Loading Events

Cabaran Bermalam Di Muzium Negeri Terengganu

Rasai Pengalaman Luar Biasa 2 Hari 1 Malam

Adakah anda pernah terfikir bagaimana rasanya bermalam di sebuah muzium yang penuh dengan sejarah, warisan, dan budaya? Kini anda berpeluang merasainya sendiri dengan Program Bermalam di Muzium Negeri Terengganu, sebuah pengalaman unik yang hanya berlangsung pada 13 & 14 September 2025!

Butiran Program

Video Suasana Bermalam di Muzium Negara (2023)

Sumber Youtube: TV3MALAYSIA Official

Lokasi Acara

Tarikh Acara

Acara akan tamat dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
September 13, 2025 - September 14, 2025

Apa Yang Menarik Bermalam di Muzium Negeri Terengganu?

Muzium Kita, Tamadun Kita

Program Citra Nusa @Muzium ini menjanjikan pengalaman 2H1M penuh ilmu, budaya dan hiburan, khusus untuk pelajar sekolah menengah serta mahasiswa universiti. Aktiviti yang disusun bukan sahaja menyeronokkan, malah mendidik serta membuka mata tentang kekayaan warisan negeri Terengganu.

Icon Muzium Negeri Terengganu

Mengapa Anda Perlu Sertai Program Ini?

Ilustrasi Suasana Bermalam di Muzium Negeri Terengganu
Ilustrasi Suasana Bermalam di Muzium Negeri Terengganu
  • Pelbagai pengisian ilmu & aktiviti interaktif
  • Permainan tradisional & aktiviti budaya
  • Pengalaman bermalam penuh kenangan di muzium
  • Sesuai untuk pelajar berumur 13 – 17 tahun
  • Memberi peluang bermalam di muzium terbesar di Asia Tenggara.

  • Aktiviti penuh nilai ilmiah, budaya dan tradisi tempatan.

Infografik Bermalam di Muzium 2025

Infografik Bermalam di Muzium 2025

👥
75
Jumlah Peserta
🎓
13
Sekolah Terlibat
📍
Terengganu
Lokasi Peserta
Gambar peserta program Bermalam Di Muzium Perdana 2024

Antara aktiviti utama yang bakal diadakan termasuk:

Bermalam di Muzium – Minicard Emoji Wide
🏛️
Eksplorasi Muzium & Aktiviti Interaktif
Belajar sejarah dengan cara lebih menyeronokkan.
🔦
Night at Museum – Nyuluh
Aktiviti malam penuh misteri dan pengalaman luar biasa.
🎲
Permainan Tradisional
Rasai keunikan congkak, gasing, dan pelbagai permainan rakyat.
🎶
Slot Budaya & Patriotik
Bacaan Yassin, Tahlil, kuliah Subuh, serta persembahan lagu semangat.
🎁
Cenderahati Eksklusif
Peserta akan menerima sijil, T-shirt, goodie bag, dan hadiah menarik.
Tentatif Program – 13 September

Tentatif Program – 13 September 2025

WaktuProgramLokasi
2.15 – 3.00 PTGPendaftaran Peserta & Pembahagian KumpulanSerambi Mandalika
3.15 – 4.00 PTGSuaikenal Fasi & Taklimat KeselamatanSerambi Mandalika
4.00 – 4.30 PTGSolatSurau Kayu
4.30 – 4.45 PTGCicipanSerambi
4.45 – 6.15 PTGAktiviti Minitur & TikTok SejarahSerambi, Galeri & Kawasan Sekitar
6.15 – 7.00 PTGPersiapan DiriLelaki – Blok D / Wanita – Pejabat
7.00 – 8.30 MLMSolat Maghrib Berjemaah, Makan & Solat IsyakSerambi
8.30 – 9.30 MLMCeramah & Kuiz MKNSerambi
9.30 – 11.30 MLMSamb. Aktiviti Minitur, TikTok Sejarah & Gabi
11.30 MLMNyuluhGaleri Tekstil & Foyer BB
12.00 TGHMLMTidurGaleri Tekstil & Foyer BB
Tentatif Program – 14 September

Tentatif Program – 14 September 2025

WaktuProgramLokasi
5.45 – 6.15 PGPersiapan DiriLelaki – Blok D / Wanita – Pejabat
6.15 – 6.45 PGSubuh Berjemaah & TazkirahSerambi
6.45 – 7.15 PGSarapanSerambi
7.15 – 7.45 PGPengemasan BagDewan Mandalika
7.45 – 8.00 PGSenam PagiDataran
8.00 – 8.45 PGWira Fun & WalkaboutDataran – KBT – Masjid – Pelayaran
8.45 – 10.00 PGMisi Kurator Muda: STEM & ArkeologiLaman Singgahsana
10.00 – 11.30 PGPertandingan Permainan TradisionalLaman Singgahsana
11.30 PG – 12 TGHRPersiapan Diri
12.00 – 1.00 TGHRPenyampaian Hadiah & Majlis PenutupanDewan Batu Bersurat
1.00 TGHRMakan Tghri & Bersurai

Sertai Sekarang Cabaran Bermalam di Muzium Negeri Terengganu

Program Cabaran Bermalam di Muzium Negeri Terengganu 2025

bukan sahaja memberi peluang untuk pelajar merasai pengalaman unik bermalam di muzium, malah turut memperkayakan minda dengan ilmu sejarah, menghayati budaya warisan, serta mengukuhkan jati diri generasi muda melalui aktiviti yang penuh nilai pendidikan, kerohanian dan hiburan. Ia adalah sebuah pengalaman berharga yang pasti meninggalkan kenangan indah serta menjadi pencetus semangat untuk terus mencintai sejarah, warisan dan tanah air.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini