
17 – 19 Jan | Laman Pasar Kedai Payang
Festival Sains Sosial UniSZA (SOSFEST)
📢 MERIOH PASOR PAYANG CUTI SEKOLOH NI! 🎉🎭🔥
Jom sertai Festival Sains Sosial (SOSFEST) 2025 yang bakal menggegarkan Laman Payang, Pasar Payang, Kuala Terengganu.
📅 Tarikh: 17 – 19 Januari 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Lokasi: Laman Payang, Pasar Payang, Kuala Terengganu
🎶 APA YANG BEST DI SOSFEST?
Persembahan Pentas yang menghidupkan seni tradisional
Demonstrasi Tingtong & Gasing – saksikan keunikan permainan klasik!
Persembahan Silat – kehebatan seni mempertahankan diri tradisional
Makanan Warisan – rasa keaslian hidangan turun-temurun
Seni Anyaman & Seni Wau – kehalusan seni warisan Melayu
Tarian Inang, Dikir Barat & Kertuk Ulu – rentak tradisional yang mengasyikkan
Nota Emas – sejarah dan budaya dalam perspektif unik.

#SOSFEST2025 #UNISZA #FestivalBudaya #PasarPayang
Lokasi Festival
Tarikh Acara
Acara akan berlansung dalam masa :
Kenali Festival Sains Sosial UniSZA (SOSFEST)
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keunikan seni, budaya, dan warisan tradisional di Festival Sains Sosial (SOSFEST) UniSZA 2025! 🎭✨ Dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu & Payang Walk, festival ini menjanjikan pengalaman budaya yang penuh warna-warni untuk seisi keluarga! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, menampilkan keindahan warisan budaya yang pasti mencuri perhatian. Jom raikan seni dan tradisi kita bersama! 🎶🔥
🔥 PAKAT MARI BELAKE! 🔥
🌟 Cuti sekolah ni, jom penuhkan masa dengan pengalaman budaya yang luar biasa di SOSFEST 2025! 🌟
Jangan lepaskan peluang untuk beramai-ramai ke Pasar Payang dan menikmati keindahan seni, budaya, serta warisan tradisional kita! ✨ Bawa keluarga, sahabat handai, dan sesiapa sahaja untuk bersama-sama merasai kemeriahan festival yang penuh dengan persembahan pentas, makanan warisan, permainan tradisional, serta pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan!
Festival Sains Sosial UniSZA (SOSFEST)
📢 Lebih ramai, lebih meriah! Jangan lupa kongsikan pengalaman anda di media sosial dan tag rakan-rakan supaya mereka turut serta dalam keseronokan ini!
📲 Ikuti perkembangan terkini SOSFEST di media sosial untuk info, jadual acara, dan kejutan istimewa!
🔗 TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS6xSHwrn/
🔥 PAKAT MARI BELAKE! 🔥 🎉 #SOSFEST2025 #BudayaWarisan #PasarPayang #PayangWalk #JomKeSOSFest