEM ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik melalui projek praktikal yang menyeronokkan dan interaktif.
Cikgu Tun Azlina (Guru Inovasi)
Prof. Madya Ts Dr Roslan Umar (UniSZA)
En. Syaiful Izwan B. Mohamed – Razian (PETRONAS)
Syafiqcute (MOSTI), Ahmad Fikri (SMK Wakaf Tapai), Nor Hidayatul Solehah (PETRONAS)
En. Ahmad Rifaie Bin Ahmad Ridzuan (Jabatan Meteorologi Malaysia)
| Masa | Aktiviti |
|---|---|
| 8.00 AM – 5.00 PM | Pameran STEM, Dome Show, Hot Desk & Pameran Bergerak |
| 8.00 AM – 5.00 PM | Pertandingan Mobile Legend |
| 8.00 AM – 1.00 PM | Sukan Rakyat |
| 8.00 AM – 12.30 PM | Pertandingan Family Colouring & Penampilan Maskot PSKT (SPECTRA) |
| 9.00 AM – 10.30 AM | Bicara STEM 1: Sains Itu Mudah bersama Cikgu Tun Azlina (Guru Inovasi) |
| 9.00 AM – 1.00 PM | STEM Project |
| 11.00 AM – 12.30 PM | Bicara STEM 2: Astronomi, Falak & Keajaiban Alam Semesta bersama Prof. Madya Ts Dr Roslan Umar (ESERI UniSZA) |
| 12.30 PM – 2.00 PM | Science Awesome – SK Lembah Jabor, Cabutan Bertuah & Magic Show |
| 2.00 PM – 3.30 PM | Bicara STEM 3: Kepentingan AI bersama En. Syaiful Izwan Mohamed – Razian (PETRONAS) |
| 2.00 PM – 4.00 PM | STEM Project & Penampilan Maskot PSKT (SPECTRA) |
| 3.30 PM – 5.00 PM | Science Awesome – PSKT, Kuiz Kahoot & Cabutan Bertuah |
| Masa | Aktiviti |
|---|---|
| 8.00 AM – 5.00 PM | Pameran STEM, Dome Show, Hot Desk & Pameran Bergerak |
| 9.00 AM – 11.00 AM | Majlis Perasmian |
| 9.00 AM – 12.00 PM | STEM Project & Penampilan Maskot PSKT (SPECTRA) |
| 11.30 AM – 1.00 PM | Forum Kerjaya STEM bersama Influencer SyafiqCute, Pn. Nor Hidayatul Solehah Sulaiman (PETRONAS) & Cikgu Ahmad Fikri (Guru Kaunseling) |
| 1.30 PM – 2.30 PM | Cabutan Bertuah, Science Awesome – Petrosains & Dino Show |
| 2.30 PM – 4.00 PM | Bicara STEM 4: Gempa Bumi & Keselamatan Diri bersama Jabatan Meteorologi Malaysia |
| 3.00 PM – 5.00 PM | STEM Project & Penampilan Maskot PSKT (SPECTRA) |
| 4.00 PM – 5.00 PM | Kuiz Kahoot & Cabutan Bertuah |
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Pengalaman menyeronokkan sambil belajar.
Rebut peluang menang hadiah wang tunai & saguhati.
Bersama maskot, dinosaur, dan pameran unik.
Pelbagai agensi kerajaan & swasta terlibat.
Jangan lepaskan peluang untuk membawa keluarga, rakan-rakan, dan komuniti setempat ke Karnival Pengembaraan Sains STI Madani 2025. Acara ini bukan sahaja sarat dengan hiburan, malah membuka ruang kepada pembelajaran interaktif, ilmu pengetahuan, serta semangat Malaysia MADANI.
Jumpa anda di KETENGAH pada 4 & 5 Oktober 2025 dan mari sama-sama jadikan sains lebih menyeronokkan!