Loading ...
Memuatkan Peristiwa

Musing Ketang @ Kampung Budaya Terengganu 2025

Program Pelancongan Budaya Terbaik

🎉 Musing Ketang kembali lagi! Sertai festival budaya paling meriah di Terengganu dengan pelbagai aktiviti warisan, seni tradisional dan makanan asli tempatan.

🗓️ Tarikh : 27 – 29 Jun 2025 (Jumaat – Ahad)
⏰Masa : 9 pagi – 6 petang
📍 Lokasi : Kampung Budaya Terengganu, Bukit Losong, Kuala Terengganu

👨‍👩‍👧‍👦 Sesuai untuk semua peringkat umur!

🎟️ Jom datang ramai-ramai

"Apa Itu Musing Ketang?"

“Musing Ketang”

merupakan istilah dalam dialek Terengganu yang bermaksud berjalan-jalan atau bersiar-siar di sesuatu tempat. Ayuh meriahkan Musing Ketang 2025 yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Jun (Jumaat hingga Ahad), dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Kampung Budaya Terengganu berhampiran dengan Muzium Negeri Terengganu! Rasai sendiri pengalaman budaya yang mengasyikkan dengan menyaksikan demonstrasi warisan seperti permainan gasing, seni batik, alunan gamelan, ukiran kayu, serta menikmati pelbagai juadah makanan tradisional Terengganu. Nak tahu lagi banyak perkataan unik dalam dialek Terengganu? Jom klik pautan di bawah.

Lokasi Acara Musing Ketang

Tarikh Acara

Acara akan Tamat dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
Jun 27 - Jun 29

Apa Yang Menarik di Kampung Budaya Terengganu?

Apa yang Menanti Anda?

  • 👘 Persembahan budaya dan pakaian tradisional

  • 🛖 Demonstrasi kraf tangan asli: wau, batik, ukiran tembaga & bot

  • 🎭 Aktiviti interaktif & permainan rakyat

  • 🍛 Gerai makanan warisan dan produk IKS tempatan

  • 📸 Port cantik untuk bergambar seperti zaman dahulu

Kenapa Anda Kena Datang?

Festival ini adalah peluang terbaik untuk:

  • Mengenali warisan Terengganu dengan lebih dekat

  • Menyokong pelancongan budaya tempatan

  • Bawa anak-anak merasai aktiviti zaman tok nenek kita

Program Sepanjang Hari

Sepanjang 3 hari penuh, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti budaya, seni dan warisan yang pasti menggamit nostalgia serta membuka mata tentang keunikan Terengganu. Antara program menarik termasuk:

  • Jualan Kopi & Sajian Tradisional

  • 🍲 Demonstrasi makanan warisan: Opok-opok, Kebok Laksa, Makan Sirih

  • 🎶 Gamelan Melayu Live

  • 🪀 Permainan gasing & Permainan tradisional

  • 🪵 Ukiran kayu, Anyaman pandan

  • 🎨 Batik terap & lukis, Pakaian tradisional

  • 🎏 Pembuatan wau & Replika bot tradisional

  • 🖼️ Pameran lukisan batik dalam taman

  • 📸 Reruai foto interaktif warisan budaya Terengganu

  • 🏆 Pertandingan permainan tradisional

  • 🎨 Program melukis langsung & jualan karya Persatuan Pelukis Terengganu

Jadual Program Musing Ketang 2025

TarikhMasaAktiviti
27 Jun 2025 (Jumaat)10.00 pagiPertandingan Mewarna
3.30 petangPertandingan Gasing Pangkah
28 Jun 2025 (Sabtu)9.00 pagi – 6.00 petangDemonstrasi Tumbuk Emping
11.00 pagiTarian Kanak-Kanak
11.30 pagiWalkabout Program Musing Ketang @ Kampung Budaya Terengganu
11.30 pagiPersembahan Dikir Karut
28 Jun 2025 (Sabtu)3.00 petangPersembahan Wayang Kulit
29 Jun 2025 (Ahad)11.00 pagiPersembahan Silat Gayong
3.00 petangPertandingan Puteri Cilik & Putera Cilik

Pertandingan Mewarna Musing Ketang

Pendaftaran adalah PERCUMA
Terhad kepada 30 orang peserta bagi setiap kategori

📅 Tarikh: 27 Jun 2025 (Jumaat)
🕙 Masa: 10.00 pagi
📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu

✏️ Kategori Penyertaan

Kategori A: 4 – 6 Tahun (Pra-sekolah / Tadika)
Kategori B: 7 – 9 Tahun (Sekolah Rendah)

 

🎁 Hadiah Menarik Menanti!

  • 🥇 Tempat Pertama: RM100 + Hamper

  • 🥈 Tempat Kedua: RM80

  • 🥉 Tempat Ketiga: RM50

Terma & Syarat Pertandingan

📌 Terma & Syarat Pertandingan

1Peserta wajib menggunakan template rasmi yang disediakan oleh penganjur.
2Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi setiap kategori.
3Peserta perlu membawa sendiri peralatan mewarna seperti pensel warna, krayon atau marker. Penganjur tidak menyediakan peralatan dan peserta tidak dibenarkan meminjam daripada peserta lain.
4Digalakkan membawa keperluan tambahan seperti meja lipat, tikar atau alas sendiri.
5Tempoh pertandingan adalah 1 jam bermula dari masa yang diumumkan oleh penganjur.
6Hasil mewarna mesti disiapkan di lokasi pertandingan dan diserahkan terus kepada urus setia.
7Semua karya akan difoto dan dimuat naik ke media sosial rasmi penganjur.
8Peserta hendaklah menjaga adab, disiplin dan etika sepanjang pertandingan.
9Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar syarat atau tidak sesuai untuk dipamerkan.
10Keputusan juri adalah muktamad.

Pertandingan Putera & Puteri Cilik

Tema: Pakaian Tradisional Malaysia (Multiracial)

Adakah si manja anda berbakat, berani tampil dan suka bergaya? Inilah masanya untuk mereka bersinar di pentas budaya! Sertai Pertandingan Putera & Puteri Cilik 2025, acara penuh warna-warni yang meraikan keunikan pakaian tradisional melayu!

📅 Tarikh: 29 Jun 2025 (Ahad)
🕒 Masa: 3.00 petang
📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu
🎭 Tema: Pakaian Tradisional Malaysia (Multiracial)

➤ Kategori 1: 5 – 8 Tahun

🎁 Hadiah:

  • 🥇 Tempat Pertama: RM300 + Hamper

  • 🥈 Tempat Kedua: RM200 + Hamper

  • 🥉 Tempat Ketiga: RM100 + Hamper

  • 🎊 Saguhati: Hamper untuk semua peserta

➤ Kategori 2: 9 – 12 Tahun

🎁 Hadiah:

  • 🥇 Tempat Pertama: RM300 + Hamper

  • 🥈 Tempat Kedua: RM200 + Hamper

  • 🥉 Tempat Ketiga: RM100 + Hamper

  • 🎊 Saguhati: Hamper untuk semua peserta

Video TikTok Musing Ketang di KBT

Jom Pakat Maghi Belaka

🎟️ Jom Datang ramai-ramai
📌 Sesuai untuk semua peringkat umur: pelajar, pelancong & seisi keluarga!

Musing Ketang @ Kampung Budaya Terengganu

merupakan sebuah inisiatif cemerlang dalam memelihara dan memperkasakan warisan budaya negeri Terengganu. Melalui pendekatan interaktif dan suasana kampung yang autentik, festival ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada generasi muda tentang adat dan tradisi, malah turut mengukuhkan identiti budaya dalam kalangan masyarakat. Penglibatan komuniti tempatan dan kemasukan percuma untuk semua menjadikan acara di Kampung Budaya Terengganu kelihatan terbuka, mendidik dan menyeronokkan. Ia juga menjadikannya antara festival budaya paling dinanti setiap tahun di Pantai Timur.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini

ms_MY