Loading Events
Awang Nelang Terengganu (Penyu)

Karnival Pantai Terengganu 2025

Pesta Pantai Paling Meriah di Kuala Nerus

  • 📅 Tarikh: 11 – 14 September 2025 (Khamis-Ahad)
  • 📍 Lokasi: Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.
  • 🎉 Anjuran: Kerajaan Negeri Terengganu melalui Tourism Terengganu.

Lokasi Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
September 11 - September 14

Pakat Maghi Belaka!

Karnival Pantai Terengganu 2025

Itulah seruan yang bergema untuk mengajak semua rakyat Terengganu dan pelancong dari seluruh Malaysia datang memeriahkan Karnival Pantai Terengganu 2025. Acara besar ini bakal berlangsung pada 11 – 14 September 2025 bertempat di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu. Dengan keindahan pasir putih, angin laut yang nyaman, serta pelbagai aktiviti menarik, karnival ini menjadi destinasi terbaik untuk cuti sekolah, aktiviti keluarga, riadah bersama rakan, dan tarikan pelancongan yang penuh warna-warni.

Antara yang menarik menanti anda!

Awang Nelang Silat

Persembahan Seni & Kebudayaan

1. Busking oleh SUKTRA Terengganu

Nikmati alunan muzik santai daripada kumpulan SUKTRA Terengganu yang membawakan gabungan irama moden dan tradisional. Persembahan busking ini akan menceriakan suasana karnival sepanjang hari di tepi pantai.

2. Persembahan Dendang Anak

Saksikan kumpulan Dendang Anak pada 12 September jam 5 petang. Persembahan terkenal yang berteraskan budaya Melayu dan tradisi rakyat. Ia bakal menghidupkan warisan seni Terengganu dengan nyanyian, muzik dan tarian bersemangat.

3. Pertunjukan Silat

Pertunjukan silat tradisional yang mempersembahkan keindahan seni mempertahankan diri orang Melayu. Persembahan ini menonjolkan gerakan lincah, penuh disiplin dan kaya dengan nilai budaya.

4. Seni Wayang Kulit

Nikmati seni wayang kulit yang sarat dengan cerita rakyat klasik. Bayangan patung kulit dipancarkan bersama alunan muzik tradisional, menghidupkan kisah legenda yang diwarisi turun-temurun.

5. Tarian Kebudayaan oleh SUKTRA Terengganu

Lenggok tarian tradisional dipersembahkan dalam pakaian berwarna-warni, menggambarkan keunikan seni budaya masyarakat Terengganu. Sesuai untuk penonton tempatan mahupun pelancong yang ingin merasai pengalaman autentik.

Awang Nelang Karnival Pantai

Aktiviti Pertandingan Tradisional

1. Persembahan Tarian Ulek Mayang

Pertandingan Tarian Tunas SUKTRA yang berprestij yang menampilkan generasi muda menari dengan penuh penghayatan lagu tradisi Ulek Mayang. Pertandingan ini bermula 12 September pada jam 8.30 malam dengan mengetengahkan bakat baharu dalam memelihara seni warisan Terengganu.

2. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Aktiviti khas untuk si cilik yang menguji kreativiti dan daya imaginasi melalui seni mewarna. Pertandingan ini memberi peluang anak-anak menonjolkan bakat seni sambil memeriahkan suasana karnival.

3. Dikir Barat

Pertandingan bermula 13 September pada jam 2.00 petang yang menggabungkan keindahan seni suara, paluan muzik tradisional, dan kreativiti lirik. Peserta akan bersaing menampilkan persembahan dikir barat yang menghiburkan penonton.

Awang Nelang & Mek Ara Bermain Gasing

Pameran & Aktiviti Warisan

1. Permainan Gasing Pangkah

Sepanjang karnival dari 11 hingga 14 September, pengunjung berpeluang menikmati kehebatan permainan tradisional gasing pangkah yang mempamerkan kekuatan, ketangkasan serta keunikan budaya masyarakat Melayu.

2. Demonstrasi Tumbuk Emping

Pada 14 September, jam 2.30 petang, pengunjung boleh menyaksikan demonstrasi tradisional menumbuk emping padi muda menggunakan lesung kayu besar, satu warisan nenek moyang yang dilakukan secara gotong-royong.

Jadual Tentatif Karnival Pantai Terengganu

11 September (Khamis)

Hari Pertama – Karnival Pantai Terengganu 2025
MasaPerkarangan Booth PelanconganPentas Utama
9.00am – 10.30am
10.30am – 11.00am
11.00am – 12.30pmSlot kosong
12.30pm – 1.30pmZohorZohor
2.00pm – 4.00pmSlot kosongPertandingan Mewarna & Sesi Bercerita bersama Kanak-kanak (SDG Negara)
4.00pm – 4.30pmAsarAsar
4.30pm – 5.00pmSlot kosongTiada bunyi-bunyian dibenarkan
5.00pm – 5.30pmSlot kosong
5.30pm – 6.00pmSlot kosongTiada bunyi-bunyian dibenarkan
6.00pm – 6.30pmSlot kosong
7.00pm – 8.00pmMaghribMaghrib
8.00pm – 8.30pmIsyakIsyak
8.30pm – 9.30pmSlot kosongBicara Kesenian & Kebudayaan dalam Islam (Ustaz Jemputan – TBC)
9.30pm – 10.00pm

12 September (Jumaat)

Hari Kedua – Karnival Pantai Terengganu 2025
MasaPerkarangan Booth PelanconganPentas Utama
9.00am – 10.30am
10.30am – 11.00am
11.00am – 12.30pmPertandingan Mewarna (TT)Persiapan Pertandingan
12.30pm – 1.30pmZohorZohor
2.00pm – 3.00pmLatihan Pertandingan Tarian Ulek Mayang
3.00pm – 3.30pmLatihan Pertandingan Tarian Ulek Mayang
3.30pm – 4.00pm
4.00pm – 4.30pmAsarAsar
4.30pm – 5.00pmPersembahan SilatLatihan Pertandingan Tarian Ulek Mayang
5.00pm – 5.30pmPersembahan Silat
5.30pm – 6.00pmPertandingan Mewarna (TT)
6.00pm – 6.30pm
7.00pm – 8.00pmMaghribMaghrib
8.00pm – 8.30pmIsyakIsyak
8.30pm – 9.30pmPermainan Gasing PangkahPertandingan Tarian Ulek Mayang, selingan Tarian Cilik & Artis Jemputan (Faizal AF)
9.30pm – 12.00am

13 September (Sabtu)

Hari Ketiga – Karnival Pantai Terengganu 2025 (Merged)
MasaPerkarangan Booth PelanconganPentas Utama
9.00am – 10.30am
10.30am – 11.00am
11.00am – 12.30pmPertandingan Mewarna (TT)Persiapan Pertandingan
12.30pm – 1.30pmZohorZohor
2.00pm – 2.30pmPertandingan Dikir Barat Daerah-daerah
2.30pm – 4.00pmTarian SUKTRA (3 slot) & Pertandingan MemasakPertandingan Dikir Barat Daerah-daerah
4.00pm – 4.30pmAsarAsar
4.30pm – 5.30pmPertandingan Memasak
5.30pm – 6.00pmPertandingan Mewarna (TT)Pertandingan Dikir Barat Daerah-daerah
6.00pm – 6.30pm
7.00pm – 8.00pmMaghribMaghrib
8.00pm – 8.30pmIsyakIsyak
8.30pm – 12.00amWayang KulitTarian SUKTRA & slot Food Fest 2025

14 September (Ahad)

Hari Keempat – Karnival Pantai Terengganu 2025
MasaPerkarangan Booth PelanconganPentas Utama
9.00am – 10.30am
10.30am – 11.00amRaptai Perasmian Penutup
11.00am – 12.30pmPersembahan SilatPersembahan Kebudayaan Daerah Marang (Gamelan)
12.30pm – 1.30pmZohorZohor
2.00pm – 3.00pmPersembahan Kebudayaan Daerah Besut (Mini Gamutra & Violin)
3.00pm – 3.30pmPersembahan Kebudayaan Daerah Kemaman (Nyanyian Artis Jemputan – Sitara Hisyam)
3.30pm – 4.00pmPersembahan Kebudayaan Daerah Kuala Terengganu (Puisi & Sajak)
4.00pm – 4.30pmAsarAsar
4.30pm – 5.00pmDemonstrasi Tumbuk EmpingPersembahan Kebudayaan Daerah Dungun (Tarian Piring)
5.00pm – 5.30pmDemonstrasi Tumbuk EmpingPersembahan Kebudayaan Daerah Kuala Nerus (Deklamasi Sajak)
5.30pm – 6.00pmPermainan Gasing PangkahPersembahan Kebudayaan Daerah Setiu (Dikir Barat)
6.00pm – 6.30pmPersembahan Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu (Tarian Sewang)
7.00pm – 8.00pmMaghribMaghrib
8.00pm – 8.30pmIsyakIsyak
8.30pm – 12.00amPermainan Gasing PangkahMajlis Perasmian Penutup & Persembahan Tarian/Kombo SUKTRA serta Artis Jemputan (Sham Visa)
2.30pm – 4.00pmDemonstrasi Tumbuk Emping, Busking SUKTRA & Tarian SUKTRA
Awang Nelang Terengganu (Penyu)

Suasana Karnival Pantai Terengganu 2024

@amazingterengganu Daerah mana tuan puan? Meh tengok Karnival Pantai Terengganu 2024. Mengembalikan temasya kenangan pesta pantai Terengganu. #amazingterengganu #terengganu #tourismterengganu @Beautiful Terengganu Malaysia ♬ bunyi asal - جوروهانتر
@ohmyganung

Karnival Pantai Terengganu 2024 kembali selepas kali terakhir pada 2019 dulu. Jom singgah rasa vibes perkampungan pantai di Terengganu. Pelbagai aktiviti, pertunjukan dan gerai tradisional disediakan. 17-20 Oct 2024 📍Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

♬ original sound - MVM Music

Lokasi Strategik di Pantai Teluk Ketapang

Karnival Pantai Terengganu 2025

Pantai Teluk Ketapang yang terletak di Kuala Nerus hanyalah beberapa minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Lokasinya yang mudah diakses menjadikan ia pilihan ideal untuk pelancong tempatan dan luar negeri. Dengan suasana pantai yang luas, bersih dan selesa, ia sesuai dijadikan pusat aktiviti komuniti serta destinasi percutian keluarga.

Mengapa Anda Wajib Hadir?

  • Percuma untuk semua pengunjung.

  • Peluang merasai sendiri budaya asli Terengganu.

  • Aktiviti menyeronokkan yang sesuai untuk kanak-kanak, belia, dan keluarga.

  • Destinasi terbaik untuk cuti sekolah September 2025.

Ayuh Pakat Maghi Belaka!

Karnival Pantai Terengganu 2025

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemeriahan di karnival di Pantai Teluk Ketapang. Ayuh bawa keluarga, rakan-rakan dan kenalan untuk bersama-sama menikmati pesta pantai yang penuh hiburan, warisan budaya, makanan tradisional, dan keindahan alam semula jadi.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini