Loading Events

Career Globe 1.0 : Resume & Interview Mastery

CAREER GLOBE 1.0: Resume & Interview Mastery

Berminat tingkatkan skil kerjaya anda?
Sempena Islamic Finance Carnival 9.0 (IFC 9.0), kami bawakan program Career Globe 1.0,bengkel eksklusif untuk membantu anda menghasilkan resume mesra ATS dan menguasai teknik temuduga profesional.

 

📅 Tarikh: Sabtu, 25 Oktober 2025
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
🎤 Panel: Puan Nadia Azizan, Career Consultant @ Career Cube

 

💰 Pakej Penyertaan (Early Bird):
• Individu – RM30
• Combo (2 orang) – RM50
• Family Pack (3 orang) – RM70

⚡ Tempat terhad kepada 150 peserta sahaja dan terbuka kepada semua.

Jangan lepaskan peluang untuk persiapkan diri menghadapi dunia kerjaya dengan lebih yakin dan profesional!

“Islamic, Integrity & Professional”
Anjuran: Islamic Finance Student Association (IFSA), UniSZA
📲 Ikuti perkembangan terkini di:
Instagram: @ifsaunisza

Facebook: IFSA UniSZA

WhatsApp & Telegram: IFSA UniSZA 

TikTok: @ifsaunisza_

Lokasi Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
October 25 @ 8:00 AM - 5:00 PM

Tentatif Acara

Tentatif Program – Career Globe 1.0
Sabtu, 25 Oktober 2025 Dewan Perdana, UniSZA 8.00 pagi – 5.00 petang
  1. 8.00 pagi

    Pendaftaran Peserta & Ketibaan Panel

    Sesi semak kehadiran.

  2. 8.45 pagi

    Ucapan Alu-Aluan & Bacaan Doa

    Pembukaan rasmi program.

  3. 9.00 pagi

    Sesi 1: Teknik Penulisan Resume

    Fokus resume mesra ATS, struktur dan kata kunci.

  4. 12.30 tengah hari

    Makan Tengah Hari & Solat

    Rehat peserta.

  5. 2.00 petang

    Sesi 2: Teknik Menjawab Soalan Temuduga

    Latihan praktikal Q&A, keyakinan dan etika.

  6. 5.00 petang

    Penutup & Sesi Bergambar

    Rumusan, penyampaian sijil dan sesi foto.

Kenali Panel Anda

🌟 Kenali Panel – Puan Nadia Azizan 🌟

Siapa kata menulis resume dan menghadiri temuduga itu mudah?
Bersama Puan Nadia Azizan, Konsultan Kerjaya berpengalaman dan Jurulatih Bertauliah HRD Corp, anda akan didedahkan dengan strategi sebenar untuk menyerlah di dunia kerjaya.

Beliau merupakan tenaga penggerak di CareerCube, syarikat latihan terkemuka yang terkenal dengan modul kemahiran insaniah dan bimbingan kerjaya. Dengan pengalaman luas membimbing graduan, pelajar dan profesional, Puan Nadia mahir dalam:

  • ✅ Penulisan resume mesra ATS & teknik temuduga
  • ✅ Imej profesional & penjenamaan diri
  • ✅ Kemahiran insaniah & etiket tempat kerja
  • ✅ Komunikasi interpersonal & kepimpinan

Setiap sesi beliau bukan sekadar teori, tetapi perkongsian praktikal yang boleh terus diamalkan. Bersedia untuk dapatkan tips eksklusif, keyakinan baharu, dan panduan kerjaya yang lebih jelas bersama beliau di Career Globe 1.0!

Kenapa Anda Wajib Hadir Career Globe 1.0 ?

4 Sebab Perlu Hadir – Career Globe 1.0
📝

Belajar teknik penulisan resume mesra ATS yang menarik perhatian majikan

🎤

Kuasai teknik temuduga berkesan untuk tingkatkan keyakinan diri

👩‍💼

Dibimbing terus oleh Konsultan Kerjaya berpengalaman, Puan Nadia Azizan

🤝

Peluang membina rangkaian bersama peserta lain & mengembangkan jaringan kerjaya

Lengkapkan Resume, Mantapkan Temuduga

Career Globe 1.0

merupakan sebuah program pembangunan kerjaya yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran dalam penulisan resume dan penguasaan teknik temuduga. Berlangsung di Dewan Perdana, UniSZA, program ini menampilkan perkongsian eksklusif bersama Konsultan Kerjaya berpengalaman, Puan Nadia Azizan daripada Career Cube. Peserta akan didedahkan dengan strategi praktikal, tips penjenamaan diri, serta latihan temuduga yang mampu meningkatkan keyakinan dan peluang menembusi pasaran kerja. Dengan pakej penyertaan berpatutan serta sijil penyertaan, Career Globe 1.0 menjadi platform terbaik buat pelajar, graduan dan pencari kerja untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran kerjaya yang lebih kompetitif serta profesional.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini