Loading Events

28 & 29 Oktober 2024

Rehlah Sains 2024: Membawa Pusat Sains Negara Terus Kepada Anda!

๐Ÿ”ฌโœจ Pusat Sains Negara dengan bangganya mempersembahkan Rehlah Sains 2024, sebuah program menjelajah Pantai Timur Malaysia dengan penuh keterujaan! ๐ŸŒŸ Acara ini diadakan dengan tujuan memupuk minat terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta meningkatkan kesedaran terhadap Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di kalangan pelajar sekolah menengah dan tahfiz. ๐Ÿš€๐Ÿ’ก

REHLAH SAINS 2024 - Discovery Terengganu

Peta Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlansung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang

Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu

Peta Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlansung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang

Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman

๐ŸŽ“โœจ Poster Rehlah Sains 2024

Lokasi Jelajah Kami ๐Ÿ“:

  • 16 – 23 Oktober 2024: Kelantan ๐ŸŒด
    • Pelbagai destinasi menarik di Kelantan akan menjadi tumpuan kami seperti Sekolah Menengah Ugama Falahiah, Maahad Rahmaniah, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, dan lain-lain.
  • 28 – 29 Oktober 2024: Terengganu ๐ŸŒŠ
    • Dari Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu, Marang hingga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Kuala Nerus, kami sedia berkongsi kehebatan STEM kepada pelajar Terengganu!
  • 29 – 30 Oktober 2024: Pahang ๐ŸŒณ
    • Jelajah kami berakhir di Pahang dengan program yang berlangsung di Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.FC

๐ŸŒŸ Antara Aktiviti Yang Menarik:

  • Persembahan Sains ๐Ÿ”โœจ: Membawakan demonstrasi sains secara langsung yang menyeronokkan dan mengagumkan.
  • Cabaran STEM ๐Ÿ› ๏ธ: Menggalakkan pelajar untuk menyelesaikan masalah menggunakan ilmu STEM mereka.
  • Inspirasi STI Dalam Al-Quran ๐Ÿ“œ: Menggali ilmu sains dari perspektif Al-Quran, mencungkil rahsia ilmu dalam ayat-ayat suci.
  • Inovasi Pendidik ๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ: Idea dan pendekatan baru untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.
  • Bengkel Ilmu Falak Syarie ๐ŸŒŒ: Menyelongkar keindahan astronomi Islam.
  • Penyerahan Sudut STEM ๐Ÿ“: Pusat Sains Negara menyerahkan sudut STEM untuk kegunaan dan pembelajaran pelajar di sekolah-sekolah yang terpilih.

๐ŸŒ  Dengan kehadiran bas jelajah yang meriah, penuh warna-warni, dan dibawa khas oleh Pusat Sains Negara, program ini akan menjadi pengalaman yang tidak dilupakan! Pelajar akan terinspirasi untuk menjadi peneraju masa depan yang inovatif. ๐ŸŽ“โœจ

๐ŸŒ Maklumat lanjut boleh didapati di psn.gov.my atau ikuti perjalanan kami di platform media sosial kami!

Kongsi

Saya berminat untuk menyimpan event ini