Pulau
Tenggol
“Destinasi Selam Skuba Terbaik di Semenanjung Malaysia”
Pengenalan
Pulau Tenggol
yang terletak di perairan Dungun, Terengganu, merupakan salah satu pulau tercantik di Malaysia masih terpelihara berbanding dengan pulau-pulau lain. Kawasan pulau ini diiktiraf sebagai antara destinasi menyelam terbaik di Semenanjung Malaysia, pulau ini menawarkan keindahan dasar laut yang cantik serta suasana damai yang sukar didapati di tempat lain. Tambahan pula, gelaran pulau ini dikenali sebagai “Syurga Tersembunyi Untuk Penyelam Skuba”. Pulau ini bukan sahaja kaya dengan biodiversiti marin, malah masih terpelihara berbanding pulau-pulau pelancongan utama lain seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Lokasi & Cara Ke Sana
Pulau Tenggol
terletak kira-kira 45 minit menaiki bot laju dari Jeti Kuala Dungun, atau hampir 2 jam jika menggunakan bot biasa. Pulau ini bersaiz kecil (sekitar 3 km panjang dan 2 km lebar), tetapi cukup untuk menawarkan pengalaman luar biasa buat pengembara pencinta alam.
Sejarah Awal: Pulau Tidak Berpenghuni
Pulau Tenggol
Pada asalnya, pulau di daerah Dungun ini tidak berpenghuni. Ia dibiarkan sepenuhnya dalam keadaan semula jadi. Pulau ini dipenuhi hutan tropika dan tebing batu yang curam. Tiada sebarang penempatan kekal direkodkan sebelum abad ke-20, menjadikannya salah satu pulau yang kekal asli di pantai timur Malaysia.
Diwartakan Sebagai Hutan Simpanan Kekal Pada Tahun 1941
Seawal tahun 1941, Pulau Tenggol telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 207 hektar oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Ini menjadikan pulau ini salah satu kawasan hutan terlindung tertua di negeri ini, dengan pokok-pokok asli seperti:
- Balau laut (Shorea glauca King)
- Meranti tembaga (Shorea leprosula)
- Pokok herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah
Garis Masa Sejarah Pulau Tenggol
| Tahun/Tempoh | Peristiwa Utama |
|---|---|
| Sebelum 1941 | Pulau asli, tidak berpenghuni |
| 1941 | Diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal |
| 1975 | Singgahan pelarian Vietnam (boat people) |
| 2000-an | Mula dibangunkan sebagai destinasi menyelam |
| Kini | Diperlindungi sebagai Taman Negeri Marin & HSK |
Hidupan Laut Yang Boleh Ditemui
Hidupan marin yang sering dilihat di sekitar Pulau Tenggol:
Aktiviti Utama di Pulau Tenggol
1. Selam Skuba
Struktur geologi berbatu curam yang menyambung hingga ke dasar laut, ia menawarkan "vertical reef walls" yang menjadi kanvas sempurna untuk kehidupan laut.
2. Snorkeling
Bagi pelawat biasa yang tidak memiliki lesen skuba, aktiviti snorkeling juga sangat mengujakan. Anda masih boleh menyaksikan keindahan dasar laut dari permukaan air yang jernih.
3. Menyelam Bangkai Kapal
Terdapat bangkai kapal lama yang menjadi rumah kepada pelbagai spesies ikan tropika dan terumbu karang. Sesuai untuk penyelam berpengalaman.
20 Tapak Selaman Terbaik
Pulau Tenggol menawarkan lebih dari 20 lokasi menyelam yang menarik, termasuk:
- Teluk Air Tawar – lokasi terbaik untuk melihat penyu laut.
- Batu Tokong Laut – terkenal dengan kumpulan ikan selar dan karang pelantar laut dalam.
- Tanjung Gemuk, Tokong Batu, Rajawali, dan Tokong Timur – tapak menyelam yang kaya dengan formasi batu, arus selaman hanyut, dan karang pelbagai warna.
Pulau ini juga menjadi lokasi istimewa untuk menyaksikan jerung paus (whale shark) antara bulan Julai hingga September. Salah satu pengalaman yang amat jarang dan eksklusif.
Destinasi Selam Skuba Yang Masih Terpelihara
Pulau Tenggol
ialah permata tersembunyi yang wajib dikunjungi oleh sesiapa yang mengidamkan percutian pulau yang tenang, kaya biodiversiti dan jauh daripada keramaian. Sama ada untuk menyelam skuba, snorkeling atau sekadar menikmati alam, pulau di Terengganu ini menjanjikan pengalaman yang benar-benar luar biasa.













