Loading Events
Festival Hari Malaysia Payang Riang Ria 2025

FESTIVAL HARI MALAYSIA PAYANG RIANG RIA 2025

Ayuh bersama kita meraikan Hari Malaysia, sambil menyelami keindahan alam dan kekayaan budaya Terengganu di Festival Payang Riang Ria 2025.

Sertai Festival Hari Malaysia Payang Riang Ria 2025 di Perkarangan Pasar Payang pada 15–20 September! Pelbagai aktiviti menarik menanti termasuk persembahan buskers, makanan tradisional & viral, pertandingan mewarna, silat, sukan rakyat dan banyak lagi.

Butiran Acara

  • 📅 Tarikh: 15 – 20 September 2025
  • 🕗 Masa: 8.00 pagi – 10.00 malam
  • 📍 Lokasi: Perkarangan Pasar Payang, Kuala Terengganu
  • 🎟️ Kemasukan: Percuma

Lokasi Acara

Tarikh Acara

Acara akan tamat dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Telah Tamat
September 15 @ 8:30 AM - September 20 @ 6:00 PM
Festival Hari Malaysia Payang Riang Ria 2025

Aktiviti Menarik Menanti Anda

Festival Hari Malaysia Payang Riang Ria 2025

🎪 Aktiviti Interaktif & Hiburan

🖍️

Pertandingan Mewarna

Untuk kanak-kanak. Serlahkan kreativiti & menangi hadiah.

🥋

Silat Tradisional

Aksi warisan seni bela diri penuh adat & disiplin.

👊

Demo Taekwondo

Tendangan tepat & form kemas dari atlet berbakat.

🏐

Bola Jaring Wanita

Perlawanan sengit, sorakan padu & hadiah menarik.

Street Soccer 3v3

Skill & aksi padat adrenalin!

🎸

Buskers Tempatan

LIVE music sepanjang hari, suasana makin meriah.

🍽️

Makanan Tradisional

Nasi dagang, keropok lekor & kuih muih kegemaran.

🍢

Vendor Viral

Snek trending & minuman unik untuk content sedap!

Tentatif Festival Hari Malaysia Payang Riang Ria 2025

Tentatif Festival Hari Malaysia
Payang Riang Ria 2025

Lokasi: Perkarangan & Laman Pasar Payang, Kuala Terengganu

16 September 2025 (Laman Pasar Payang 1)

🖍️

Pertandingan Mewarna (4–9 Tahun)

Pendaftaran awal, pertandingan dan penyampaian hadiah untuk kanak-kanak.

  • 🕗 8.30 pagi – Pendaftaran
  • 🕚 11.00 pagi – Tamat Pertandingan
  • 🕦 11.15 pagi – Pemilihan Pemenang
  • 🎉 11.30 pagi – Penyampaian Hadiah

17 September 2025 (Laman Pasar Payang 1)

🥋

Persembahan Silat

Persembahan seni mempertahankan diri tradisi sepanjang hari.

  • 🕗 8.30 pagi – 6.00 petang

18 September 2025 (Perkarangan Pasar Payang)

🏐

Pertandingan Bola Jaring (Wanita)

Pasukan wanita berentap dalam acara sukan meriah dengan hadiah menarik.

  • 🕗 8.30 pagi – 5.00 petang
  • 🏆 5.30 petang – Penyampaian Hadiah

20 September 2025 (Laman Pasar Payang 1)

👊

Demonstrasi Taekwondo

Pertunjukan kemahiran seni bela diri moden yang memukau penonton.

  • 🕗 8.30 pagi – 6.00 petang

Pertandingan Street Soccer 3 vs 3

Aksi bola sepak jalanan yang penuh semangat.

  • 🕗 8.30 pagi – 6.00 petang
  • 🏆 6.00 petang – Penyampaian Hadiah
Rujukan peta lokasi event dan acara

Pertandingan Street Soccer 3 vs 3

Jangan lepaskan peluang untuk sertai Pertandingan Street Soccer 3 vs 3 (Kategori Remaja) yang bakal berlangsung ⚽

Acara ini akan diadakan pada:

  • 📅 Tarikh: 20 September 2025
  • 📍 Lokasi: Perkarangan Pasar Payang, Kuala Terengganu
  • Masa: 8.30 pagi – 6.30 petang

Hadiah Menarik Menanti Pemenang

  • 🏆 Johan: RM500
  • 🥈 Naib Johan: RM300
  • 🥉 Ketiga: RM200

Yuran Penyertaan

💰 Hanya RM60 setiap pasukan

Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran bola sepak jalanan anda, tetapi juga menjanjikan pengalaman menyeronokkan bersama rakan-rakan serta peluang memenangi hadiah wang tunai lumayan.

Cara Penyertaan

📞 Untuk mendaftar, hubungi: 013-729 4787

Kenapa Anda Wajib Hadir Festival Ini?

🎟️

Masuk Percuma

Semua pengunjung boleh masuk secara percuma, tanpa bayaran tiket.

🏛️

Lokasi Ikonik

Festival berlangsung di Pasar Payang, mercu pelancongan Terengganu.

🍢

Makanan Viral & Tradisional

Nikmati juadah popular tempatan & moden di zon makanan khas.

👨‍👩‍👧‍👦

Aktiviti Keluarga

Pertandingan mewarna, zon kanak-kanak, sukan rakyat untuk semua.

🥋

Persembahan Budaya & Seni

Silat, buskers, taekwondo & hiburan rakyat setiap hari.

🏆

Hadiah Menarik

Sertai pertandingan & menangi hadiah eksklusif untuk peserta terbaik.

🎉

Raikan Hari Malaysia

Suasana meriah, penuh semangat perpaduan & kebanggaan negara.

Pelbagai Aktiviti Tradisi, Seni dan Citarasa Tempatan.

Festival Hari Malaysia Payang Riang Ria 2025 di Pasar Payang

ialah acara tahunan istimewa yang bakal berlangsung di lokasi ikonik Pasar Payang, Kuala Terengganu dari 15 hingga 20 September 2025. Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan cuti sekolah, festival ini menjadi pilihan terbaik untuk keluarga, pelancong tempatan mahupun antarabangsa menikmati kemeriahan bandar Kuala Terengganu.

Mengangkat Budaya, Warisan & Perpaduan

Festival ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga:

  • Mempromosikan seni budaya dan warisan Terengganu

  • Menyemarakkan semangat perpaduan Hari Malaysia

  • Menjadikan Pasar Payang sebagai pusat warisan dan pelancongan utama negeri

Dengan gabungan hiburan, sukan rakyat, seni, muzik jalanan dan makanan tradisional, festival ini memberi pengalaman yang menyeluruh kepada pengunjung.

Penganjur Persatuan Penjaja Cawangan Ktrg

Penganjur :
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Cawangan Kuala Terengganu.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini