Logo-Discovery-Terengganu-White-scaled
KALENDAR ACARA TERENGGANU 2026

Semua Acara Terengganu, Satu Tempat

Pusat rujukan rasmi acara utama & sampingan sepanjang tahun 2026.

13 Acara Utama Sepanjang 2026 Seluruh Terengganu
VIDEO RASMI
Video Montage Calendar Of Events 2026

Selamat datang ke halaman rasmi Kalendar Acara Terengganu 2026, pusat rujukan lengkap untuk meneroka acara utama dan acara sampingan yang berlangsung sepanjang tahun di seluruh negeri Terengganu.

Bagi tahun 2026, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu mempersembahkan 13 Acara Utama (Signature Events) serta ratusan acara sampingan merangkumi pelbagai segmen seperti pelancongan budaya, sukan, alam semula jadi, komuniti, kreativiti dan gaya hidup.

Daripada Pelita Raya Terengganu, Terengganu Marathon, Karnival Pantai, acara sukan ekstrem, festival warisan, hinggalah kepada program bertaraf antarabangsa, kalendar ini menjadi panduan penting untuk merancang kunjungan dan aktiviti sepanjang tahun.

Sama ada pelancong tempatan, pelancong antarabangsa, penganjur acara atau komuniti setempat, halaman ini membantu anda mendapatkan maklumat tarikh, lokasi dan jenis acara dengan lebih teratur, mudah dan terkini, menjadikan Terengganu destinasi pilihan sepanjang tahun 2026.

✨HIGHLIGHT EVENT

Medal BBHM 2026

BATU BERSURAT HALF MARATHON 2026

Batu Bersurat Half Marathon menghimpunkan pelari elit antarabangsa untuk bersaing di bumi Terengganu, sekali gus mengangkat Terengganu sebagai destinasi marathon bertaraf dunia.

Dengan laluan berlatarbelakangkan pemandangan indah Kuala Berang, Hulu Terengganu, acara ini bukan sekadar perlumbaan, malah pentas global yang meletakkan Kuala Berang di peta pelancongan dunia.

🗓️ Terengganu Event Calendar

Senarai Calendar Of Events 2026

Status event dikemaskini automatik ikut tarikh hari ini.

🎉
0 event akan datang & sedang berlangsung

Acara Utama Terdekat

Terokai Semua Event Menarik di Terengganu!

Tranung Dok Rilek!

Hari Minggu Hari Bahagia

Acara Rutin Hari Minggu di Terengganu
Setiap Khamis, Jumaat & Sabtu

Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA)

Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA) di Dapo Pata membawa pengunjung mengimbau zaman kegemilangan filem Melayu era 60–70an. Hiasan dan props klasik menghidupkan suasana Studio Jalan Ampas serta karya legenda Tan Sri P. Ramlee.

Ketahui Lanjut
Setiap Isnin - Sabtu

Uptown Pulau Warisan

Uptown Pulau Warisan terletak di lokasi strategik berhampiran pusat bandar Kuala Terengganu. Ia terkenal dengan suasana pasar malam yang meriah, pelbagai juadah tradisional dan barangan unik. Akses mudah, persekitaran komersial yang berkembang serta tarikan pelancongan menjadikan kawasan ini bernilai tinggi. Sesuai untuk usahawan dan pelabur yang mencari peluang strategik di tengah bandar.

Ketahui Lanjut
🗓️ Acara & Event Terengganu

Apa Yang Happening Bulan Ini?

Setiap bulan ada je benda happening di Terengganu. Pilih bulan, pilih event, terus rancang trip anda.

Kalendar Acara & Festival

Kini lebih mudah di lihat dalam bentuk kalendar.

Calendar of Events

Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday

1 event,

Outdoor Fest 2026
0 events,
0 events,
0 events,

1 event,

2 events,

RXZ Members 8.0
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,

1 event,

0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,
0 events,

1 event,

Kelebihan Kalendar Acara – Discovery Terengganu
📅 Kalendar Acara Discovery Terengganu

Kelebihan Kalendar Acara Discovery Terengganu

Kalendar ini memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti menarik di seluruh negeri. Ia bukan sekadar senarai tarikh tetapi pusat rujukan interaktif untuk acara pelancongan, kebudayaan, sukan dan festival sepanjang tahun.

1️⃣

Akses Maklumat Acara Secara Segera

Semak tarikh, masa, lokasi dan jenis acara dengan pantas. Setiap entri boleh memaparkan harga tiket, peta lokasi, aktiviti sampingan, senarai vendor serta pautan pendaftaran membantu pelancong merancang jadual percutian dengan lebih teratur.

2️⃣

Reka Bentuk Mesra Pengguna & Responsif

Susun atur moden dan mudah dilayari di telefon, tablet dan komputer. Fungsi carian serta penapis membolehkan pengguna tapis mengikut minat seperti festival makanan, acara sukan, persembahan budaya atau pameran tempatan.

3️⃣

Promosi & Tarikan Pelancongan Terancang

Kemaskini konsisten membolehkan promosi yang lebih strategik. Bukan sahaja memudahkan pelancong, malah meningkatkan kehadiran pelawat dan merancakkan ekonomi tempatan di seluruh Terengganu.

4️⃣

Perancangan Perjalanan Lebih Mudah

Lihat semua acara dalam satu paparan, tentukan tarikh kunjungan, dan simpan atau kongsi terus ke kalendar peribadi. Pengalaman pelancongan jadi lebih tersusun, ringkas dan menyeronokkan.

👉 Ringkasnya, kalendar acara Discovery Terengganu ialah “one-stop centre” yang mudah dicapai, mesra pengguna dan mengukuhkan Terengganu sebagai destinasi pilihan sepanjang tahun.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda