Loading ...
Memuatkan Peristiwa

25-27 April 2025 | Kenyir Pengkalan Gawi Terengganu

Kenyir Bird & Nature Quest 2025

Ingin menyelami keindahan flora dan fauna sambil menyertai aktiviti ekopelancongan yang unik? Kenyir Bird & Nature Quest 2025 (KBNQ2025) kini kembali dan anda dijemput untuk bersama menyaksikan pelbagai spesies burung eksotik di Hornbill Valley, Tasik Kenyir, kawasan yang terkenal sebagai syurga birdwatching di Terengganu!

Hebohan Awal: Sertai Pemerhatian Burung & Alam Semula Jadi di Tasik Kenyir

Lokasi Program Kenyir Bird

Tarikh Acara

Acara akan berlansung dalam masa :

hari
jam
minit
Event Bermula Sekarang
April 25 - April 27
Kenyir Bird (Burung Enggang)
Burung Enggang (Great Hornbill)

Kenapa Anda Patut Sertai KBNQ2025?

  • Peluang melihat spesies burung eksotik termasuk burung enggang (Hornbill)
  • Lokasi eksklusif: Hentian Cengal, Hornbill Valley, Tasik Kenyir 📍
  • Aktiviti bersama pakar pemuliharaan & pencinta alam 🌿 
  • Program 3 hari yang padat dengan pengisian ilmu dan pengalaman alam semula jadi 📆
  • Hanya 70 peserta diterima bagi menjamin pengalaman yang lebih fokus dan tersusun. 🎟️

Info Penyertaan Kenyir Bird & Nature Quest

Yuran Penyertaan

👨‍🎓 Pelajar: RM 69.00
🧍‍♂️ Peserta Awam: RM 99.00
⚠️ Tempat sangat terhad – hanya 70 penyertaan dibuka!

Nota Penting

⚠️ Penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan diterima
⚠️ Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan
✅ Penyertaan awal amat digalakkan.

Tentatif Program Kenyir Bird

TarikhMasaAktivitiLokasi / Pautan
25 April 2025 (Jumaat)7.30 AM – 10.00 AMBird Watching & Bird CountHentian Cengal, Hornbill Valley
3.00 PMPendaftaran PesertaTIC Pengkalan Gawi
3.30 PMKetibaan VIP-
3.40 PMMajlis Perasmian oleh VIP-
4.00 PMSesi Ceramah: Birding, Conservation & Eco Tourism-
5.00 PMMinum Petang-
6.00 PM – 7.30 PMBird Watching (Sesi Petang)Hornbill Valley
26 April 2025 (Sabtu)7.30 AM – 10.00 AMBird WatchingHentian Cengal, Hornbill Valley
10.30 AMAktiviti Jejak Hutan Hujan-
12.00 NOONMakan Tengah Hari-
27 April 2025 (Ahad)7.30 AM – 10.30 AMBird Watching (Sesi Akhir)Hentian Cengal, Hornbill Valley

Lokasi Penginapan Sekitar Sungai Gawi Kenyir dan Kampung Basung

1. Hotel Ketengah, Tasik Kenyir

2. Sri Rimba Kenyir Roomstay

3. D’ Tasek Motel, Kg Basung

4. Kenyir Motel, Kampung Basung

Video TikTok Kenyir Bird

@hafizikhlass Tasik Kenyir are rich with flora and fauna that everyone have to protect and care about. Here, Iinclude 6 out of 9 Hornbill spesies that available in Tasik Kenyir. One of the best fact about Hornbill is that, it was knownas Farm forest where what ever fruits that they eat, they will spill the bean out which automatically make hornbill as a spread agent for the tree. @ASEAN_Biodiversity #WeAreASEANBiodiversity #BiodiversiToks #biodiversitokchalleng #terengganu #tasikkenyir #fyp#foryoupge #fujifilm #canon #hutan #nikon #olym #hornbill ♬ original sound - hafizikhlas

Fokus Program: Kenyir Bird & Nature Quest 2025

Kenyir Bird: Program Pemuliharaan Alam & Burung Enggang di Tasik Kenyir

Kenyir Bird & Nature Quest (KBNQ) merupakan sebuah program ekopelancongan berimpak tinggi yang menghimpunkan pencinta burung, pengkaji biodiversiti, dan peminat alam sekitar dari dalam dan luar negara. Acara ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, dengan kerjasama strategik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Ping Anchorage Travel & Tours.

Pemangkin Ekopelancongan & Kesedaran Alam Sekitar

Program ini dijangka menarik penyertaan seramai 70 orang peserta pada tahun ini, terdiri daripada penggiat alam sekitar, jurufoto burung, penyelidik akademik, dan pelancong antarabangsa yang menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi utama ekopelancongan dan pelancongan lestari di Malaysia. KBNQ bukan sahaja memperkenalkan khazanah alam Terengganu kepada dunia, malah menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan memelihara biodiversiti, khususnya spesies yang terancam seperti burung Enggang dan bunga Rafflesia.

Burung Enggang terbang di langit Kampung Lingai, Terengganu.
Rhinoceros Hornbill

Tasik Kenyir merupakan habitat kepada lebih 296 spesies burung, termasuk burung residen dan migrasi.  Berikut adalah 9 spesies burung enggang yang boleh ditemui di Tasik Kenyir:

  1. Black Hornbill

  2. Bushy-crested Hornbill

  3. Great Hornbill

  4. Helmeted Hornbill

  5. Oriental Pied Hornbill

  6. Rhinoceros Hornbill

  7. White-crowned Hornbill

  8. Wreathed Hornbill

  9. Wrinkled Hornbill

Kehadiran spesies-spesies ini menjadikan Tasik Kenyir sebagai salah satu lokasi terbaik untuk aktiviti birdwatching di Malaysia, khususnya bagi penggemar burung enggang dari dalam dan luar negara.

Kesimpulan

Kenyir Bird & Nature Quest

merupakan program tahunan berprestij yang diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu, dengan matlamat memupuk kesedaran tentang pemuliharaan biodiversiti melalui aktiviti seperti pemerhatian burung, eksplorasi hutan hujan dan penerokaan spesies unik seperti burung enggang dan bunga Rafflesia. Penganjuran program ini bukan sahaja menarik minat pengkaji dan pencinta alam dari dalam dan luar negara, malah turut mengukuhkan kedudukan Tasik Kenyir sebagai destinasi ekopelancongan terbaik di Malaysia.

#kbnq2025 #kenyirbird #tasikkenyir #KenyirGeopark #huluterengganu #terengganu #malaysia #pinganchorage #ketengah #birdwatching #hornbillvalley #rafflesia #gssp #tasikkenyir
#TourismMalaysia #TourismTerengganu #cuticutimalaysia #visitmalaysuatrulyasia2026
#TranungDokRilek #BeautifulTerengganuMalaysia #TerengganuKuComey #TerengganuMajuBerkatSejahtera

Kongsikan Kepada Rakan dan Keluarga

Simpan acara program ini

ms_MYMS