Satu aplikasi web percuma yang membantu pelancong & penduduk Terengganu — peta bas live, Awang AI, direktori kerajaan negeri, kamus dialek, waktu solat, kecemasan & banyak lagi. Ini laporan penuh perjalanan pembangunan dari V1.0 hingga V2.3 beserta data prestasi sebenar.
Oleh Discovery Creative Media · point.my · Ogos 2026
12,587
Rekod Data Dalam Point Hari Ini
termasuk 3,007 titik di atas peta (lokasi + koordinat laluan bas) — semua dikira terus dari aplikasi produksi pada 12 Ogos 2026
🏛️ 7,071 rekod direktori kerajaan (281 agensi)🛣️ 9 laluan bas dilukis penuh ikut jalan sebenar (1,550 titik)📖 831 perkataan kamus dialek🏘️ 682 kampung dikenali Awang AI🕌 556 masjid & surau🚏 504 hentian bas📰 191 artikel panduan📸 166 tempat menarik🚑 157 kemudahan kecemasan🛥️ 65 houseboat Tasik Kenyir🏨 54 penginapan🗺️ 50 lokasi Point GO🌊 419 hari ramalan pasang surut🎓 42 institusi pengajian🎉 42 acara COE🚕 41 teksi berlesen🆘 35 talian kecemasan📅 28 cuti umum & sekolah🏫 26 sekolah menengah⚡ 20 stesen pengecas EV✈️ 18 penerbangan TGG📗 11 Surah & Fadhilat🅿️ 10 lokasi kadar parking🏛️ 10 nota sejarah🍽️ 8 tempat makan
📊 Prestasi Sebenar
Data minggu pertama selepas pelancaran awam
Angka di bawah diambil terus dari Google Analytics 4 (11 Jun – 8 Jul 2026). Trafik bermula serentak dengan pelancaran awam pada awal Julai 2026 — bermakna pencapaian ini dicapai dalam kurang seminggu.
⏳ Nota ketelusan: set data GA4 di bawah ialah eksport rasmi terakhir yang disahkan, iaitu tempoh minggu pertama pelancaran. Sejak itu Point telah melalui 9 kemaskini versi (V1.5.2 hingga V2.3). Angka trafik terkini belum dieksport semula — jadi bahagian ini sengaja dikekalkan seadanya dan tidak diunjur atau dianggar. Bahagian data rekod & ciri dalam laporan ini pula adalah terkini setakat 12 Ogos 2026.
1,066
Jumlah Pengguna
1.1K pengguna baru + 105 pengguna kembali semula
27,692
Jumlah Interaksi
Setiap klik, buka feature & navigasi direkod GA4
26.1
Interaksi / Pengguna
Pengguna bukan sekadar singgah — mereka guna app ni
40%
Buka Feature Utama
427 pengguna buka feature (solat, EV, makan, dll) — 2,252 kali
Pengguna Aktif ikut Bandar
Top 7 bandar · pengguna aktif
Kuala Lumpur550
Kuala Terengganu86
Kota Bharu40
Puchong36
Kajang31
Shah Alam30
Chukai26
💡 Majoriti pengguna dari Lembah Klang — tepat dengan sasaran Point: rakyat Malaysia yang merancang percutian ke Terengganu.
Sumber Trafik ikut Sesi
Sesi ikut sumber kempen manual
Threads430
Facebook280
Google49
discoveryterengganu16
💡 Trafik organik 100% dari media sosial & carian — tanpa sebarang iklan berbayar. Facebook = gabungan lm/m/l/facebook.com.
Feature Paling Digunakan
Interaksi feature yang direkod · bilangan acara (bilangan pengguna)
Buka feature2,252 (427)
Senarai makan373 (220)
Lihat kedai makan71 (33)
Klik hubungi57 (35)
Klik kedai makan37 (24)
💡 1 daripada 5 pengguna membuka direktori tempat makan — bukti direktori berbayar (Rakan Point) mendapat perhatian sebenar. Interaksi UI keseluruhan: 18,606 klik oleh 814 pengguna (76% daripada semua pengguna).
📌 Sumber data: Google Analytics 4, property point.my (Discovery Creative Media), tempoh 11 Jun – 8 Julai 2026, semua angka tanpa penapis. Capaian antarabangsa turut direkodkan (Singapura, Belanda, UK) namun 99% penggunaan dari Malaysia.
🛤️ Perjalanan Pembangunan
Dari V1.0 ke V2.3 — dalam 7 minggu
Point dibina secara berperingkat dari 19 Jun hingga 7 Ogos 2026 — 16 keluaran berversi, setiap satunya boleh disahkan dari changelog dalam-app dan arkib keluaran.
🚌
V1.019 – 21 JUN 2026
Asas Peta Pintar
Peta bas BAS.MY live dari data GTFS rasmi data.gov.my — laluan, hentian & jadual ketibaan setiap hentian (arah pergi/balik) · tempat menarik bergambar dengan panduan "naik bas apa, turun mana" · pemandu teksi berlesen (Call/WhatsApp) · papan penerbangan langsung Lapangan Terbang Sultan Mahmud · boleh dipasang sebagai app (PWA).
🚏 394 hentian🛣️ 9 laluan ikut jalan sebenar📸 166 tempat🚕 42 teksi✈️ Flight live
🕌
V1.122 – 27 JUN 2026
Info Harian & Direktori
Waktu solat zon Terengganu · cuaca semasa + ramalan 4 hari · ramalan pasang surut (penting untuk aktiviti pantai & memancing) · direktori masjid & surau seluruh Terengganu · direktori penginapan · acara Kalendar COE 2026 · talian kecemasan · tour pengenalan automatik untuk pengguna baru.
🕌 556 masjid & surau🏨 54 penginapan🌊 419 hari tide🎉 40 acara🆘 27 talian
🍽️
V1.228 JUN – 3 JUL 2026
Komuniti & Rakan Point
Direktori tempat makan dengan status Buka/Tutup live ikut waktu operasi sebenar · pelancaran model kerjasama Rakan Point — kad premium pertama: Jomo By The River · direktori 20 stesen Cas EV ditanda atas peta · direktori 65 houseboat Tasik Kenyir (Call/WhatsApp/media sosial) · penambahbaikan carian & antara muka.
🏅 Rakan Point pertama🍽️ Direktori makan live⚡ 20 stesen Cas EV🛥️ 65 houseboat Kenyir
🆘
V1.34 JUL 2026
Keselamatan & Pelancaran Awam
SOS lokasi GPS 1-tap — hantar koordinat tepat ke kenalan kecemasan melalui WhatsApp, dengan pilihan SMS yang berfungsi walau isyarat lemah · simpanan kenalan kecemasan · pelancaran awam di media sosial.
📈 ~800 pengguna baru hari puncak (GA4)📍 SOS WhatsApp + SMS
✨
V1.45 – 7 JUL 2026
Kompanion Perjalanan Penuh
10 pembaharuan besar merangkumi ibadah (Arah Kiblat, Mode Musafir, countdown solat offline), keselamatan nyawa (Flare Mode, Info Medik), perjalanan EV, dan komuniti.
🧭 Arah Kiblat🧳 Mode Musafir🔦 Flare Mode🩺 Info Medik⚡ EV Route Planner📍 Tempat Berhampiran
🅿️
V1.5.2JUL 2026
Parking, Amaran Cuaca & Privasi
Tanda Parking — tanda lokasi kereta, navigate balik guna kompas + jarak · anggaran kos parking dengan timer live untuk 10 lokasi Terengganu, plus kaunter bayar parking/saman MBKT · amaran cuaca rasmi MET Malaysia (Ribut Petir, Laut Bergelora, Siklon) terus dalam pill Cuaca · laluan bas ditukar ikut jalan sebenar · Dasar Privasi penuh boleh dibaca dalam app.
🅿️ 10 lokasi kadar parking⚠️ Amaran rasmi MET🔒 Dasar Privasi🏠 Kunci lokasi kediaman
⛽
V1.6JUL 2026
Kos Perjalanan & Dwibahasa
Kalkulator kos minyak + tol penuh — pilih laluan & kereta (25+ model), terus tahu kos KT⇄KL, Kuantan, Dungun · senarai lengkap R&R sepanjang laluan + amaran gap tanpa pam minyak · odometer pintar yang belajar km/L sebenar kereta anda · jana resit kongsi untuk WhatsApp · penjejakan jimat BUDI95 · seluruh app kini dwibahasa BM/EN penuh.
⛽ Kos minyak + tol🧾 Kongsi resit📊 Odometer pintar🌐 Dwibahasa penuh
🗺️
V1.7JUL 2026
Point GO — Rancang Sehari
Pilih minat & tempoh, Point susunkan itinerari lengkap: tempat menarik, tempat makan, waktu solat & cuaca · 3 pilihan pelan setiap kali + butang Tukar untuk ganti tempat & kira semula masa · laluan atas peta bernombor 1, 2, 3… bersambung garisan · pintar cuaca & solat — hujan? utamakan tempat dalaman; masuk waktu solat? selit masjid berdekatan · kongsi ke WhatsApp / buka Google Maps / simpan.
🗺️ 50 lokasi terkurasi🔀 3 pilihan pelan🌦️ Sedar cuaca & solat💬 Kongsi & navigate
🤖
V1.826 JUL 2026
Kenalkan Awang AI
Bukan chatbot padan kata kunci — tanya macam tanya kawan: "kafe cantik untuk kerja online kat KT" dan Awang bagi cadangan tepat + sebab kenapa padan · faham soalan bercampur — "waktu flight & masuk waktu solat Zohor" dijawab sekali gus · merujuk 191 artikel Discovery Terengganu bila data Point tak cukup · jujur — takda dalam rekod, Awang terus terang cakap tak tahu, bukan mengarut · dwibahasa automatik.
🤖 Awang AI (Beta)📚 191 artikel dirujuk🎯 Tak reka jawapan🌐 BM / EN automatik
🌳
V1.8128 JUL 2026
Jejak Hutan & Bantuan Lebuhraya
Jejak Masuk Hutan — tanda titik jejak masa masuk, Point pandu anda balik ikut titik yang SAMA, bukan garis lurus; kompas & jarak tetap jalan walau tiada signal · "Tanda Parking" jadi Jejak Balik · Bantuan Lebuhraya — Point kesan anda di KM berapa, terus tunjuk talian bantuan betul + butang Call · switch arah KT⇄KL untuk Tol & Hentian · GPS setiap R&R disemak admin satu per satu.
🌳 Jejak hutan offline🛣️ Bantuan Lebuhraya🧭 Switch arah KT⇄KL📍 GPS R&R disemak
🏍️
V1.8229 – 31 JUL 2026
Acara Dalam Peta — RXZ Members 8.0
Butang khas muncul di peta sepanjang acara RXZ Members 8.0 (31 Julai – 1 Ogos, Litar Permotoran Terengganu) — jadual penuh 2 hari, 25 slot dengan penanda sedang berlangsung · 19 kemudahan & promosi sepanjang laluan: makan percuma, masjid yang buka pintu untuk rider tidur, pit stop, welding exzos percuma, diskaun kedai — dari Kuantan hingga Terengganu · poster acara terus atas peta dengan pan perlahan + butang Tunjuk Arah.
Light Mode untuk seluruh app — peta, carian, Awang AI, setiap modal kini ada versi terang yang kemas & senang dibaca waktu siang. Ikon header berubah ikut mod (☀️ terang / 🌘 gelap) supaya senang tahu mod semasa sekali pandang.
☀️ Mod Terang penuh🌙 Ikon ikut mod
🚒
V2.0AWAL OGOS 2026
Kemudahan Kecemasan Se-Terengganu
157 kemudahan kecemasan — polis, hospital, klinik, bomba & APM seluruh Terengganu, disusun ikut 8 daerah dan disahkan sendiri di lapangan (GPS + nombor rasmi PDRM/JBPM/KKM/APM) · Nombor Kecemasan diperluas dengan IPD untuk semua 8 daerah · Awang AI naik ke V2.0 — belajar nama 682 kampung Terengganu · GPS setiap Plaza Tol, R&R & Hentian Sebelah KL⇄Terengganu disemak manual oleh admin.
Audit menyeluruh 556 rekod masjid/surau — label daerah dibetulkan untuk 10+ rekod · Awang AI beri jawapan tepat untuk Info Medik, Flare Mode, Arah Kiblat, Mod Musafir, Bantuan Lebuhraya, Tol & Hentian — tak lagi tersasar ke topik lain · carian stesen EV ikut nama terus (cth "Mydin Mall Gong Badak") bagi kW & harga tepat tanpa GPS · Panduan Penggunaan ditambah langkah Kemudahan Kecemasan.
🕌 Audit 556 masjid🤖 Awang AI lebih tepat⚡ Carian EV ikut nama
📖
V2.24 – 5 OGOS 2026
Kamus Dialek Terengganu
831 perkataan Dialek Tranung dengan maksud penuh + ayat contoh sebenar, dari buku Kosakata Dialek Terengganu oleh Sharif Putera · Awang AI faham bila anda BERCAKAP Ganu — taip "nok makan sedak kat mane" dan Point terus faham; 2,849 kata loghat dikenali, semuanya diproses dalam telefon · carian utama kenal kata dialek + cadang ejaan hampir sama · Surah & Fadhilat (11 kad) dalam Waktu Solat · Hubungi Point terus ke WhatsApp · garisan 9 laluan bas dibaiki ke koordinat penuh.
📖 831 perkataan dialek🗣️ 2,849 kata loghat dikenali📗 11 Surah & Fadhilat🚌 Laluan bas lebih tepat
🏛️
V2.35 – 7 OGOS 2026TERKINI
Direktori Kerajaan Terengganu
Tanya Awang AI "nombor JKR", "siapa Datuk Bandar KT" atau "emel Pejabat Tanah" — terus dapat nama, jawatan, telefon pejabat & sambungan. 7,071 rekod dari 281 jabatan, agensi, majlis & badan berkanun · dan carian ini dijawab dalam telefon anda — tidak dihantar ke mana-mana pelayan AI, jadi ia percuma, serta-merta, dan peribadi.
🏛️ 7,071 rekod pegawai🏢 281 agensi💼 1,713 jawatan☎️ 851 nombor telefon🔒 Sifar-token · dalam telefon
📌 Nota ketepatan: V1.0–V1.3 direkonstruksi daripada sejarah pembinaan aplikasi (257 snapshot antara 19 Jun – 7 Jul 2026). V1.4 hingga V2.3 diambil terus daripada changelog rasmi dalam aplikasi. Tarikh tepat digunakan di mana ia boleh disahkan daripada arkib keluaran; selainnya julat bulan diberi — kami tidak menganggar tarikh. Angka dalam setiap kad ialah angka pada masa keluaran itu; jumlah terkini ada di bahagian atas laporan. V2.3 ialah label kemaskini rasmi semasa yang dipaparkan dalam aplikasi.
✨ Kemaskini V2.3
Seluruh direktori kerajaan negeri — dalam poket
Sejak laporan V1.4, Point berkembang daripada kompanion perjalanan kepada platform pelancongan pintar yang lengkap. Di bawah ialah ciri terbaharu V2.3 diikuti ciri teras yang terus beroperasi.
🏛️ Baharu dalam V2.3 — Direktori Kerajaan
🏛️
7,071 Rekod Pegawai
Seluruh direktori kerajaan negeri Terengganu — 281 jabatan, agensi, majlis & badan berkanun, 1,713 jawatan dan 851 nombor telefon pejabat. Tanya "nombor JKR" atau "siapa Datuk Bandar KT", terus dapat nama, jawatan, telefon & sambungan.
🔒
Dijawab Dalam Telefon Anda
Carian direktori tidak dihantar ke mana-mana pelayan AI — ia berjalan sepenuhnya atas peranti anda. Ertinya: serta-merta, percuma, tiada kos token, dan soalan anda kekal peribadi. Enjin carian dibina khas untuk Point.
🛡️
Kontak Rasmi Sahaja
Emel peribadi (gmail/yahoo/hotmail) dan semua nombor telefon bimbit ditapis keluar sebelum data dimasukkan — hanya talian pejabat rasmi disimpan. Keputusan reka bentuk yang disengajakan demi privasi pegawai.
🔎
Faham Cara Orang Tanya
Enjin carian kenal singkatan & nama panggilan (SUK, PBT, MBKT), abaikan perkataan yang terlalu umum, dan padankan nombor telefon separa. Tanya "Pejabat Tanah Dungun" — dapat Pejabat Tanah Dungun, bukan ratusan rekod yang ada perkataan "tanah".
🤖 Awang AI — pembantu pintar Point
💬
Tanya Macam Tanya Kawan
Bukan padanan kata kunci. Tanya "kafe cantik untuk kerja online kat KT" — Awang bagi cadangan tepat + sebab kenapa padan. Boleh jawab soalan bercampur sekali gus, dan menjawab dalam bahasa yang anda guna.
🗣️
Faham Loghat Ganu
Taip macam orang Ganu — "nok makan sedak kat mane" — Point terus faham. 2,849 kata loghat dikenali, semuanya diproses dalam telefon tanpa dihantar ke mana-mana.
🎯
Jujur, Tak Reka Cerita
Takda dalam rekod, Awang terus terang cakap tak tahu dan bagi cadangan lain — bukan mengarut jawab. Untuk kata dialek yang tiada dalam senarai, ia rujuk anda ke kamus penuh, bukan meneka maksud.
📚
Rujuk 191 Artikel Panduan
Bila data dalam Point tak mencukupi, Awang menyelongkar 191 artikel Discovery Terengganu — dari sejarah, kuih tradisional, sampai itinerari percutian — untuk jawapan yang lebih lengkap.
📖 Bahasa, Warisan & Kemudahan Awam
📖
Kamus Dialek Terengganu
831 perkataan Dialek Tranung dengan maksud penuh & ayat contoh sebenar, dari buku Kosakata Dialek Terengganu oleh Sharif Putera. Cari ikut kata atau huruf A–Z — berfungsi tanpa internet.
🚑
157 Kemudahan Kecemasan
Polis (64), klinik (58), bomba (19), hospital (9) & APM (7) seluruh Terengganu, disusun ikut 8 daerah dan disahkan sendiri di lapangan — GPS + nombor rasmi PDRM/JBPM/KKM/APM.
🌳
Jejak Balik Hutan
Tanda titik jejak masa masuk hutan, Point pandu anda keluar ikut titik yang SAMA — bukan garis lurus merentas belukar. Kompas & jarak terus berfungsi walaupun tiada signal langsung.
📗
Surah & Fadhilat
Tab dalam Waktu Solat dengan 11 kad boleh leret — Al-Mulk, Al-Kahfi, Ayat Kursi dan lain-lain — beserta fadhilat ringkas setiap satu. Panduan maklumat, bukan fatwa.
🕌 Ibadah & Waktu Solat
🧭
Arah Kiblat
Kompas Kiblat dengan bearing great-circle yang disahkan tepat (291° dari Kuala Terengganu). Kompas live guna sensor telefon dengan penstabilan isyarat + auto-detect lokasi sebaik tab dibuka — setanding app kompas premium.
🧳
Mode Musafir
Panduan jamak & qasar dengan angka fiqh rasmi (2 marhalah / 81km — keputusan Muzakarah Kebangsaan). Waktu solat dipaparkan berpasangan, kaunter hari musafir, dan cadangan automatik bila jauh dari kediaman. Prinsip: app memaklumkan, bukan berfatwa.
⏱️
Countdown Waktu Solat
"Asar dalam 47 minit" — countdown live ke waktu seterusnya, data JAKIM disimpan sebulan dalam peranti supaya berfungsi tanpa internet (penting di pulau & kawasan pedalaman).
🕌
Direktori Masjid Dinaiktaraf
556 masjid & surau seluruh Terengganu dengan jarak dari lokasi anda + daerah. Masjid pelancongan utama dipautkan terus ke Discovery Terengganu.
🆘 Keselamatan Nyawa
🔦
Flare Mode
Isyarat cahaya SOS Morse & strobe + wisel kecemasan dari speaker telefon — membantu pasukan mencari menjumpai anda pada waktu malam. Berfungsi sepenuhnya offline.
🩺
Info Medik Kecemasan
Simpan alahan, ubat & penyakit — auto dimasukkan dalam mesej SOS dan kad responder skrin penuh. Data kekal dalam peranti sahaja, tidak dihantar ke mana-mana pelayan (mesra PDPA).
🗺️ Perjalanan & Penerokaan
⚡
EV Route Planner
Kalkulator hentian mengecas KL⇄Kuala Terengganu ikut model kereta & bateri semasa — stesen pengecas sebenar sepanjang laluan, setiap angka disemak dengan data pengecas yang disahkan.
📍
Tempat Berhampiran
Satu butang — 166 tempat menarik disusun ikut jarak sebenar dari anda. Pelancong di tengah bandar terus nampak apa yang paling dekat.
🌏
Peta Seluruh Semenanjung
Peta kini boleh diterokai seluruh Semenanjung Malaysia — menyokong perancangan perjalanan dari mana-mana negeri ke Terengganu.
🎉
Acara Auto-Kemaskini
42 acara Kalendar COE 2026 dengan kiraan hari automatik — acara tamat dibuang sendiri, yang berlangsung ditanda live. Poster rasmi boleh dibuka terus dari penanda peta.
💛 Komuniti
💛
Sokong Point.my
Saluran sumbangan sukarela (DuitNow QR + perbankan) untuk pengguna yang mahu membantu menampung kos server — supaya Point kekal percuma untuk semua.
📲
Boleh Dipasang (PWA)
Point boleh dipasang terus ke skrin utama telefon macam app biasa — tanpa App Store, tanpa muat turun besar, sentiasa versi terkini.
➕ Turut beroperasi: Point GO (perancang itinerari sehari, 50 lokasi) · kalkulator kos minyak + tol dengan 25+ model kereta & penjejakan BUDI95 · Bantuan Lebuhraya ikut KM · kadar parking 10 lokasi + kaunter bayaran MBKT · Mod Terang & Gelap · tour pengenalan automatik · modal "Apa Yang Baru" pada setiap kemaskini · Hubungi Point terus ke WhatsApp.
⚙️ Di Sebalik Tabir
Kenapa Point laju & boleh guna tanpa internet
Point bukan laman direktori biasa. Tiga keputusan teknikal ini yang membezakannya:
📶
Offline Dahulu
Peta, direktori kerajaan, kamus dialek, waktu solat & nombor kecemasan terus berfungsi tanpa talian. Penting di pulau, Tasik Kenyir & kawasan pedalaman — kerana kecemasan tidak menunggu coverage.
🚌
Bas Live Tanpa Beban
Kedudukan bas BAS.MY ditarik dari suapan GTFS-realtime rasmi kerajaan setiap 30 saat dan dinyahkod dengan penghurai yang ditulis khas — menjimatkan ratusan kilobait data mudah alih setiap kali dibuka.
💰
AI Yang Tahu Kawal Kos
Soalan biasa dijawab terus dalam telefon (sifar kos). Model AI hanya dipanggil bila benar-benar perlu, dengan siling belanja harian dikuatkuasakan di pelayan — supaya Point kekal percuma dan tidak boleh "terbakar" bil.
🌐
Dwibahasa Sepenuhnya
1,105 rentetan teks diterjemah penuh BM ⇄ English — splash, tour, setiap menu dan modal. Sedia dikongsi dengan pelancong antarabangsa tanpa masalah bahasa.
🔒 Privasi: koordinat GPS anda tidak pernah dihantar ke pelayan kami. Info medik, lokasi kereta, gambar parking & jejak hutan kekal dalam telefon anda sahaja. Carian direktori dan kamus dialek diproses atas peranti — tidak menyentuh mana-mana pelayan AI.
🏗️ Asas Sedia Ada
26 modul — semuanya sudah beroperasi
Bukan senarai hasrat. Setiap satu di bawah sudah live dalam Point hari ini dan boleh diuji sendiri di point.my:
🏛️ Direktori kerajaan 7,071 rekod · 281 agensi🤖 Awang AI dwibahasa (BM/EN)🚌 Peta bas BAS.MY live + jadual setiap hentian (GTFS rasmi)🚏 504 hentian · 9 laluan penuh📖 Kamus dialek 831 perkataan📸 166 tempat menarik dengan gambar & kategori🕌 556 masjid & surau ikut daerah🚑 157 kemudahan kecemasan (8 daerah)🗺️ Point GO — itinerari sehari automatik🚕 41 pemandu teksi berlesen (Call / WhatsApp)🍽️ Direktori tempat makan + Rakan Point🏨 Direktori penginapan ikut daerah🛥️ 65 houseboat Tasik Kenyir🌊 Ramalan pasang surut 419 hari⛽ Kira kos minyak + tol (BUDI95)⚡ 20 stesen Cas EV + route planner✈️ Papan penerbangan langsung TGG🌦️ Cuaca, marin, kualiti udara + amaran rasmi🕋 Waktu solat, kiblat & mod musafir📌 Jejak Balik & jejak hutan offline🅿️ Kadar parking 10 lokasi + kaunter MBKT🆘 SOS lokasi GPS 1-tap (WhatsApp & SMS)🎉 42 acara COE + poster atas peta📞 Direktori talian kecemasan Terengganu
🏛️ Sumber data yang dipercayai: laluan, hentian & kedudukan bas langsung dari GTFS-realtime rasmi data.gov.my · amaran cuaca rasmi MET Malaysia (data.gov.my) · waktu solat dari data JAKIM · direktori kerajaan dari iDirektori Kerajaan Negeri Terengganu · kemudahan kecemasan disahkan dengan PDRM / JBPM / KKM / APM · kamus dialek dari buku Kosakata Dialek Terengganu oleh Sharif Putera · acara dari Kalendar COE rasmi negeri · kadar fiqh musafir dari keputusan Muzakarah Kebangsaan.
📣 Ruang Jenama
Inventori pengiklanan yang sudah beroperasi
Ini bukan cadangan atas kertas — empat ruang jenama di bawah semuanya sudah live dalam Point hari ini, dan satu Rakan Point sudah pun beroperasi:
🏅
Kad Premium Rakan Point
Kad direktori tempat makan dengan gambar cover besar, status Buka/Tutup live mengikut waktu operasi sebenar, badge Rakan Point, butang hubungi & arah. Direktori makan dibuka 373 kali oleh 220 pengguna dalam minggu pertama.
👑
Saranan Carian GOLD
Mesej jenama anda berputar dalam kotak carian utama — teks warna gold eksklusif yang dilihat setiap pengguna di skrin pertama. Terhad kepada 3 slot premium sahaja.
🍽️
Hint "Dah try ke...?"
Saranan mesra dalam carian — "Dah try ke makan di {kedai anda}?" — promosi natural yang tidak mengganggu pengalaman pengguna.
📍
Rakan Point Berdekatan BARU
Dua ruang tambahan sejak laporan lepas: seksyen "Rakan Point Berdekatan" dalam Cadangan Hari Ini yang tunjuk rakan yang sedang buka berhampiran pengguna — dan badge ⭐ Rakan Point dalam itinerari Point GO bila kedai anda masuk dalam pelan perjalanan.
🤝
Rakan Point Pertama
Jomo By The River telah menjadi Rakan Point pertama dengan kad premium penuh — bukti model kerjasama ini sudah berjalan, bukan sekadar rancangan.
📈
Kenapa Ia Berkesan
Point tiada iklan pihak ketiga, tiada banner, tiada pop-up rambang. Jenama Rakan Point muncul hanya dalam konteks yang berguna — masa pengguna sedang cari tempat makan atau merancang perjalanan. Itu sebabnya kadar interaksinya tinggi.
🛡️ Cara Kami Bekerja
Prinsip yang membezakan Point
✅Setiap angka disahkan. Kadar fiqh dari sumber rasmi Muzakarah Kebangsaan; arah Kiblat disemak dengan pengiraan bebas; data pengecas EV disahkan dengan stesen sebenar. Feature yang melibatkan nyawa & ibadah tidak dilancarkan sebelum semakan penuh.
🔒Privasi didahulukan. Lokasi kediaman, info medik & kenalan kecemasan disimpan dalam peranti pengguna sahaja — bukan di pelayan kami.
📶Direka untuk offline. Waktu solat, Flare Mode, peta asas, direktori kerajaan, kamus dialek, nombor kecemasan & jejak hutan semuanya terus berfungsi tanpa talian — kerana kecemasan tidak menunggu coverage.
🗣️Jujur dengan pengguna. Setiap had dinyatakan terang-terangan — ramalan tidak rasmi ditanda, anggaran dilabel anggaran. Kepercayaan pengguna ialah aset utama platform ini.
💼 Jenama anda dalam Point?
1,066 pengguna dalam minggu pertama tanpa iklan berbayar — dan 1 daripada 5 membuka direktori tempat makan. Sejak itu Point berkembang ke 26 modul dan 12,587 rekod data, termasuk direktori kerajaan negeri yang menarik pengguna baharu setiap hari. Slot Rakan Point (kad premium direktori, status Buka/Tutup live, saranan carian gold, Rakan Berdekatan & Point GO) kini dibuka untuk perniagaan Terengganu.